Khasiat Buah Laici Untuk Ibu Hamil, Ia Mencegah Risiko Bayi Lahir Cacat & Kaya Asid Folik

Bergelar seorang ibu hamil pastinya anda menginginkan perjalanan tanpa sebarang kesulitan. Apa kata amalkan buah laici kerana ia memberikan pelbagai manfaat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi wanita yang baru pertama kali menjadi bakal ibu, pasti anda akan berusaha memperoleh pelbagai informasi dan pengetahuan tentang kehamilan termasuklah menjaga kesihatan, pemakanan dan risiko bersalin. Antara yang sering disarankan adalah mengambil pelbagai buah kerana ia membekalkan pelbagai manfaat kepada anda dan bahaya. Bagaimana pula dengan buah laici, adakah ia selamat dinikmati?

Sebenarnya, setiap makanan yang masuk ke dalam mulut adalah berkait rapat dengan aspek kesihatan tubuh badan ibu dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak ingin berdepan sebarang komplikasi ketika hamil serta bersalin nanti, kami saran untuk anda kerap makan buah laici.

Khasiat buah laici untuk ibu mengandung

Buah laici memiliki rasa yang masam manis sangat sesuai untuk ibu mengandung dan pesakit diabetes kerana tahap kandungan gulanya ringkas serta tidak membahayakan kesihatan.

Nutrisi buah laici untuk 100 gram adalah seperti berikut:

  • Air 81.76 gram
  • Kalori: 66 kcal
  • Protein: 0.83 gram
  • Lemak: 0.44 gram
  • Karbohidrat: 16.53 gram
  • Serat: 1.3 gram
  • Gula: 15.23 gram
  • Kalsium: 5 miligram
  • Zat besi: 0.31 miligram
  • Magnesium: 10 miligram
  • Fosforus: 31 miligram
  • Kalium: 171 miligram
  • Vitamin C: 71.5 gram
  • Vitamin B3: 0.6 miligram
  • Vitamin B6: 0.1 miligram
  • Folat: 14 mikrogram

Selain itu, laici turut mengandungi sedikit mineral seperti zink, zat besi, selenium serta vitamin B1, B2, E dan K. Ia turut memberikan pelbagai manfaat lain seperti:

#1. Memperbaiki peredaran darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan magnesium, vitamin C dan folat dalam buah laici dikatakan mampu mengawal hemoglobin dalam darah. Ia turut berupaya mengurangkan tekanan darah dalam tubuh ibu mengandung.

#2. Mengurangkan morning sickness

Tidak dinafikan gejala mual, loya dan muntah sering menyerang para ibu mengandung. Keadaan ini pastinya akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan tubuh menjadi lemah.

Sebagai cara mengatasinya, anda dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan B, terutamanya vitamin B-6. Hal ini kerana vitamin ini dapat mengurangkan gejala morning sickness yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa buah laici masam dan manis sangat sesuai untuk mengurangkan rasa loya yang sering dialami oleh ibu hamil.

#3. Mengelakkan serangan penyakit

Khasiat laici mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kerana di dalamnya mengandungi vitamin C yang tinggi. Umum sedia maklum bahawa vitamin ini berperanan besar dalam penghasilan serotonin dan kolagen dalam tubuh. Ia turut mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai mencegah pelbagai jenis penyakit bahaya.

#4. Mencegah influenza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Influenza adalah penyakit berjangkit yang melibatkan saluran pernafasan bahagian atas oleh serangan virus. Ibu hamil dengan sistem ketahanan tubuh yang lemah akan mengalami gejala influenza seperti demam, sakit kepala, otot, mata dan hidung berair.

Oligono dalam laici memainkan peranan penting untuk menghalang virus influenza daripada membiak.

#5. Mencegah bayi lahir cacat

Setiap bakal ibu pasti inginkan yang terbaik untuk kesihatan kandungannya. Disebabkan itu, makanan berkhasiat memiliki vitamin terbaik dalam memenuhi keperluan ibu mengandung agar sentiasa sihat dan membesar dengan selamat.

Salah satu mineral yang wajib diamalkan oleh para ibu adalah asid folik untuk kesihatan janin dalam kandungan. Kekurangan vitamin ini sebenarnya akan memberikan kesan buruk terhadap tumbesaran fizikal dan otak bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara masalah yang sering dihadapi akibat kekurangan asid folik ialah kekurangan tahap kesihatan bayi, kecacatan fizikal dan sistem kekebalan tubuh ibu semakin berkurang.

Justeru, dengan mengambil buah laici dapat membantu anda menghalang segala masalah ini dengan mudah.

Walaupun buah laici memberikan kebaikan kepada ibu hamil, namun pengambilan secara berlebihan akan memberikan kesan sampingan iaitu:

  • Makan buah laici terlalu banyak akan menyebabkan anda berasa panas dalam tubuh dan ini akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan diri dan bayi.
  • Ia turut menyebabkan masalah diabetes bagi bayi kerana kandungan kadar gula boleh meningkat akibat pengambilan laici secara berlebihan.
  • Efek sampingan lain yang boleh terjadi kerana terlebih makan buah ini ialah janin mungkin mengalami jangkitan penyakit tertentu.

Penting untuk ibu-ibu mengetahui terlebih dahulu pemakanan yang selamat ketika hamil. Sekiranya rasa was-was, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil laici.

Sumber: PopMama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkhasiat-jambu-batu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan