Bayi Tak Henti Meragam Sebab Perut Kembung? Tukar Botol Susu Kepada Jenis Anti Colic Ini

Elak masalah kembung perut pada bayi berpunca dari penggunaan botol susu yang salah! Ini botol susu anti colic yang baik atasi masalah ini.

Sekiranya anda pernah berurusan dengan bayi yang kolik atau bayi menangis sepanjang hari, pasti parents tahu betapa risaunya keadaan itu. Mujurlah kini pengeluar barangan ibu dan anak mula mencipta produk botol susu dengan reka bentuk untuk mengurangkan jumlah gas yang diambil bayi semasa menyusu, atau digelar botol susu anti colic.

Apa itu kolik?

Kolik didefinisikan sebagai serangan tangisan bayi atau berlaku ketidakselesaan kepada perut bayi yang tidak dapat dipastikan tanpa sebab yang jelas, selama tiga jam atau lebih sehari! Keadaan ini selalunya berlaku pada waktu petang antara jam 6 petang dan tengah malam namun boleh juga berlaku pada bila-bila masa pada siang hari.

Kira-kira 1/5 dari  bayi mengalami kolik sama ada bayi lelaki atau perempuan dan juga yang diberi susu ibu dan susu formula. Tangisan yang tidak dapat dipulihkan ini biasanya bermula pada satu bulan dan paling teruk pada bulan kedua dan ketiga,namun tempoh tangisan berbeza pada setiap anak.

Colic sering dikaitkan dengan bayi yang kerap menangis disebabkan perut kembung. Udara dan gas yang terperangkap adalah salah satu penyebab utama terjadinya kolik, yang bermaksud bahawa apa dan bagaimana parents beri dalam pemakanan si manja boleh memberi kesan besar terhadap keselesaan mereka.

Terdapat beberapa kemungkinan lain berlakunya kolik, antaranya ialah:

  • Bayi terlalu kenyang atau terlalu lapar
  • Bayi tidak selesa
  • Sistem pencernaan yang belum matang

Bukan itu sahaja, keadaan yang tidak selesa ini membuatkan kaki si manja biasanya terangkat semasa menangis sehingga lutut menyentuh dada dan tangan bayi digenggam menjadi penumbuk.

Malah, muka bayi kadangkala menjadi merah semasa menangis dan selalunya mata bayi tertutup atau terbuka luas, dahi berkerut dan seolah-olah menahan pernafasan. Namun begitu, ibu ayah usah bimbang kerana perut kembung atau kolik boleh dielakkan dengan penggunaan botol susu anti kolik. Anti colic maksud mengelakkan dari terjadinya kolik atau refluks yang menyebabkan bayi tidak selesa dan meragam.

Jadi apa kelebihan botol susu anticolic berbanding botol susu biasa ya? Berikut merupakan ciri-ciri botol susu anti colic yang terbaik:

  • Pelbagai pilihan aliran puting susu untuk membantu susu mengalir dengan kelajuan yang betul
  • Puting botol yang direka untuk mengurangkan peluang udara di hujungnya
  • Sistem injap untuk memastikan botol tidak berubah menjadi vakum udara
  • Bentuk bersudut untuk membantu menjaga bayi lebih tegak semasa minum susu botol

Tips Pemilihan Botol Anti Colic

Memilih botol susu anti colic boleh jadi memeningkan kerana ibu ayah perlu try & error terlebih dahulu mengikut keselesaan si kecil. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran berlaku,  semak terlebih dahulu tips pemilihan botol anti colic yang betul dan sesuai mengikut usia anak seperti berikut.

Material: Terdapat banyak jenis material botol yang berbeza-beza seperti silicone, PPSU (Polyphenylsulfon), PP (Polypropylene) dan Stainless Steel. Pilih salah satu material botol yang sesuai mengikut perkembangan anak anda. Untuk bayi baru lahir, material silicone adalah yang paling tepat kerana ia fleksibel sehingga boleh dipicit dan tahan lasak. Manakala,material PP adalah pilihan ramai kerana jangka hayat sehingga 3-6 bulan, mudah didapati dan harga yang mampu milik.

Bebas BPA: BPA atau Bisphenol A adalah sejenis bahan kimia yang mana boleh menjejaskan kesihatan dan tumbesaran bayi. Paling teruk, ia boleh menyebabkan kanser pada bayi. Oleh itu, tidak kiralah material apa yang anda pilih asalkan anti colic bottle tersebut bebas BPA.

Bentuk puting botol: Untuk mengelakkan masalah nipple confuse bagi newborn, pilih bentuk puting botol yang menyerupai puting payudara dan bersaiz lebar. Pastikan aliran tidak terlalu laju dan boleh dikawal tanpa menyebabkan anak tersedak atau kembung perut.

Saiz botol: Ibu ayah boleh sahaja membeli botol yang bersaiz besar untuk dipakai jangka masa yang panjang. Tetapi, botol susu perlu diganti sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali mengikut material botol masing-masing. Sebaiknya pilih saiz botol mengikut kadar yang diperlukan untuk bayi sekali minum.

Botol Susu Anti Colic Terbaik di Pasaran

Jangan risau parents, di sini kami berikan 8 jenama botol susu yang dapat mengurangkan masalah kembung dan kolik si manja. Senarai ini akan membantu parents memilih botol susu anti colic terbaik yang akan mengurangkan jumlah udara yang si manja mungkin tertelan semasa penggunaan botol susu yang salah.

8 Botol Anti Colic Terbaik di Pasaran
Philips Avent Anti Colic
Terbaik Air-Free
Beli di Shopee
Comotomo Baby Bottle
Terbaik Fleksibel
Beli di Shopee
Tommee Tippee Closer To Nature Newborn Starter Kit
Terbaik Reka Bentuk Unik
Beli di Shopee
nanobébé Breastmilk Bottle
Terbaik Seperti Payudara
Beli di Shopee
MAM Easy Start Anti Colic Self-Sterilising Bottle
Terbaik Pensterilan Sendiri
Beli di Shopee
NUK Simply Natural Baby Bottle
Terbaik Pilihan Lubang Berbeza
Beli di Shopee
Hegen PCTO Baby Feeding Milk Bottle
Terbaik Ergonomik
Beli di Shopee
Pigeon SofTouch Nursing Bottle
Terbaik Pilihan Ramai
Beli di Shopee

Philips Avent Anti Colic 

Botol Anti Colic Terbaik Air-Free

 

Botol bayi Philips Avent anti-kolik telah dibuktikan oleh pakar perubatan untuk meningkatkan keselesaan pada bayi dengan meminimumkan gas di perut mereka. Produk ini membantu mengurangkan kekecohan, terutama pada waktu petang. Ini dapat dicapai melalui injap udara anti-kolik yang terdapat pada puting.

Apa yang kami suka:

  • Reka bentuk puting sangat semula jadi dan sesuai untuk bayi beralih antara penyusuan susu ibu dan penyusuan botol.
  • Mudah dibersihkan
  • Boleh digunakan dalam microwave dan mesin cuci pinggan mangkuk
  • Leher lebar untuk pengisian dan pembersihan yang mudah
  • Bebas BPA 

Comotomo Baby Bottle

Botol Anti Colic Terbaik Fleksibel

Botol susu terbaik dari Comotomo mereplikasi rasa semula jadi dan fungsi penyusuan. Ia sesuai untuk bayi yang beralih dari penyusuan susu ibu ke botol susu. Puting dibentuk seperti payudara semula jadi untuk membolehkan bayi anda melekap dengan baik semasa menyusu. 

Botol susu Comotomo mempunyai dua ventilasi anti kolik di dekat puting yang membolehkan udara beredar di dalam botol dan menghalangnya daripada membentuk gelembung dalam susu Ini dapat mengurangkan kemungkinan si manja untuk mendapat gas, kolik atau muntah/refluks.

Apa yang kami suka:

  • Botol diperbuat dari silikon, lembut untuk bayi memegang
  • Mempunyai leher lebar yang membantu mengisi dan membersihkan botol
  • Penutup tidak bocor jika ditutup dengan ketat
  • Bebas BPA

Tommee Tippee Closer To Nature Newborn Starter Kit

Botol Anti Colic Terbaik Reka Bentuk Unik

Botol susu Tommee Tippee Closer To Nature pernah memenangi anugerah Tommee Tippee, dan menjadikan bayi merasa sedekat mungkin dengan payudara ibu kerana reka bentuknya yang unik. Apabila beralih dari penyusuan susu ibu ke botol susu, botol ini boleh menjadi pilihan yang baik.

Botol anti kolik ini memberikan regangan dan kelenturan semula jadi pada puting payudara dan oleh itu ini menjadikan makanan bebas tekanan.  Tambah menarik, jenama Tomme Tippee terkenal kerana tidak akan bocor dan berpotensi membenarkan hanya sedikit udara masuk melalui dot.

Apa yang kami suka:

  • Bebas BPA 
  • Mudah dibersihkan kerana tidak mempunyai bahagian yang terlalu banyak
  • Leher lebar membantu mengisi susu dengan mudah.
  • Serasi dengan semua produk penjagaan Tommee Tippee yang lain seperti sterilizer, pam payudara dan pemanas susu.

nanobébé Breastmilk Bottle

Botol Anti Colic Terbaik Seperti Payudara

Jika dilihat dari bentuknya pasti kita tahu yang produk ini bersepadanan dengan bentuk payudara ibu. Menarik lagi, anti colic bottle ini boleh ditindih untuk penyimpanan yang cekap, dan jenama membawa penyesuai pam payudara untuk menjadikan hidup lebih mudah.

Puting nanobébé mempunyai sistem ventilasi ganda untuk mengurangkan tekanan udara, dan susu disejukkan dengan cepat untuk membantu mencegah pertumbuhan bakteria. Saiz yang kecil juga berfungsi dengan baik untuk tangan kecil!

Apa yang kami suka:

  • Rekabentuk yang menyerupai payudara
  • Penyejukan 2 kali lebih pantas untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria.
  • Bebas BPA, PVC, LEAD dan PHTHALATE
  • Sesuai untuk bayi baru lahir

MAM Easy Start Anti Colic Self-Sterilising Bottle 

Botol Anti Colic Terbaik Pensterilan Sendiri

MAM menggunakan sesuatu yang disebut Silk Teat dan bukannya silikon, yang dibuat khas untuk memberikan kelembutan yang tidak dapat diberikan oleh silikon. Walau bagaimanapun, anti colic mam bottles mempunyai semua kelebihan yang disediakan oleh silikon – ia masih mengekalkan kebersihan, tidak berbau dan tidak berwarna.

Tetapi parents perlu mahir untuk memasang semula anti colic mam bottles ini ya, kerana ia boleh bocor sekiranya tidak dipasang dengan ketat. Sekiranya dipasang dan digunakan dengan betul, susu akan terus disterilkan selama sekitar 24 jam.

Apa yang kami suka:

  • Ciri sterilisasi sendiri
  • Bebas BPA
  • Puting terasa seperti payudara semula jadi
  • Didatangkan dalam pelbagai saiz
  • Pembukaannya cukup luas untuk memudahkan pengisian susu serta pembersihan

NUK Simply Natural Baby Bottle

Botol Anti Colic Terbaik Pilihan Lubang Berbeza

Botol NUK® Simply Natural  meniru bentuk yang diambil ibu semasa menyusu. Rongga puting yang direkabentuk isimewa membolehkan ruang untuk lidah dan rahang bayi bergerak secara semula jadi, seperti yang dilakukan semasa menyusu. Puting susu NUK juga mempunyai bilangan lubang yang berbeza yang boleh disesuaikan dengan setiap peringkat usia bayi. 96% bayi dapat menerima botol susu NUK tanpa penolakan!

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai banyak lubang pada puting, menyerupai puting payudara ibu.
  • Puting yang lembut.
  • Dilengkapi dengan advance anti colic system
  • Bebas BPA

Hegen PCTO Baby Feeding Milk Bottle

Botol Anti Colic Terbaik Ergonomik

Botol PPSU PCTO™ Hegen merupakan botol susu dengan revolusi baharu membolehkan anda memerah, menyimpan dan menyusukan bayi dalam satu bekas sahaja. Paling mudah, hanya perlu menukar puting botol, penutup dan adapter untuk menukar botol penyusuan menjadi bekas penyimpanan susu bayi atau stok perahan susu ibu tanpa perlu pemindahan susu. Jadi, secara tidak langsung dapat mengurangkan pembaziran dan mengekalkan nutrisi susu ibu yang lebih optimum.

Apa yang kami suka:

  • Reka bentuk botol yang ergonomik iaitu"softsquare"- sesuai untuk bayi beralih dari penyusuan susu ibu kepada penyusuan botol.
  • Mudah dicuci dan mudah disimpan
  • Anti kolik dan kalis bocor.
  • Dengan inovasi PCTO (PresstoClose TwisttoOpen) botol susu mudah ditekan dan diputar dengan mudah tanpa tertumpah.
  • Bebas BPA , material PPSU tahan lama selama 2 tahun dan tahan panas hingga 180 c.
  • Tidak meninggalkan bau
  • Didatangkan dalam pelbagai saiz

Pigeon SofTouch Nursing Bottle

Botol Anti Colic Terbaik Pilihan Ramai

Pilihan botol susu anti colic bagi ibu yang menyusukan bayi dalam masa yang sama dilema jika anak menolak botol susu, Pigeon adalah pilihan botol susu anti kolik terbaik. Ia telah diuji secara klinikal untuk memudahkan peralihan penyusuan bayi. Ini kerana putingnya yang lembut menyerupai puting susu ibu jadi bayi selesa untuk teruskan penyusuan tanpa terjadinya masalah kekeliruan puting. Terdapat pelbagai pilihan corak baharu yang mungkin menarik perhatian si kecil untuk beralih kepada susu botol.

Apa yang kami suka:

  • Material botol diperbuat daripada Polyphenylsulfone dengan rintangan haba yang tinggi dan tahan lasak.
  • Menggunakan sistem Anti-Kolik untuk mengurangkan kemasukan udara yang menyebabkan kolik dan mudah sedak.
  • Bebas BPA dan BPS.
  • Terdapat dalam 2 saiz, 160ml dan 240ml dengan teat lembut mengikut usia bayi
  • Pelbagai pilihan corak menarik

Perbandingan Harga Botol Susu Anti Kolik Di Pasaran 

Jenama Harga

Philips Avent Anti Colic 

RM22.90

Comotomo Baby Bottle

RM89.00

Tommee Tippee Closer To Nature Newborn Starter Kit

RM165.00

nanobébé Breastmilk Bottle

RM68.75-RM 113.85

MAM Easy Start Anti Colic Self-Sterilising Bottle 

RM38.90-RM 39.90

NUK Simply Natural Baby Bottle

RM28.99-RM 40.90

Hegen PCTO Baby Feeding Milk Bottle

RM89.90-RM 106.90

Pigeon SofTouch Nursing Bottle

RM60.00-RM 64.00

Cara Menyusukan Anak Untuk Elak Masalah Kembung Perut

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berusia 0-6 bulan. Namun begitu, masalah kolik yang berlarutan boleh menyebabkan bayi menangis tanpa henti dan sering meragam. Oleh itu, sebaiknya ibu ayah mengenal pasti cara menyusukan anak dengan betul bagi mengelakkan masalah kembung perut menganggu tumbesaran anak. 

1. Teknik Penyusuan Yang Betul

Kolik terjadi disebabkan oleh banyak udara yang tertelan, jadi posisi penyusuan yang betul adalah cuba susukan bayi dengan kedudukan kepala bayi seperti menegak (upright nursing position) semasa menyusu bagi  mengurangkan jumlah udara yang ditelan. Elakkan menekan perut bayi atau memakai baju bayi yang terlalu ketat. 

2. Puting Botol Yang Sesuai

Jika bayi menghisap susu botol, lekapan puting pada mulut bayi dan puting botol dengan aliran susu paling kecil dapat membantu mengurangkan jumlah udara yang ditelan semasa bayi menghisap puting. Pemilihan puting botol seperti slimneck sesuai untuk newborn kerana bayi boleh melekap dengan baik sehingga bila bayi menghisap ia menyentuh lelangit mulut. Manakala, jenis wideneck pula menyerupai payudara ibu namun dikhuatiri bayi sukar melekap secara keseluruhan.

3. Sendawakan Bayi Selepas Menyusu

Walaupun tiada kajian membuktikan bahawa sendawa merupakan salah satu langkah berkesan dalam pencegahan kolik, namun ia boleh dikurangkan. Caranya, bantu bayi sendawa dengan meletakkan tangan pada bahu bayi diikuti dengan tangan sebelah menepuk atau mengusap dengan lembut pada bahagian badan bayi sehingga sendawa. Bayi yang kurang disendawa menyebabkan angin atau gas terperangkap dalam perut.

4. Sesi Penyusuan Secara Berkala

Apabila ibu menyusukan bayi secara kerap dalam tempoh penyusuan yang pendek, masalah kolik dapat diatasi kerana kuantiti yang diberikan bagi setiap sesi telah disukat dan dibahagikan dalam jumlah yang kecil. Kemungkinan untuk bayi mudah mengalami kembung perut adalah rendah berbanding jika bayi diberikan susu dalam kuantiti yang banyak pada satu masa. Ini kerana, saiz perut bayi yang masih kecil tidak mampu menampung jumlah susu yang diberikan secara berterusan.

Sekiranya anak anda mengalami masalah kembung perut, bertenang kerana ia masih boleh diatasi dengan cara melakukan urutan lembut pada bayi seperti teknik urutan “I Love U" atau kayuhan basikal yang serba sedikit melegakan rasa sakit akibat kembung perut. Sentuhan yang hangat dan lembut dari ibu ayah menjadikan bayi rasa selesa. 

Semoga bermanfaat. 

Baca juga: Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Baca juga: Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Kolik!

Baca juga: 7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

Penulis

Farhana Fuad