Bolehkah Kami Selamatkan Perkahwinan Ini?

"Sudahkah kami mencuba segala-galanya?" Jika suami isteri mempunyai matlamat yang sama, saya yakin hubungan itu boleh pulih semula.

Sudahkah kalian tengok filem youtube Wayang Sayang dari Maxis untuk Raya tahun ini?

Filem pendek yang menusuk hati itu mengisahkan hubungan sepasang suami isteri yang sudah renggang dan mereka telah berpisah setelah dua tahun bersama.

Mungkin ada yang boleh mengaitkan diri dengan filem ini, dan ada yang mungkin sedang mengalami situasi yang sama.

Setelah beberapa tahun berkahwin, suami atau isteri itu bukan lagi orang yang sama.

Terdapat terlalu banyak isu-isu asas dalam hubungan antara suami dan isteri sehingga perkahwinan mereka menjadi lakonan sahaja.

Sekarang anda tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada jejaka atau wanita yang mungkin bakal menjadi bekas suami atau isteri.

Soalan paling besar adalah bolehkah perkahwinan ini diselamatkan?

1. Apakah isu utama kami?

Sesuatu yang dianggap penting kepada seseorang, mungkin tidak penting kepada pasangannya.

Tanya pasangan apakah isu-isu utama antara anda berdua dan apakah yang boleh dilakukan untuk membetulkan keadaan.

Adakah anda puas hati dengan keintiman kamu berdua? Adakah ia mencukupi?

Ataupun, mungkin kamu berdua terlalu sibuk dan tidak menghabiskan masa yang cukup bersama-sama?

Keadaan ini boleh dibetulkan dengan meluangkan lebih masa untuk bersama satu sama lain. Apabila isunya telah dikenalpasti, barulah jalan penyelesaian dapat dicari.

2. Tangani isu yang paling penting dahulu

Sumber gambar: World of Buzz

Jika pasangan suami isteri sudah lama mengalami masalah dalam perkahwinan mereka, pasti terdapat lebih daripada satu isu yang menyebabkan hubungan itu renggang.

Selepas mengenali isu-isu ini, tangani isu yang paling penting dahulu.

Jika anda berdua bertekad untuk menyelesaikan masalah hubungan, kedua pihak perlu mendengar pandangan masing-masing mengenai isu-isu ini.

Selepas itu bincangkan dan cari jalan penyelesaian bersama-sama

3. Adakah ini cuma satu fasa sahaja?

Semua hubungan akan melalui fasa tertentu. Anda boleh jatuh cinta dan percintaan romantik antara satu sama lain boleh berhenti juga, bergantung pada hubungan suami dengan isteri pada masa itu.

Tetapi asas semua perkahwinan adalah komitmen, amanah, dan daya tahan (kesabaran).

Jadi sebelum memutuskan untuk berpisah, semak isu-isu dulu dan tentukan jika perkahwinan anda benar-benar tidak dapat diselamatkan atau hanya sedang melalui satu fasa yang kurang baik.

4. Adakah anda masih cinta dan percaya dengan pasanganmu?

Sumber gambar: Salamstock

Tanya pasangan anda jika dia masih ada perasaan sayang terhadap anda. Ini sebenarnya soalan kaunseling perkahwinan yang paling asas.

Jika pasangan anda masih mempunyai perasaan yang mendalam dan berkekalan untuk anda, maka ia berbaloi untuk sama-sama menyelamatkan hubungan itu.

Masalah bermula apabila anda berhenti merasakan apa-apa perasaan langsung.

Amanah adalah faktor yang paling penting dalam apa jenis hubungan. Sekiranya pasangan berasa sukar untuk mempercayai anda, ia akan menjadi lebih susah untuk terus menjalinkan hubungan itu.

Namun, menurut Psychology Today, hubungan yang sudah hilang kepercayaan masih dapat diperbaiki.

Ia belum terlambat untuk membina semula amanah yang hilang jika kedua-dua suami isteri berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

5. Apakah sebab anda ingin memperbaiki hubungan itu?

Tanya diri apakah sebab anda ingin memperbaiki hubungan itu? Adakah ia kerana sebab kasih sayang dan komitmen? Kalau itu jawapannya, kemungkinan hubungan suami isteri masih ada harapan.

Jika anda hanya berpaut pada perkahwinan ini disebabkan kesian dengan anak ataupun jumlah bil yang dikongsi, mungkin anda perlu menilai semula hubungan itu.

“Sudahkah kami mencuba segala-galanya?”

Fokus pada sebab-sebab mengapa anda jatuh cinta pada mulanya dan anda perlu bincangkan cara-cara untuk merasakan perasaan itu semula.

Persoalannya: Adakah Anda Ingin Memperbaiki Diri Sendiri Untuk Menyelamatkan Perkahwinan ini?

Pasangan suami isteri harus bersedia untuk berkerjasama dan berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka.

Anda mesti sanggup melakukan segalanya untuk menyelamatkan perkahwinan anda.

Jika suami isteri mempunyai matlamat yang sama, saya yakin hubungan itu boleh pulih semula.

Sumber: Guidedoc, Psychology Today

Penulis

Rosanna Chio