Buah Yang Baik Untuk Bayi 6-12 bulan, Kaya Pelbagai Vitamin Dapat Elak Masalah Sembelit

Buah yang baik untuk bayi 6-12 bulan ada pelbagai jenis. Ibu disaran sediakan buah buahan sebagai snek dalam menu harian si manja

Sebaik sahaja bayi memasuki usia enam bulan, ibu-ibu pasti akan teruja mencuba pelbagai menu yang sesuai dengan usia si manja. Namun tahukah anda ada beberapa jenis buah yang baik untuk bayi 6-12 bulan?

Meskipun bayi kini sudah menikmati makanan pejal, buah-buahan perlu dimasukkan dalam menu harian bagi membekalkan sumber vitamin dan serat yang diperlukan untuk proses perkembangan si manja.

Panduan sebelum memberikan buah yang baik untuk bayi 6-12 bulan

buah-buahan

Antara perkara yang perlu diutamakan adalah ibu hendaklah menyediakan makanan dengan tekstur yang lembut dan halus bagi mengelakkan bayi tercekik atau tersedak.

Berikut panduan dan cara yang betul untuk memberi bayi makan buah-buahan:

  1. Buah-buahan seharusnya dikupas kulitnya kerana dikhuatiri mengganggu pencernaan bayi. Cuci terlebih dulu sebelum buah dikupas atau dipotong.
  2. Ketika usia bayi enam bulan, dia hanya boleh mengambil makanan dalam bentuk puri atau bubur.
  3. Bagi menghasilkan puri, ibu hendaklah kukus atau rebus buah buahan terlebih dulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia boleh menghilangkan nutrisi 
  4. Gunakan fruit feeder. Ia membolehkan anak menikmati 'finger food' dengan selamat. Ibu boleh letak buah-buahan yang lembut dan sekaligus menarik minat anak untuk makan sendiri.
  5. Setiap kali ibu ingin memperkenalkan makanan baru kepada bayi, berikannya masa tiga hari bagi mengenal pasti sama ada makanan atau buah yang dimakan menjadi penyebab alahan ataupun tidak. Jika ya, dengan mudah anda boleh mengetahui bahan penyebabnya dan mengelakkannya.

Jenis buah yang baik untuk bayi 6-12 bulan

Berikut merupakan senarai jenis buah buahan untuk bayi yang sesuai mengikut umur 6 hingga 12 bulan.

#1. Buah untuk bayi 6 bulan

Ketika si manja berada di usia enam bulan, buah yang lembut dan masak tanpa kulit adalah makanan yang sempurna. 

Jenis buah-buahan yang segar bukan sahaja memiliki rasa yang enak, malah boleh mengelakkan bayi daripada mengalami masalah sembelit.

Antara jenis buahan yang boleh ibu berikan kepada si manja adalah:

  • pisang
  • beri biru
  • buah kiwi
  • buah oren
  • buah epal
  • raspberi
  • mangga
  • buah pir
  • strawberi
  • Nenas
  • betik
  • tembikai
  • pic
  • buah plum

Tumbuk atau masak terlebih dahulu buah tersebut kepada tekstur yang sesuai dengan usia bayi anda, atau berikannya sebagai finger food.

Buah-buahan yang lebih keras perlu dimasak untuk melembutkannya. Basuh dan keluarkan sebarang biji atau kulit keras bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Bolehkah jika ibu ingin beri buah naga untuk bayi 6 bulan?

Jawapannya boleh. Isinya lembut yang berwarna putih atau ungu mampu memikat selera si manja.

Bukan itu sahaja, ia mengandungi pelbagai manfaat untuk si manja seperti:

  • Antioksidan tinggi yang dapat berfungsi menghindarkan kerosakan atau keradangan sel. Salah satu antioksidan ini yang dinamakan fenol, dapat melindungi bayi dari radikal bebas sehingga si kecil tidak mudah jatuh sakit.
  • Ia mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide yang berfungsi sebagai prebiotik untuk meningkatkan fungsi pencernaan.
  • Buah naga untuk bayi 6 bulan juga antara buah-buahan yang mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan potassium. Ia bukan saja baik untuk kesihatan tulang, malah ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Buah yang tidak boleh untuk bayi 6 bulan

Meskipun kebanyakan buah adalah selamat diberikan kepada si manja, namun pakar menasihatkan ibu agar mengelakkan beberapa jenis buah yang tidak boleh untuk bayi 6 bulan.

Elakkan memberi buah masam dan jus kepada bayi anda untuk beberapa bulan pertama.

Makanan ini mengandungi Vitamin C dan asid tinggi, ia boleh menyebabkan sakit perut dan/atau refluks asid pada bayi anda. Ingat, sistem pencernaan mereka masih berkembang.

Kesimpulannya, buah yang bagus untuk bayi 6 bulan ini adalah yang jenis lembut dan tidak memiliki rasa begitu kuat. Elakkan buah masam bagi menjaga kesihatan perut si manja.

#2. Buah untuk bayi 7 bulan

Berikut beberapa jenis buah untuk bayi 7 bulan:

  • Pisang - Diberikan dalam bentuk puri contohnya pisang berangan, emas dan lain-lain.
  • Buah mangga manis - Potong halus atau dibuat jus mangga. 
  • Buah tembikai - Diberi dengan cara potong kecil, dihaluskan atau jus. 
  • Avocado - Boleh dibuat puri avocado. 

#3. Untuk bayi 8 bulan 

  • Pisang - Diberi dalam bentuk puri 
  • Buah oren atau limau manis - Basuh bersih dan boleh terus beri pada bayi tapi pastikan tiada biji 
  • Epal - Boleh diberi dalam bentuk puri. Kemudian campur dengan kismis dan kurma untuk lebih sedap. 
  • Tembikai - Dibuat jus air tembikai. 
  • Mangga manis - Potong halus. 

#4. Buah untuk bayi 9 bulan

Manakala seiring dengan pertambahan usia si manja, ibu boleh sediakan beberapa jenis buah untuk bayi 9 bulan ini:

Buah Yang Baik Untuk Bayi 6-12 bulan, Kaya Pelbagai Vitamin Dapat Elak Masalah Sembelit

  • Betik - Bagus untuk pencernaan bayi dan sering digunakan untuk membantu bayi yang mengalami sembelit.
  • Pisang - Memiliki tekstur lembut dan bagus untuk pencernaan bayi. 
  • Pir - Mengandungi Vitamin A, B, C, kalsium, rendah sodium dan tidak terkandung lemak jahat. 
  • Oren - Kaya dengan Vitamin C tapi pilih yang rasa manis saja. 
  • Epal - Mengandungi kalium, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A dan Vitamin C. Bahkan ia baik untuk penglihatan si buah hati. 
  • Alpukat atau avocado - Bertekstur lembut dan enak untuk dibuat juadah si kecil anda. 
  • Mangga - Tektur lembut dan punya zat yang bagus untuk kesihatan anak. 
  • Labu kuning - Melawaskan pembuangan air besar secara teratur. 
  • Tembikai susu - Baik untuk perkembangan tubuh dan mata si kecil. 
  • Tembikai - Mengandungi kandungan air yang tinggi dan baik untuk kulit si kecil
  • Plum atau prunes - Mengandungi serat tinggi
  • Buah ceri - Antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas.
  • Aprikot - Makanan tambahan yang baik untuk si manja.
  • Kiwi - Kaya dengan Vitamin C, serat, kalium dan folat. Tektur buah ini juga lembut dan mudah dimakan oleh bayi 9 bulan.

#5. Untuk bayi 10 bulan dan ke atas 

Buah Yang Baik Untuk Bayi 6-12 bulan, Kaya Pelbagai Vitamin Dapat Elak Masalah Sembelit

  • Semua jenis buah yang disenaraikan pada umur 7 hingga 9 bulan. 
  • Buah naga 
  • Tomato 
  • Betik 
  • Blueberi
  • Laici
  • Anggur
  • Kelapa muda
  • Strawberi 
  • Ubi bit 

Semua jenis buah ini bagus untuk bayi 10 bulan ke atas. Penyediaannya pula haruslah bertekstur lembut atau boleh campurkannya ke dalam bubur nasi atau dibuat jus minuman. 

Dalam proses membuat jus buah untuk bayi, sebaiknya jangan ditambah gula kerana rasa manis buah itu sudah cukup untuk mereka. 

Meskipun dalam usia ini bayi belum tumbuh gigi, namun anda tak perlu terlalu bimbang untuk memberi mereka makan buah kerana anda boleh menyediakannya dalam bentuk puri atau bertekstur halus supaya mudah dihadam si kecil.

Dalam pada itu bagi ibu menyusu, sebaiknya anda amalkan makan buah dengan lebih kerap supaya manfaatnya diperoleh si anak sekaligus meningkatkan penghasilan susu badan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Anda Suka Pisang? Jom Cuba 5 Idea Puri Pisang Unik Ini!

Baca juga: 9 Sayur Anda Boleh Masukkan Dalam Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas

Baca juga: Resepi Bubur Nasi & Pasta Berkhasiat Untuk Bayi 7 Bulan Dan Ke Atas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!