Buah Tembikai Tingkatkan Imun Badan Bayi & Bagus Untuk Penglihatan Mereka

Jangan larang anak makan buah tembikai sebab ia memiliki khasiat yang cukup banyak!

Buah tembikai merupakan sejenis buah-buahan yang mengandungi 93% air dan fitokimia yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Malah ia juga memiliki sumber multivitamin yang baik seperti Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E selain multiminerals dan zat besi.

Secara amnya, tembikai hanya disyorkan untuk diberikan kepada bayi setelah umurnya menjangkau ke usia lapan bulan tapi boleh juga nak bagi dalam kadar yang sedikit kepada anak enam bulan asalkan anda sedar tentang kemungkinan reaksi alahan yang boleh berlaku.

Ini kerana, ada sesetengah bayi mungkin mengalami keadaan kulit yang sensitif seperti ruam selepas makan tembikai. Tanda-tanda alahan termasuk cirit birit, ruam merah, hidung berair dan muntah-muntah. Ia terjadi disebabkan tembikai boleh menyebabkan keasidan kerana fruktosa yang muncul dalam buah tidak boleh diserap sepenuhnya oleh sistem gastrointestinal bayi.

Jika anda merasakan anak alergi dengan tembikai, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Manfaat buah tembikai kepada bayi

Bagi anak-anak yang tidak mempunyai alahan terhadap tembikai, anda boleh cuba memberikan buah ini sebagai snek. Buah tembikai kaya dengan pelbagai manfaat termasuk:

#1. Buah tembikai bantu mengekalkan keseimbangan air

Kredit: Pexels

Buah-buahan jenis ini dapat membantu menghidrat tubuh kerana ia mempunyai 93% air dan 7% isi buah. Sekaligus, ia dapat menghalang dehidrasi terutamanya semasa musim panas.

Kandungan elektrolit, natrium dan kalium dalam buah ini membantu mengurangkan peluang mendapatkan strok haba.

#2. Buah tembikai bagus untuk jantung

Kandunganan antioksidan dalam buah tembikai adalah sangat bagus bagi jantung bayi . Selain turut kaya dengan karotenoid seperti neurosporene, lutein, phytofluene, phytoene dan beta karoten yang membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

#3. Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan

Tembikai memiliki kandungan Vitamin C yang membantu memerangi jangkitan, menguatkan sistem imun badan dan menyokong penyerapan zat besi.

#4. Meningkatkan penglihatan

Kredit: Freepik

Selain daripada itu, kandungan Vitamin A dalam buah ini dapat memperkuatkan penglihatan, gigi dan membran mukus seseorang.

#5. Perkembangan tulang

Dalam masa yang sama, buah ini juga mengandungi kalsium dan mangan yang membantu dalam perkembangan tulang. Sementara kalsium pula penting untuk rembesan hormon dan magnesium membantu dalam membina fungsi otot dan saraf pada bayi.

#6. Buah tembikai mengandungi Vitamin B Kompleks

Vitamin B kompleks pula adalah sekumpulan vitamin yang membantu dalam pengeluaran sel darah merah, perkembangan sistem saraf, menguatkan sistem imun, fungsi otak dan pengawalan metabolisme karbohidrat.

#7. Menjaga saluran pencernaan

Buah ini juga kaya dengan serat makanan yang dapat membantu menjaga saluran pencernaan dengan sihat, menghalang sembelit dan pergerakan usus yang lebih teratur.

Cara memilih tembikai

Kredit: Freepik

Ingat ibu ayah, jangan sampai tersilap memilih tembikai yang kurang manis dan masam kerana ia boleh menyebabkan anak sakit perut. 

  • Pilih buah yang masih segar dari ladang dan tidak busuk.
  • Semak buah jika terdapat lebam, lengkungan, bintik yang boleh merosakkan buah dari dalam.
  • Buah yang segar biasanya berair, manis, kuning atau merah yang cantik, berbiji dan lain-lain.
  • Jangan beli tembikai yang dibekukan atau dalam tin.
  • Elakkan membeli tembikai yang sudah siap dipotong supaya dapat menghindari bayi berisiko untuk sebarang jangkitan kuman.

Cara penyediaan buah tembikai untuk si kecil

Kredit: Freepik

Ini antara cara penyediaan buah-buahan untuk si kecil supaya dapat mengelak anak tercekik. 

  • Basuh bersih tembikai dengan air paip.
  • Simpan di tempat yang bersih dan kering jika tidak dipotong.
  • Potong buah-buahan menjadi kepingan kecil dan kemudian baru beri pada anak.
  • Simpan tembikai dalam peti sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara atau bungkus dengan plastik gred makanan. Kemudian masukkan dalam peti ais selama lebih dari 24 jam.

AWAS: Pastikan anda duduk bersama bayi semasa si kecil makan buah ini supaya mengelak anak tercekik atau tersedak. Sebelum itu, keluarkan biji-biji halus tembikai sebelum bagi pada anak. Pastikan juga anak berada dalam keadaan duduk secara menegak sebelum bersedia untuk makan.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7 – 10 Bulan, Anak Anda Suka Yang Mana?