Pernah tak anda tengok botol susu bayi nampak kuning dan berkerak tak sama macam baru-baru beli dulu? Walaupun tempohnya tak adalah lama sangat digunakan. Kadang-kadang baru sebulan guna dah tampak kuning semacam.
Tahu tak puncanya botol susu tampak buruk dari usia adalah sebab anda tak basuh dengan betul!
Malah bila melengahkan waktu untuk membasuh botol juga adalah salah satu puncanya!
Jadi ibu-ibu sila take note, di sini kami sediakan list 7 kesalahan dalam mencuci botol susu bayi. Dan mengapa anda perlu cuci betul-betul bersih dan pentingnya steril botol!
7 Kesilapan mencuci botol susu bayi
#1. Tidak basuh sebaik selepas digunakan
Bila anak dah habis minum, selalu botol susu itu dibiarkan entah kemana-mana. Kadang-kala ada yang terus hilang hingga 2, 3 hari baru jumpa semula. Ketika itu botol susu pun dah berbau! Ada juga yang dibiarkan sehinggalah sesi penyusuan anak yang seterusnya, maknanya botol tu tak pernah dalam keadaan yang bersih kecuali ketika anda basuh untuk membacuh susu lain.
#2. Tak buka semua bahagian botol susu ketika basuh
Ini ibu-ibu memang ‘guilty as charged’! Mesti ramai yang malas nak buka satu persatu, terutama sekali bahagian silikon puting itu. Semua perlu dicabut ketika anda nak basuh botol tu. Kemudian gunakan berus yang halus untuk gosok bahagian putih yang sempit.
Elak guna berus kasar nanti akan akibat calar! Untuk botol guna span lembut sahaja. Jika anda gunakan span yang mempunyai dua bahagian lembut dan kasar, elakkan dari terkena bahagian yang kasar itu. Kemudian boleh terus masukkan dalam alat steril, itu jika ekstra rajinlah.
#3. Tidak rendam dengan air panas
Untuk yang tidak mempunyai alat steril, anda mesti rendamkan botol susu dalam air panas yang sudah dididihkan. Ia bertindak untuk mematikan kuman dan bakteria yang ada di dalam botol anak-anak. Amalkan teknik ini selepas cucian menggunakan sabun pencuci botol anak untuk elakkan anak dari jatuh sakit.
#4. Menggunakan sabun yang bukan untuk botol bayi
Banyak sebenarnya penggunaan sabun botol bayi ini. Kerana formulanya yang lembut dan selamat ia boleh juga digunakan untuk membasuh buah-buahan dan sayuran. Jadi percayalah, tak membazir untuk beli sabun botol anak yang khas. Kadang-kadang ibu malas nak fikir beli asing-asing, jangan begitu ya ibu-ibu! Bahaya tau guna sabun biasa, ia tinggi dengan bahan kimi dan formula yang kuat. Nanti akan meninggalkan kesan pada botol malah tidak elok untuk kesihatan bayi di jangka masa panjang.
#5. Guna botol basah
Kan bila baru nak guna, baru nak basuh. Jadi itu akan menyebabkan air paip tidak mengering dengan baik. Jadi ia akan bercampur dengan susu yang anda baru bancuh itu. Air paip ni bukannya bersih sangat sebab itulah pentingnya steril selepas mencuci!
#6. Guna berus kasar
Saya tak sebutkan lagi kenapa tak boleh guna berus atau bahagian span yang kasar ketika basuh botol bayi. Ia akan menyebabkan calar dan calar itu akan menjadi tempat pembiakan kuman! Ya, tak percaya tengoklah papan pemotong kan hasil calar akibat pisau itu pakar kata boleh menyebabkan pengumpulan kuman? Samalah untuk botol susu. Sekarang geli kan nak guna?
#7. Tak basuh sinki
Sinki memang nampak tak kotor, tapi sebenarnya ia penuh dengan bakteri. Anda masih perlu mencuci sinki anda walaupun pandangan mata kasar tampak bersih. Sekali sekala takungkan air panas dalam sinki. Lepas tu barulah boleh letak botol susu bayi dalam tu. selama ni memang main campak saja kan?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mirror.Co
Baca juga: Ibu, Jangan Basuh Botol Susu Bayi Dengan Pencuci Pinggan, Bahaya!