Koleksi Botol Susu & Puting MAM Colours Of Nature, 3 Pilihan Warna Menarik Dan 'Trendy'

Botol MAM Colours Of Nature Collection menampilkan tiga warna menarik dengan reka bentuk yang 'trendy' serta berkualiti premium

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

MAM antara jenama dikenali dalam kalangan ibu-ibu, menghasilkan produk bayi berkualiti antaranya botol susu, puting, penjagaan mulut dan gigi bayi selain pelbagai lagi boleh didapati. Kali ini, mereka memperkenalkan koleksi terbaharu botol MAM iaitu Colours of Nature Collection dengan tiga warna menarik.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Botol MAM koleksi Colours of Nature
  • Tiga warna pelbagai saiz
  • Kelebihan menggunakan produk MAM

Botol MAM untuk bayi dengan koleksi Colours of Nature

MAM mementingkan penghasilan produk yang mempunyai kualiti premium selain reka bentuk dan warna. Justeru tidak hairanlah syarikat ini tetap terus menghasilkan produk terbaharu dengan menampilkan rangkaian ‘segar’ untuk bayi dan gaya hidup keluarga moden.

Ditambah lagi MAM sentiasa bekerjasama dengan pakar perubatan dalam penghasilan produk mereka sekali gus memastikan ia selamat untuk digunakan oleh bayi.

Koleksi siri terbaharu botol susu dengan Colours of Nature ini mengambil inspirasi daripada trend terbaharu dan penggunaan warna daripada tumbuhan atau material semula jadi. Botol susu ini juga mempunyai permukaan dan kemasan yang berkilat.

Kenapa Colours of Nature? Menurut penerangan oleh MAM, keluarga pada hari ini mahu meningkatkan gaya hidup dengan hubungan kepada bumi serta menjalani kehidupan dengan tenang.

Justeru, ibu dan ayah turut memberi perhatian terhadap segala yang diberikan kepada anak-anak termasuk sewaktu fasa lisan dalam mewujudkan persekitaran sihat dan murni.

Tiga warna pelbagai saiz

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

MAM koleksi Colours of Nature ini menampilkan botol susu dengan tiga warga iaitu merah jambu, firus (turquoise) dan kelabu.

Justeru, ini maklumat berkenaan botol dan puting mengikut saiz dan usia bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Easy Start Anti-colic Bottle

Saiz: 130 ml, 160 ml, 260 ml dan 320 ml

  • Original Pacifier

Usia: 0-2 bulan, 2-6 bulan, 6 bulan ke atas dan 16 bulan ke atas

  • Perfect Pacifier

Usia: 2 hingga 6 bulan, 6 bulan ke atas dan 16 bulan ke atas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan menggunakan produk MAM

Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya menggunakan botol susu jenama ini MAM, antaranya: 

  • Botol susu yang mempunyai bukti klinikal untuk mengurangkan kolik iaitu satu penyakit yang menyebabkan ketidakselesaan kepada perut bayi.
  • Skin Soft TM Silicone memberikan perasaan sama kepada bayi iaitu seperti menyentuh kulit ibu mereka.
  • Ideal digabungkan dengan pemberian susu badan.
  • Mempunyai fungsi pensterilan sendiri untuk kemudahan semasa perjalanan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!

Baca juga:  Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Baca juga:  6 langkah untuk bantu bayi pegang botol susu sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan