Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Tahukah anda bahawa botol bayi yang digunakan melebihi 3 bulan memberikan kesan bahaya? Kandungan BPA boleh menjejaskan perkembangan otak si manja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau mahal macam mana sekalipun, botol bayi perlu tukar dengan kerap. Ibu ayah jangan kedekut sehingga sanggup menjadikan botol susu anak sebagai satu ‘koleksi’. Ia sungguh tidak relevan kecuali yang masih baru dan belum guna.

Ketika tengah bancuh susu anak, entah tiba-tiba teringat ‘Eh, berapa lama ya boleh tahan satu botol susu ni, takkanlah sampai selama-lamanya..”

Cara penggunaan botol bayi yang betul

credit to sources

Pernah tak anda terfikir perkara yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak-anak dan apakah kesan bahaya jika menggunakan botol susu sama terlampau lama?

Ibu ayah tahu tak?

Rupanya bahaya guna botol susu yang melebihi 3 bulan. Tambah lagi sudah mempunyai banyak calar dekat bahagian dalam botol berkenaan. Kesan inilah yang mengeluarkan toksik sehingga boleh membahayakan kesihatan anak yang masih kecil.

Cuma kalau botol anak yang bebas BPA, paling maksimum penggunaannya pun hanyalah 6 BULAN SAHAJA. 

Bagi yang tidak tahu, Bisfenol A atau BPA ini adalah berbahaya terhadap keluarga terutamanya bayi. Ia kebiasaannya dijumpai dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi.

Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan atau minuman bertin.

Jangka hayat botol susu

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya botol susu yang ada BPA, jangka hayatnya adalah 3 hingga 6 bulan sahaja.

Manakala botol susu yang ada BPA FREE jangka hayatnya adalah lebih panjang, namun sebaiknya tukar apabila anda mendapati berlaku perubahan pada warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini akan melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos BPA yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan paling berisiko kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan otak dan tingkah laku si manja.

Tips mengelakkan kesan BPA pada botol susu anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Gunakan botol susu yang diperbuat daripada kaca atau stainless steel. Ia tahan lama dan anda tidak perlu risau tentang BPA. Boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA, namun elak menggunakan botol polikarbonat.

#2. Sekiranya ibu menggunakan botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, dipanaskan atau memasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

#3. Elakkan calar dengan menggunakan berus lembut daripada plastik dan span, bukannya berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.

#4. Guna sabun yang selamat dan sesuai untuk mencuci botol anak.

Bila botol anak perlu ditukar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Perubahan warna botol

Jika botol anak sudah kelihatan kekuningan, ia adalah tanda perlu ditukar baharu. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.

  • Kesan calar pada botol

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, ibu ayah dinasihatkan untuk menukar botol yang baharu. Hal ini kerana dikhuatiri berlaku pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol berkenaan.

  • Memiliki bau

Jika botol sudah mengeluarkan bau walaupun sudah kerap kali dibasuh, segeralah tukar botol berkenaan kerana bau tidak menyenangkan ini boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalamnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sterilizer

Penggunaan sterilizer ini sebenarnya mengurangkan jangka hayat botol. Misalnya jika ia boleh digunakan selama tempoh 6 bulan, ia mungkin hanya selamat diguna untuk 4 bulan sahaja.

Salah satu sebabnya ialah penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau suam.

  • Kesan calar

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak kerana dibimbangi menyebabkan pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol berkenaan.

Sumber: Penmerahdotcom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenama Sabun Botol Susu Terbaik, Boleh Tanggal Kerak Susu!