Ibu Menyusu Risau Payudara Kendur? Ini Cara Urut Buah Dada Wanita Kembali Tegang, Suami Pun Boleh Tolong

Buah dada wanita menyusu memang biasa kita dengar akan menjadi sedikit kendur daripada asal. Kami kongsikan tips untuk menegangkan kembali payudara anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah dada antara aset penting wanita dan ia sering dijadikan topik perbualan tidak kira bagi lelaki atau wanita. Memang tidak pelik jika lelaki suka pandang buah dada wanita kerana ia antara tarikan semulajadi wanita.

Payudara kendur antara perkara yang sering menjadi rungutan terutama buat wanita yang menyusukan bayi. Apabila menyusu, ada yang mengatakan payudara mereka kendur dan tidak secantik dan setegang dulu.

Mulalah rasa rendah diri dan rasa diri tak secantik dan seindah dulu. Jangan risau ibu, tidak semestinya anda menyusu payudara tak boleh tegang, ada pelbagai cara untuk kita cuba salah satunya adalah dengan urutan.

Buah dada wanita kendur boleh jadi tegang bila diurut dengan betul

Kredit: uzone.id

Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal, dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki.

Jadi tidak mustahil jika ada isteri di luar sana yang rasa rendah diri bila payudara mula kendur. Katanya, risau pandangan suami pada mereka yang mungkin tidak secantik dan menggiurkan seperti dulu lagi.

Jangan risau ibu, ada cara yang anda boleh cuba untuk kembalikan semula keyakinan diri anda. Jangan mudah mengalah, anda boleh cuba urutan ini untuk mengembalikan ketegangan buah dada anda. 

Selain merangsang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita.

Sebelum memulakan urutan pada payu dara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih. Anda boleh menggunakan minyak atau krim seperti baby oil. 

Anda juga boleh guna minyak aromaterapi yang mungkin boleh menambahkan rangsangan seks. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teknik urutan buah dada wanita

Kredit: sehatq

1. Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara
2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara
3. Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada
4. Setelah minyak atau krim meliputi payu dara anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu
5. Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada 
6. Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri
7. Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali
8. Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi
9. Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting
10. Ulangi langkah-langkah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senaman untuk menegangkan payudara

1. Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.

2. Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan

3. Tolak berlawanan arah dengan serentak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Lakukan  10 – 15 minit sehari atau mengikut kesesuaian anda. Senaman ini dapat membantu menegangkan kembali payu dara anda

Payudara kendur bukan bermakna anda tak cantik ibu!

Kredit: klikdokter

Saiz buah dada wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen.

Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 jaringan kelenjar. Jumlah kelenjar tiada kaitan dengan ukuran payudara. Kelenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gugusan seperti buah anggur yang menghasilkan susu untuk ibu menyusukan bayi. 

Ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada saat ini, bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.

Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi kendur. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal tegang, anda perlu melakukan sesuatu termasuklah urutan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Bahagia Suami Isteri

Baca juga: Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Kategori Yang Mana?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar