X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal

4 min bacaan
Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal

Rasa tak lengkap raya tanpa biskut suji. Bukan sahaja budak, golongan mak-mak pun sukakannya. Rasa manis lemak bersusu dan cair di mulut

Sudah menjadi kebiasaan hari-hari terakhir sebelum habis Ramadan, mulalah sibuk membelek resepi dan membuat kuih raya tradisional antaranya ialah biskut suji. Biskut suji kelihatan seperti biskut makmur tetapi bezanya biskut makmur ada inti kacang tanah. Ia mempunyai bentuk yang bulat berserta hiasan ceri berwarna merah atau hijau di atasnya. Pernah makan tak? 

Bagi yang baru cuba-cuba untuk membuat biskut raya pada tahun ini, tidak perlu susah hati kerana resepi kali ini hanya menggunakan enam bahan sahaja. Bukan itu sahaja, cara penyediaannya pula tidak perlu menggunakan sebarang acuan atau mixer, pun boleh jadi!

Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, ada baiknya jika kita jimat berbelanja. Jangan terkejut jika melihat harga biskut raya sekarang yang agak mahal, belum tentu kalau beli di atas talian sampai-sampai elok kejadiannya. Jadi adalah lebih baik buat sendiri. 

Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal

Sebenarnya biskut suji ada pelbagai jenis. Antaranya ialah biskut suji pelangi, biskut suji susu, biskut suji asli dan macam-macam lagi. Apa yang pasti, dari segi rasa semua tidak mengecewakan kerana biskut suji yang terbaik mestilah ranggup diluar dan rapuh di dalam. Sedap sangat! 

Untuk kali ini, kami kongsikan satu resepi biskut suji yang gebu menggunakan tepung suji. Tepung suji dihasilkan daripada lebihan gandum yang telah diayak halus dan warnanya sedikit keperangan. Dari sudut kesihatan, tepung suji memiliki kadar protein yang paling tinggi antara semua jenis tepung yang berasaskan gandum. 

Selalunya, tepung ini digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis pasta seperti makaroni dan spageti , bijirin, puding dan kek. Bila buat sendiri, kita dapat ubahsuai resepi sama ada dari segi rasa dan hiasan topping.

Begitu juga, memilih dan menggunakan bahan berkualiti supaya mendapatkan hasil yang baik. Tanpa membuang masa, ikuti resepi biskut suji perkongsian dari The Resepi yang berfokuskan hidangan kuih raya. 

biskut suji

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum ros (diayak terlebih dahulu dan disangai sekejap dengan api perlahan)
  • 1 cawan tepung suji
  • 1 cawan gula icing (mengikut tahap kemanisan anda. Lebihkan jika sukakan manis, kurangkan jika inginkan kurang manis)
  • 1 tin minyak sapi jenama Ghee (bersaiz 200 gram) dicairkan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar susu tepung ( opsyenal untuk rasa lebih berkrim)
  • Buah ceri merah atau hijau sebagai hiasan

biskut suji

Cara-cara Penyediaan:

  1. Mula-mula sekali, masukkan minyak sapi dan gula aising ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati hanya menggunakan spatula.
  2. Kemudian, masukkan pula tepung gandum dan tepung suji sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Kemudian, barulah masukkan pula tepung jagung ke dalam adunan dan diikuti dengan susu tepung. Gaulkan adunan sehingga sekata dan sebati.
  3. Kacau dan gaulkan adunan sehingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Jika ingin uli dengan tangan pun boleh, jika ingin kacau sebati menggunakan spatula pun boleh.
  5. Kemudian, cubit adunan sedikit dan bentukkan menjadi bulat kecil. Ambil menggunaka sudu kecil pun boleh. Terpulang kepada keselesaan anda.
  6. Sebelum disusun di atas dulang pembakar, sapukan sedikit mentega ke atas dulang pembakar. Selepas itu, susunkan adunan yang berbentuk bulat ke atas dulang pembakar. Kemudian, hiaskan adunan biskut tersebut dengan ceri yang berwarna merah ataupun hijau.
  7. Sementara itu, panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 150oC.
  8. Habiskan semua adunan tersebut dan disusun serta dihias ke atas dulang pembakar. Kemudian, masukkan adunan biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160oC untuk selama lebih kurang 20 minit atau sehingga biskut masak.
  9. Apabila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah disusun ke dalam balang atau disusun di atas dulang yang cantik dan dihidangkan kepada tetamu.

Selamat mencuba resepi ini.

The Resepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Cornflakes Coklat Rangup Tanpa Oven, Anak-Anak Mesti Makan Licin Sebelum Raya!

Baca juga: Mencari Resepi Biskut Raya Yang Paling Mudah? Boleh Cuba Resepi Biskut Nestum Guna Cawan Ini

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Mudah Rupanya Buat Sendiri, Ini Resepi Biskut Suji Guna Tepung Suji Yang Simple Tanpa Gagal
Kongsikan:
  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

    Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.