Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

Ibu, jom kita cuba resepi buah naga untuk bayi ini! Ia ada pelbagai manfaat yang amat berguna untuk perkembangan si kecil itu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak masuk usia 6 bulan, pasti ibu-ibu tak sabar nak beri bayi makan makanan pejal, kan? Contohnya buah-buahan. Dalam banyak-banyak buah, pernah tak anda terfikir manfaat dan kebaikan buah naga untuk bayi? 

Ini kerana, nutrisi yang terkandung dalam buah naga seperti vitamin, serat, air dan kalsium sangat diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan si kecil!

Bentuk buah naga memang agak unik, ditambah dengan biji-bijian berwarna hitam di dalamnya hingga membuatkan ramai ibu bapa tertanya-tanya adakah ia selamat diberikan kepada bayi. 

Walaupun buah ini sedikit aneh, namun ia tidak membahayakan malah baik untuk bayi berusia enam bulan ke atas. 

Kredit : Hello Sehat

Tekstur buah naga juga sangat lembut malah bijinya sangat kecil dan tidak mungkin anak tercekik apa lagi tersedak.

Namun begitu, buah naga untuk bayi akan membuatkan najis mereka sedikit berwarna, tapi ibu tak usah terlalu khuatir kerana ia normal dan akan beransur hilang. 

Buah naga untuk bayi: Mana satu paling bagus buah naga merah atau putih? 

Sama ada buah naga merah atau putih, kedua-duanya memiliki zat yang banyak. Namun, buah naga putih lebih manis . 

7 kelebihan buah naga untuk bayi 

#1. Anak jarang sakit 

Buah naga mengandungi antioksidan tinggi yang dikenali sebagai fenol. Ia dapat melindungi bayi dari radikal bebas yang membuatkan si kecil tak mudah jatuh sakit

#2. Melindungi gigi 

Gigi bayi yang baru tumbuh sangat mudah rosak akibat makanan manis. Tapi buah naga membantu gigi bayi kekal sihat dan tak mudah rosak.

#4. Tulang bayi jadi lebih kuat 

Buah naga kaya dengan mineral seperti potassium dan kalium yang membantu bayi jadi lebih kuat terutamanya di bahagian tulang. 

#5. Bayi kurang kembung perut 

Jumlah serat yang tinggi dalam buah naga membantu anak mencerna makanan dengan baik sekaligus latih pergerakan usus mereka.

#6. Rambut bayi lebih tebal dan lebat 

Zat besi yang terkandung dalam buah naga memberi nutrisi pada rambut bayi. Jadi kalau nak rambut bayi sihat, bolehlah beri bayi makan buah naga ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi buah naga untuk bayi 

Resepi buah naga untuk bayi ini bolehlah dijadikan rujukan, sebagai makanan sampingan selain susu ibu dan ia mudah disediakan. 

Resepi buah naga dan epal 

Cara membuat :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kupas buah naga dan epal.
  • Kemudian ambil isinya dan kisar halus.
  • Tambahkan air atau susu ibu supaya mudah dikisar.
  • Sesuaikan kelembutan puri ini dengan usia bayi. 

Resepi buah naga dan pisang 

Cara membuat: 

  • Sediakan 200ml air atau susu ibu. 
  • Sediakan sebiji buah pisang dan 50 gram buah naga. Kemudian buat potongan kecil 
  • Kisar halus kedua-duanya dan campur dengan susu ibu atau air.
  • Siap untuk dihidangkan pada si kecil. 

Resepi puding buah naga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puding buah naga ini sebaiknya diberikan pada bayi yang berumur 1 tahun ke atas kerana teksturnya lebih padat dan lembut. 

Cara membuat:

  • Potong 2 biji buah naga merah. Kemudian ambil isinya dan blend.
  • Campurkan sebungkus agar-agar ke dalam 800ml susu dan 150gram gula. Setelah itu panaskan hingga mendidih.
  • Masukkan pula isi buah naga yang dikisar tadi ke dalam bekas berisi agar-agar dan kacau rata.
  • Selepas itu, tuang dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.
  • Sajikan puding ini dalam keadaaan dingin.

Selamat mencuba! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!