X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Jenis Kuih Tradisional Aidilftri Yang Hampir Ditelan Zaman & Sukar Dijumpai Ketika Raya

9 min bacaan
7 Jenis Kuih Tradisional Aidilftri Yang Hampir Ditelan Zaman & Sukar Dijumpai Ketika Raya

Kuih raya zaman sekarang ini makin lama makin fancy, tak terkejar dengan bahan-bahan yang digunakan, dengan cara penyediaan.

Kalau sebelum ini, musim perayaan memang tak sah kalau tak ada kuih raya, tapi perasan tak sekarang ini pelbagai jenis kuih raya yang hampir pupus di telan zaman?

Apa yang anda boleh dapati di dalam artikel ini?

  • Senarai kuih raya yang hampir ditelan zaman.
  • Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat kuih raya.
  • Cara penyediaan.

Ini antara kuih raya yang hampir pupus ditelan zaman

#1. Kuih raya: kuih putu kacang

kuih raya

Kuih putu kacang kebiasaanya menggunakan kacang hijau sebagai bahan asas. Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Cina, ia juga dibuat oleh masyarakat Melayu. Selalunya dihidangkan dalam majlis keramaian atau perayaan besar masyarakat Malaysia.

Cara pembuatannya agak unik pada ketika dahulu kerana tidak perkakasan yang moden dan lengkap. Tapi ia tetap menarik dan agak rumit untuk menyediakannya. Untuk membuat kuih putu kacang, kacang hijau yang digunakan sebagai bahan utama akan ditumbuk menggunakan penumbuk kayu yang dikenali sebagai lesung kaki.

Itu kaedah tradisional bagi menghancurkan kacang tersebut. Bagi kaedah moden, anda boleh menggunakan mesin pengisar untuk menghancurkan kacang.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 275g kacang hijau – tumbuk lumat sehinga menjadi halus seperti tepung
  • 50g tepung
  • 1/8 tsp garam
  • 100g gula icing
  • 100-110g minyak masak
  • 2-3 tbsp air sejuk
  • Acuan kuih putu kacang

Cara penyediaan:

Penyediaan doh kuih:

  1. Ayak tepung, kacang hijau, dan gula ising dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan minyak perlahan-lahan dan kacau menggunakan jari sehingga adunan menyerupai serbuk roti.
  2. Uli guna tangan sehingga campuran tadi sebati dan terbentuk menjadi doh yang longgar. Pastikan ianya tidak terlalu melekat dan sangat longgar. Pastikan juga apabila ditekap dalam acuan, ianya masih boleh melekat dan dapat dikeluarkan.
  3. Tambahkan sedikit air jika doh tadi tidak melekat dalam acuan atau menjadi kering ketika proses pembuatan.
  4. Tekan doh dalam acuan dan ketuk keluar daripada acuan untuk disusun atas loyang.

Untuk membakar:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 140°c. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit minyak masak.
  2. Letakkan kuih yang telah dibentuk menggunakan acuan ke atas loyang yang telah disapukan minyak. Bakarkan selama 30 minit sehingga bahagian bawah kuih berwarna keperangan.

#2. Kuih raya: Biskut Mama Carey

kuih raya

Biskut ini sangat terkenal ketika hari raya dari dahulu lagi. Cuma sekarang ini jarang pula jumpa, mungkin kerana proses pembuatan yang rumit dan memerlukan masa yang lama. Kekangan masa dan waktu bekerja yang padat menyukarkan para wanita untuk membuat sendiri biskut Mama Carey ini.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 200gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 260gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm susu tepung

Bahan untuk aising:

  • 1 biji putih telur
  • 90g gula icing
  • 1 tbsp tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Pukulkan mentega bersama gula sehingga putih berkrim pada suhu bilik. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putarkan lagi sehingga sebati.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi satu doh yang lembut.
  3. Biarkan doh seketika di dalam peti ais dalam jangka masa 10-15 minit.
  4. Selepas rehatkan doh, keluarkan doh dan tekap dengan acuan mengikut bentuk kesukaan anda.
  5. Susunkan doh yang telah ditekap dengan acuan di atas dulang pembakar. Sebelum itu, griskan dulang dengan mentega atau lapikkan dulang dengan kertas pembakar. Bakar kuih selama 10-15 minit atau separuh masak pada suhu 160°c. Sejukkan seketika.
  6. Paipkan atas biskut dengan bancuhan aising dan corakkan/ lorek atas biskut dengan menggunakkan coklat emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara penyediaan aising:

Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga semua bahan sebati. Masukkan bahan dalam piping bag.

Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

#3. Kuih raya: Biskut Dam

kuih raya

Biskut dam ini jika dibuat dengan kaedah yang betul dan mengikut cara penyediaan yang tepat, ia akan menjadi sangat ranggup dan enak sekali. Jika anda inginkan biskut mudah dibentuk dan ranggup, anda perlu masukkan doh bancuhan biskut ini ke dalam peti sejuk selama beberapa minit.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

Bahan untuk doh vanilla:

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur – suhu bilik, kacau sebati
  • 220g tepung kek – ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk doh coklat:

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur – suhu bilik, kacau sebati
  • 190g tepung kek – ayak
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Cara penyediaan doh vanilla:

  1. Pukulkan gula kastor dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau kembali supaya sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi bentuk doh yang lembut. Sejukkan seketika dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Canaikan setiap satu doh kecil kepada bentuk segi empat, setebal 1cm.

Cara penyediaan doh coklat:

  1. Pukulkan gula kastor dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau kembali supaya sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacaukan sehingga menjadi bentuk doh yang lembut.
  5. Sejukkan seketika dalam peti sejuk dalam bahagian sejuk beku selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  6. Canaikan setiap satu doh kecil kepada bentuk segi empat setebal 1 cm.

Cara penyediaan biskut dam:

  1. Susunkan kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  2. Susunkan kepingan doh coklat-vanilla-coklat.
  3. Sejukkan kembali dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi setebal 1m. Pastikan potongan sama rata.
  4. Ambil 3 keping doh yang telah dipotong tadi dan susun secara bertindan dan berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  5. Kemudian, sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1m. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas pembakar.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c dan bakar biskut dam selama 15-20 minit.

#4. Kuih raya: Biskut Sampan

kuih raya

Bagi mendapatkan bentuk sampan yang betul, sediakan acuan yang tepat. Bagi mendapatkan doh mudah dibentuk, pastikan doh disimpan seketika dalam peti sejuk. Biskut ini jarang dibuat dan sukar untuk dijumpai.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula aising
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Bahan inti:

  • 1/2 buku mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tin kelapa kering
  • 1 cawan buah-buahan campuran

Cara penyediaan:

Adunan biskut:

  1. Pukul mentega, gula aising dan kuning telur sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  3. Sapu acuan dengan mentega. Masukkan sedikit adunan dan tekan sehingga menjadi bentuk sampan (ikut bentuk acuan)
  4. Isikan inti dalam acuan berisi adunan dan tekan perlahan sehingga isi padat dan rata menutupi acuan sampan.
  5. Susun adunan yang telah siap diisi inti ke dalam loyang pembakar. Bakarkan biskut pada suhu 180°c selama 20 minit. Apbila biskut kelihatan terkeluar sedikit dari acuan dan bahagian atas berwarna keperangan. Keluarkan biskut dari ketuhar dan sejukkan.

Adunan inti:

  1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanilla sehingga sebati.
  2. Masukkan kelapa, buah-buahan campuran dan tepung. Uli sehingga bahan membentuk doh yang lembut dan melekat dijari.
  3. Acuan: anggaran harga untuk 100 keping acuan, RM40. Ada dijual di kedai peralatan membuat kek dan kuih. Kebiasaannya 1 paket (RM4/10 keping).

#5. Biskut raya tradisional: Kuih karas

kuih raya

Kuih karas ini biasanya terkenal di negeri utara Malaysia terutama sekali di Kedah. Selalunya dihidangkan ketika musim perayaan Aidilfitri ketika majlis rumah terbuka. Teksturnya yang rapuh dan ranggup membuatkan ianya juga digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • Minyak masak – untuk goreng

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula. Kemudian, masukkan air dan kacaukan bahan sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali yang sederhana. Masukkan adunan dalam acuan kuih karas (sama acuan dengan roti jala).
  3. Tuang adunan dalam kuali seperti buat roti kirai. Apabila warnanya telah bertukar kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan supaya minyak kering.
  4. Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas dalam bekas kedap udara. Ia bertujuan untuk elakkan kuih menjadi lemau dan masuk angin.

#6. Biskut raya: kuih suji

kuih raya

Kuih suji merupakan antara kuih tradisional yang selalunya dihidangkan ketika musim perayaan dan digemari semua orang tidak mengira lapisan umur dan bangsa. Disebabkan ianya lembut dan rapuh mudah cair dimulut, membuatkan ia sangat diminati oleh kanak-kanak.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung suji
  • 1 cawan gula aising
  • Minyak sapi – secukupnya
  • Ceri -hiasan

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum terlebih dahulu. Kemudian, campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
  2. Gaulkan sehingga rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh memmbentuk bebola kecil.
  3. Bulat-bulatkan doh dan susunkan dalam loyang dan letakkan hirisan ceri di atasnya. Jika mahukan corak yang berbeza, tekapkan dalam acunan mengikut bentuk yang anda suka.
  4. Bakarkan selama 10-15 minit dengan suhu 150°c.

#7. Kuih raya tradisional: Kuih batang buruk

kuih raya

Nama unik dan rasa menarik membuatkan ia juga antara kuih raya tradisional yang popular. Warna putih dan ditambah pula dengan serbuk manis menjadikan rasanya sebati dan enak sekali.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • 600gm tepung gandum
  • 300gm tepung beras
  • 1 biji santan kelapa
  • 600gm kacang hijau
  • 400gm gula kisar
  • 3 biji telur
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan santan sehingga sejuk.
  2. Sangai kacang hijau dan buang kulitnya. Kisarkan sehingga halus dan campurkan dengan gula. Ketepikan seketika.
  3. Gaulkan tepung gandum bersama santan tadi. Masukkan telur dan uli semua bahan sehingga sebati.
  4. Canaikan sehingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan berlubang ditengah-tengah.
  5. Potong kecil dan gorengkan sehingga kekuningan.
  6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan bancuhan kacang hijau bersama gula tadi.

Butterkicap

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Resepi Biskut Florentine Yang Rangup Dan Sedap, Kesukaan Anak-Anak Ketika Hari Raya

Baca Juga: 7 Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru Di Hari Raya, #3 Paling Mudah & Beri Impak Luas!

Baca Juga: Variasi Kek Sedap & Mudah Untuk Santapan Di Hari Raya, Buat Last Minute Pun Sempat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 7 Jenis Kuih Tradisional Aidilftri Yang Hampir Ditelan Zaman & Sukar Dijumpai Ketika Raya
Kongsikan:
  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.