Buah Zakar Bayi Tak Turun Ke Kantung Bukan Perkara Biasa, Berisiko Kanser/Mandul

Buah zakar bayi tidak masuk ke kantung atau skrotum bukan perkara biasa, ibu ayah mesti ambil perhatian kerana ia boleh menyebabkan kemandulan.

Walaupun jarang didengari, tetapi kes buah zakar atau telur bayi tidak turun ke skrotum atau kantung boleh berlaku. Kejadian ini dipanggil undescended testicles.

Undescended testicles terjadi apabila satu atau kedua-dua buah zakar bayi tidak turun ke dalam kantung. Ia sepatutnya turun ke kantung sebelum lahir iaitu antara minggu ke-30 hingga ke-40 dalam kandungan.

Buah zakar bayi tidak turun ke kantung antara kesan ibu hamil tinggal di kawasan pencemaran

Kredit: alodokter

Keadaan ini dikatakan agak biasa dirujuk kepada doktor kanak-kanak yang mana menurut statistik kira-kira 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini. 

Bayi lelaki yang lahir pramatang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini. Terbaru, kajian oleh pengkaji daripada Angesi Kesihatan Awam Perancis menemui bayi lelaki yang lahir dengan masalah buah zakar tidak turun ada potensi mengalami masalah kesuburan apabila dewasa nanti.

Kajian itu juga mendapati, kebanyak kanak-kanak ini tinggal di kawasan tinggi pencemaran seperti kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi di mana berlakunya pengeluaran logam.

Perlu dibedah sebelum umur satu tahun

Kredit: nikita.id

Kajian yang diterbitkan pada 17 Mac 2021 dalam jurnal mengenai Reproduksi Manusia, sebanyak 89,382 kanak-kanak lelaki di Perancis mengalami masalah berkenaan yang mana mencatatkan kecacatan kelahiran genetik yang mana satu atau kedua-dua buah zakarnya tidak turun ke kantung. 

Biasanya masalah ini boleh sembuh dalam tempoh enam bulan selepas bayi dilahirkan, tetapi kanak-kanak lelaki dalam kajian ini sudah pun berumur 7 tahun. Jika pada usia ini mereka memerlukan pembedahan kerana ia tidak turun dengan sendirinya. 

Menurut Persatuan Reproduksi Manusia dan Embriologi Eropah, 1 dari 100 bayi lelaki memerlukan pembedahan bagi masalah ini sebelum berusia satu tahun jika tidak mereka mungkin mempunyai masalah sistem reproduktif seumur hidup dan meningkatkan risiko barah testis. 

Faktor terjadinya undecended testis

Kredit: slideshare

Antara faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya buah zakar bayi lelaki tidak turun termasuklah: 

  1. Bayi lahir pramatang
  2. Bayi kurang berat
  3. Genetik keluarga (ahli keluarga pernah alami masalah sama)
  4. Perkembangan janin terganggu ketika di dalam kandungan
  5. Ibu terdedah kepada bahan berbahaya selama kehamilan seperti asap rokok, racun atau bahan tercemar

Cara merawat buah zakar bayi tidak turun

Rawatan yang perlu dilakukan adalah pembedahan yang dipanggil orchidopexy yang mana testis itu dibebaskan daripada lekatan tisu-tisu, dan dibawa turun ke skrotum dan ditanamkan di situ dengan jahitan.

Sekiranya, testis masih tidak turun selepas berumur setahun, peluang sangat tipis untuk itu berlaku maka seharusnya menjalankan orchidopexy.

Sebelum ini dijalankan, doktor akan pastikan buah zakar itu dapat dirasa (palpable). Sekiranya tidak dapat dirasa, ada kemungkinan testis itu masih berada di dalam abdomen. Ini perlu melibatkan imbasan ultrasound supaya dapat mengesan kedudukan testis. Pembedahan yang lebih rumit diperlukan untuk testis yang berada di dalam abdomen.

Kesan sampingan pembedahan adalah lebih kurang sama dengan risiko umum semua pembedahan iaitu jangkitan tempat luka pembedahan, pendarahan, kecederaan pada tisu-tisu di sekeliling kawasan bedah.

Kenapa perlu pembedahan?

#1. Elak masalah kesuburan

Ia bagi mengelakkan masalah kesuburan. Sperma perlukan suhu yang sedikit lebih sejuk daripada suhu badan kita untuk proses air mani dalam testis.

Kalau buah zakar masih berada di dalam tubuh badan, buah zakar tersebut bagaikan direbus oleh suhu badan yang panas. Lalu saiznya akan mengecil daripada saiz normal dan tidak berfungsi. Boleh mandul tau si lelaki kalau buah zakar tidak turun ke skrotum!

#2. Risiko terbentuk hernia atau angin pasang

Hernia atau angin pasang merupakan keadaan di mana sebahagian daripada usus kecil dari perut bayi, masuk ke skrotumnya. Penyakit ini boleh menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin.

3. Risiko kecederaan pada testis dalam perut

Undecended testis atau dalam bahasa saintifiknya ‘Orcryptorchidism’ berlaku dalam 2-5% bayi lelaki yang dilahirkan. Lelaki yang mempunyai Undecended testis juga berisiko dari 5-10% untuk mendapat kanser testis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: insider, doktor budak,Kelab mama

Kredit foto: orami

Baca juga: BAHAYA Gendong Bayi Dari Depan, Testis Bayi Ini Akhirnya Terpaksa Dibedah!

Penulis

Lala Annuar