Walaupun terdapat pelbagai jenis biskut moden di pasaran, tetapi biskut semperit ini tetap menjadi pilihan ramai sehingga hari ini. Jom, kami kongsikan resepi semperit klasik ikut cara Che Nom dengan menggunakan pelbagai jenis adunan tepung untuk acuan semperit pasti menjadi.
Isi Kandungan
Resepi Biskut Semperit Che Nom
Bahan-bahan:
- 250g mentega
- ¾ cawan /90g gula icing
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan /120g tepung kastad
- 1 cawan / 120g tepung jagung
- 2 cawan /250g tepung gandum
- Ceri merah dan hijau
Cara-cara buat kuih semperit:
- Mula-mula sekali, potong kecil ceri merah dan hijau.
- Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
- Dalam mangkuk adunan, tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut.
- Kemudian, masukkan gula icing lalu gaul sampai sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
- Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum.
- Gaul dahulu dan masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Gaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
- Rehatkan adunan seketika.
- Uli doh memanjang dan masukkan kedalam acuan.
- Terap adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
- Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
- Siap!
Resepi ini adalah untuk 80 biji kuih semperit. Semasa membakar menggunakan oven, setkan api atas dan bawah supaya masak dengan sempurna dan elok kejadiannya.
Tips Acuan Semperit
- Pastikan guna mentega tulen (pure butter) berbanding mentega bergaram (salted butter) supaya kuih semperit jadi lagi sedap.
- Gunakan mentega yang lembut tetapi masih berada dalam keadaan yang sejuk.
- Jika adunan terlebih tepung, tambah mentega dan uli sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi kembali lembut.
- Semasa terap adunan, tutup lebihan adunan dengan kain supaya tidak cepat kering.
- Sebelum masuk dalam oven, rehatkan selama 30 minit di bawah kipas supaya bentuknya kekal cantik dan keras supaya tidak cair apabila dibakar nanti.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mencari Resepi Biskut Raya Yang Paling Mudah? Boleh Cuba Resepi Biskut Nestum Guna Cawan Ini
Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!
Baca juga: Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal