AMARAN! Bronkopneumonia mudah menyerang anak 2 tahun ke bawah

Bronkopneumonia adalah salah satu jenis penyakit pneumonia (paru-paru berair) yang mudah menyerang anak berusia dua tahun ke bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bronkopneumonia adalah sejenis radang paru-paru (atau pneumonia) yang sangat mudah menyerang anak yang berusia dua tahun ke bawah. Sebab itu, penting untuk anda tahu apa sebenarnya penyakit bronkopneumonia pada anak ini.

Bronkopneumonia pada anak – 2 jenis keradangan

Bronkopneumonia atau nama lainnya Bronchial pneumonia ini adalah keadaan yang terjadi apabila penumonia telah merebak sehingga ke paru-paru dan menyebabkan keradangan pada saluran bronkial akibat jangkitan.

Sel-sel dalam badan memerlukan oksigen untuk terus hidup. Ketika sel-sel ini bernafas, oksigen akan berjalan melalui hidung atau mulut dan masuk ke paru-melalui laluan udara yang dipanggil bronkus.

Paru-paru kiri dan kanan terletak di bawah tulang rusuk di kedua sisi rongga dada. Ada dua pneumonia yang dapat menyerang organ tersebut:

1. Lobar pneumonia

Pneumonia ini boleh menyebabkan keradangan seperti iritasi, bengkak atau jangkitan paru-paru hingga cecair dan nanah boleh mengisi bahagian paru-paru.

2. Bronkopneumonia

Bronkopneumonia adalah sejenis tompokan pada paru-paru yang boleh menggangu penyerapan oksigen. Bronkopneumonia akan menyerang seseorang yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya serangan penyakit ini akan dimulakan dengan selsema atau jangkitan pernafasan ringan.

Penyebab berlakunya bronkopneumonia pada anak

1. Bakteria:

Apabila sistem imunisasi badan menurun kerana kekurangan zat, bakteria normal di dalam mulut dan tekak akan berkembang dan menyerang satu atau kesemua 5 lobus dari paru-paru.

Lobus yang telah dijangkiti kemudiannya akan mengisi paru-paru dengan nanah dan cecair sehingga mempengaruhi paru-paru yang mempunyai kapasiti normal pertukaran oksigen.

2. Virus:

Virus dijangkiti selepas terdedah dengan orang yang bersin atau batuk. Virus menyumbang 50% dari kesemua jenis pneumonia dan penyebab masalah pernafasan atas (saluran udara di bahagian tekak dan mulut).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Makanan dan zat lainnya:

  • Menelan makanan kecil seperti kacang atau biji-bijian
  • Bau semburan cat pada barang-barang perabot rumah
  • minyak tanah
  • benda asing (menelan syiling atau gigi)
  • parasit

Bronkopneumonia pada anak: Tanda jangkitan

Tanda dijangkiti bronkopneumonia akibat dari bakteria

  • Demam sehingga 38.3 darjah Celcius
  • Menggigil
  • Batuk kering dan berkahak atau mungkin cairan batuk berwarna merah muda atau garis-garis darah (Streptococcus Pneumonia).
  • Mulut berbau
  • Pernafasan pendek
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala, muntah, mual, cirit-birit, dan tubuh lemah
  • Sakit perut

Virus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Dimulai dengan gejala pernafasan atas seperti sakit kepala, batuk kering, hidung tersumbat, demam ringan
  • Sakit tekak, otot dan sendi
  • Ruam kulit seperti campak
  • Batuk kering
  • Sakit dada dialami ketika bernafas
  • Sesak nafas diiringi dengan mual, muntah, cirit birit

Rawatan jika terjadi bronkopneumonia pada anak

Bronkopneumonia yang didapati akibat virus biasanya tak memerlukan rawatan dan akan sembuh dengan sendiri dalam masa seminggu atau dua minggu.

Namun, jika ia disebabkan oleh bakteria, doktor akan memberikan antibiotik untuk menghancurkan bakteria penyebab jangkitan.

Rawatan di rumah:

  • Banyak berehat
  • Minum air dengan banyak
  • Menggunakan pelembab
  • Minum banyak air

Rawatan di hospital diperlukan jika:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berusia di atas 65 tahun
  • Pernafasan lebih cepat dari biasa
  • Tekanan darah menurun
  • Memerlukan bantuan pernafasan

Cara pencegahan bronkopneumonia pada anak

Vaksin dapat membantu mencegah bronkopneumonia pada anak. Vaksinasi flu tahunan dapat membantu kerana influenza secara tidak langsung juga boleh menyebabkan pneumonia.

Vaksin pneumokokus juga amat berguna dan akan efektif selama 5 tahun. 

Selain itu, anda dapat mencegah penyakit ini sendiri dengan cara:

  • Mencuci tangan secara teratur
  • Mengelakkan merokok
  • Menggelakkan sentuhan dengan orang sakit

Gaya hidup sihat, mengamalkan makanan berzat, dan rehat yang cukup akan membuat anda terhindar dari bronchopneumonia.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Syahar Banu, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar