Ikthtiar Nak Subur, Makanlah BUAH ZURIAT, Sekarang Mudah Nak Dapat, Beli Online Saja

Bagi mereka yang sedang merancang menimang cahaya mata, pasti pernah dengar mengenai buah zuriat yang dikatakan boleh bantu usaha hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang sedang cuba mendapatkan zuriat, pasti pernah terdengar mengenai buah zuriat kan? Atau mungkin ada yang cadangkan anda untuk makan buah ini.

Jika dulu, ia amat susah didapati kerana dan perlu tunggu jemaah haji atau umrah balik dari tanah suci untuk mendapatkannya kerana ia berasal daripada negara Timur Tengah khususnya Arab Saudi. 

Bagaimanapun, dengan teknologi yang makin pesat membangun kini dengan keupayaan pengangkutan yang pantas buah berkenaan kini mudah didapati di negara ini malah boleh dibeli secara atas talian.

Buah zuriat bantu tingkat kesuburan suami, isteri

Kredit: dijelas.in

Buah zuriat merupakan panggilan kepada sejenis buah yang nama saintifiknya ialah hyphaene thebaica. Nama lainnya ialah palmia doum.

Ada juga yang memanggilnya buah Adam dan Hawa. Pokoknya tumbuh subur di Arab Saudi, Mesir, Sudan dan negara-negara sekitarnya.

Saiznya lebih kurang sebesar ciku dan berwarna kuning kecoklatan. Ia mempunyai kulit yang keras dan perlu dipecahkan untuk mengambil isirungnya yang seperti buah kelapa sawit.

Buah ini tidak sepopular buah-buahan lain, dan ia mungkin hanya dikenali oleh mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun, ia cukup kaya dengan antioksidan, serat, karbohidrat, vitamin dan banyak lagi. Malahan, buah zuriat kaya dengan lemak, protein, vitamin B1, B2 dan B3 serta flavonoid.

Khasiat buah zuriat

Umum mengetahui, segala vitamin dan khasiat dalam buah zuriat itu memang dikatakan dapat membantu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sistem reproduktif lelaki dan wanita, jadi apa salahnya jika kita mencuba kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada kajian yang dijalankan di Mesir yang mendapati buah zuriat mengandungi antioksida yang tinggi. Ini secara tidak langsung boleh mengaktifkan sel-sel reproduksi. Namun, kajian yang berterusan tetap perlu dijalankan.

Antara khasiatnya termasuklah:

  • Kaya serat dan karbohidrat 
  • Memiliki kandungan protein yang sangat tinggi
  • Memiliki kandungan kalsium dan fosforus
  • Kaya akan vitamin B kompleks B1,B2, B3, B6, B9, dan B12

Justeru dengan khasiat ini ia dikatakan mampu membantu:

  • Dapat merawat masalah kesuburan lelaki (sperma) dan perempuan (ovum)
  • Menambah kepekatan sperma lelaki
  • Menguatkan dinding rahim bagi wanita
  • Sesuai untuk wanita yang pernah mengalami keguguran
  • Mengatasi masalah mandul
  • Mengaktifkan sel darah yang baru
  • Mengaktifkan hormon menjadi lebih subur tanpa menjejaskan sel-sel lama
  • Melancarkan kedatangan haid

Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan sel-sel badan. Hal ini menyebabkan tahap kesuburan wanita dan lelaki akan menurun. Kerosakan ini akan menjejaskan kualiti sperma, proses pematangan ovum dan sebagainya.

Kandungan antioksida yang tinggi di dalam buah zuriat dapat menangkis serangan radikal bebas ini. Oleh itu, ia dapat regenerasi sel-sel tubuh termasuklah sistem reproduktif.

Sumber makanan yang membantu kesuburan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai jenis makanan yang berkhasiat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Jadi bagi mereka yang sedang merancang untuk memiliki cahaya mata, mereka boleh mencubanya.

#1. Vitamin D

Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi. Antara makanan yang kaya vitamin D adalah:

  • Telur
  • Produk tenusu
  • Pati minyak ikan haruan

#2. Vitamin E

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: fmt

Bagi lelaki pula, boleh makan makanan yang kaya dengan Vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Maka, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum. Antara makanan yang kaya vitamin E adalah:

  • Biji bunga matahari
  • Sayur bayam
  • Buah zaitun

#3. Vitamin C

Kredit: popmama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur. Antara makanan yang kaya vitamin C adalah:

  • Sayur brokoli
  • Kubis
  • Buah tomato
  • Ubi kentang
  • Cili merah

#4. Asid folik

Bukan wanita saja yang bermanfaat jika ambil asid folik, ia juga baik untuk lelaki kerana berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatinya daripada sumber tumbuhan.

Antara makanan yang kaya asid folik adalah:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar