Tidak dinafikan, bouncer bayi diperlukan oleh ibu bapa sebagai tempat anak tidur atau sekadar bermain. Selain itu, bouncer bayi juga bagi memudahkan anak bersandar sementara ibu menyuapkan makanan.
Tetapi, kejadian yang mengakibatkan kematian seorang bayi berusia 3 bulan ini harus dijadikan peringatan buat kita semua.
Walaupun bouncer bayi mempunyai banyak kegunaan, ia juga boleh menjadi satu alat yang berbahaya kepada si kecil!
Kes Kematian Melibatkan Penggunaan Bouncer Bayi
Leia-Mae, bayi berusia 12 minggu ini menghabiskan masa bersama ibu dan dua kakaknya untuk membeli hadiah sempena Hari Bapa.
Setibanya di rumah, Leia diletakkan di bouncer bayi, diberikan susu botol dan akhirnya tertidur. Ibunya yang keletihan juga tertidur di sofa!
Pada jam 4 pagi, ibunya, Danielle Jones bangun dan memeriksa Leia tetapi dia mendapati anaknya tidak memberi sebarang tindak balas. Si ibu yang berusia 24 tahun itu pun mula panik bayinya tidak sedar walaupun selepas membuat CPR.
Namun semuanya sudah terlambat walaupun setelah mereka memanggil paramedik.
“Semua ini seolah mimpi, mimpi yang buruk. Saya fikir bila saya bangun, semuanya akan baik-baik sahaja. Saya sangat menyayangi anak-anak saya…tetapi kini terpaksa menjalani kehidupan dengan perkara sedih ini. Mungkin dia hanya bayi, tetapi dia anak saya.” katanya dalam sebuah wawancara.
Kejadian tersebut terjadi hanya beberapa hari selepas The Journal of Pediztrics mengeluarkan kenyataan tentang bahaya mainan kanak-kanak termasuklah bouncer bayi, apabila bayi duduk di dalamnya.
Kajian mendapati kematian 47 kanak-kanak di bawah usia 2 tahun selalunya terjadi di atas kerusi atau alas bayi yang dibuat untuk duduk.
Tips Menggunakan Tempat Duduk Bayi Atau Bouncer Bayi Dengan Selamat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Kredit gambar: Flickr
Baca juga:
Langkah Keselamatan Untuk Guna Baby Bouncer Yang Ibu Bapa Perlu Tahu