X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!

3 min bacaan
Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!

Ibu, jangan pernah masukkan bubur dalam botol susu kerana ia boleh menyebabkan si kecil tercekik dan kesan sampingan buruk yang lain.

Kecoh baru-baru ini apabila seorang ibu masukkan bubur bayi instan dalam botol susu anak. Kemudian puting botol tersebut digunting di bahagian depan supaya memudahkan bayi menelan makanan tersebut. Walhal, ia boleh menyumbang kepada pelbagai risiko yang membahayakan!

Sebenarnya, masukkan bubur bayi instan dalam botol susu anak itu sudah menjadi amalan turun menurun sejak dahulu lagi. Kononnya dapat membuatkan anak kenyang dan tidur dengan lebih lama.

Kalau ditegur ibu yang melakukan benda ini, mulalah mukadimah panjang lebar diberikan dengan mengatakan anak-anak dahulu makan bubur dalam botol susu semuanya selamat dan sihat. 

Ketahuilah, zaman semakin maju, ilmu tentang cara memberi anak makan juga semakin berkembang dan kita tidak boleh samakan ilmu orang dulu-dulu dengan sekarang. Sebab ia secara total adalah berbeza. 

5 Sebab Mengapa TAK BOLEH Masukkan Bubur Bayi Instan Dalam Botol Susu Anak 

#1. Boleh menyebabkan risiko tersedak 

Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!

Semasa bayi minum, biasanya mereka akan mengambil masa untuk bernafas dan kalau minum susu ia lebih mudah ditelan. Tapi, kalau bubur sudah tentu teksturnya lebih kasar dan mengambil masa untuk menelan. 

Jika bubur tidak habis ditelan, ia boleh meningkatkan risiko makanan masuk ke dalam paru-paru anak.

#2. Bubur bayi instan dalam botol susu tiada stimulasi oral 

bubur dalam botol susu, bubur dalam botol, masukkan bubur dalam botol, masuk bubur dalam botol anak, bubur dalam botol susu, bubur di dalam botol, suap anak makan bubur, suap bayi dengan bubur, risiko bubur dalam botol susu

Dengan menggunakan botol susu, perkembangan motor anak hanya terhad pada hisapan dan menelan sahaja. Tapi, dengan cara menyuap menggunakan sudu, bayi boleh belajar cara mengunyah, lidah boleh bergerak dan proses menelan jadi lebih mudah. 

Sudah tentu perkembangan bayi lebih maju ke hadapan. 

#3. Bayi keliru 

Walaupun masih kecil, namun bayi faham jika terdapatnya perbezaan tekstur antara susu dan bubur. 

Misal kata bubur itu tidak disukai dan bayi menolak terus botol susu tentu ibu juga susah hati nak bagi anak minum susu lagi. 

#4. Puting mudah kotor 

Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!

Puting susu perlu ditukar setiap tiga bulan jika menggunakannya untuk memberi bayi minum susu. Tapi kalau beri bubur melalui botol, puting perlu ditukar dengan lebih kerap. 

Ini kerana, makanan lebih senang tersumbat dan jika tidak dibasuh dengan teliti boleh menyebabkan makanan basi tadi menjadi punca anak sakit perut.

#5. Tak boleh kenal pasti reaksi alergi 

Bayi baru saja masuk enam bulan tapi anda sudah memberi makanan dengan cara yang salah sekaligus tidak dapat kenalpasti sebarang reaksi alergi jika bayi mengalaminya. 

Diharap, ibu-ibu diluar tidak menggunakan cara lama ini lagi. Kasihani anak itu dan jangan paksa mereka makan terlalu banyak tapi memadai dengan dua ke tiga sudu dahulu. 

Semoga ini menjadi anda ibu yang lebih berhati-hati. 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Lelaki Ini Alami Kerosakan Hati Kerana Overdose Ubat Paracetamol Yang Diberi Ibunya!

Baca juga: 5 Kesalahan Ibu Bapa SELALU BUAT Ketika Beri Anak Makan Ubat, Baik Anda Semak!

Baca juga: Nak Anak Tidur Lebih Lama? Ajar Mereka Tidur Seorang Diri Bermula Usia Ini – Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Waspada! Bagi Bayi Bubur Dalam Botol Susu Untuk Kerja Lebih Senang, Tapi Anak Boleh Tercekik & Maut!
Kongsikan:
  • Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

    Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

  • JANGAN Beri Popcorn Pada Budak Bawah 5 Tahun! Kanak-Kanak Ini Jalani Pembedahan Lepas Alami Radang Paru-Paru

    JANGAN Beri Popcorn Pada Budak Bawah 5 Tahun! Kanak-Kanak Ini Jalani Pembedahan Lepas Alami Radang Paru-Paru

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.