Bukan Penyebab Gegaran Pada Otak Bayi, Ketahui Fakta Betul Mengenai Buai Baby

Buai baby yang digunakan tidak memberi kesan gegaran pada otak si manja. Hal ini kerana ia memerlukan hentaman yang cukup kuat untuk terjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buai baby banyak digunakan oleh ibu ayah dalam memudahkan proses tidur si manja. Namun pernahkah anda dengar ada segelintir berpendapat kesan penggunaan alatan ini boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi?

Untuk mengetahui kebenarannya, beberapa kajian telah dilakukan. Ibu ayah boleh menarik nafas lega kerana ayunan lengan, tangan mahupun buaian sebenarnya tidak menjadi punca kes sindrom bayi digoncang (Shaken Baby Syndrome/SBS).

Buaian bayi merupakan salah satu kaedah yang paling popular dikalangan ibu dan ayah untuk menidurkan atau menenangkan bayi mereka. Ketahui lebih jelas mengenainya dalam perkongsian ini.

Buai Baby Tidak Menyebabkan Gegaran Otak

SBS memerlukan daya yang LEBIH KUAT dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi. Ramai ibubapa yang pernah berhadapan insiden bayi kecil mereka terjatuh dari katil.

Walau ia cukup menyeramkan bagi mana-mana ibubapa memikirkan akan ‘kerosakan’ yang bakal di hadapi bayi akibat daya jatuhan tersebut, kebanyakkan insiden menyaksikan bayi hanya sekurang-kurangnya lebam atau mendapat benjolan.

Maka, jika insiden sebegitu rupa pun berkemungkinan besar TIDAK dapat menyebabkan kes SBS, apatah lagi jika sekadar hayunan samada menggunakan buai baby atau dodoian di lengan/tangan.

SBS hanya akan terjadi bila bayi digoncang dengan amat ganas oleh orang dewasa yang marah atau hilang kawalan emosi bila berhadapan bayi yang tak henti menangis, misalnya.

Goncangan menyebabkan kepala bayi melantun sepenuhnya ke depan dan belakang, kiri dan kanan, secara berulang kali mengakibatkan otaknya menghentam tempurung kepala dan menggoyakkan pembuluh darah.

Goncangan Yang Kuat Membuatkan Gegaran Otak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelas dalam kes ini, tiada sebarang sokongan pada tengkuk atau kepala bayi hingga badan dan kepalanya tidak berada dalam kedudukan selari.

Menurut National Center on Shaken Baby Sydrome, selain buaian bayi, dodoi anak dan berjogging juga TIDAK menyebabkan SBS.

Memetik laporan Akademi Pediatrik Amerika terhadap kes SBS yang di keluarkan pada Julai 2001:

“Goncangan yang boleh membawa kepada SBS adalah amat ganas sehingga mana-mana individu yang menyaksikannya dapat mengenalpasti bahawa kelakuan itu berbahaya dan dapat membunuh”.

Namun, buaian gantung ataupun buaian elektrik yang dipilih haruslah menepati piawaian antarabangsa iaitu menggunakan buaian jenis ‘boleh laras penuh’ sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buaian ini memenuhi ciri keselamatan seperti mempunyai tali pinggang, kerusi buaian menyokong kepala dan bahagian badan bayi pada 45 darjah (untuk mengelak asthmaphysm), serta sukar melantun ke tepi dinding atau terhentak ke lantai andai secara tak sengaja di tolak atau di hayun oleh anak-anak kecil yang lain misalnya.

Maka jelas, buaian bayi tidak menyebabkan gegaran otak apatah lagi SBS. Namun, pemilihan buaian yang tidak menepati piawaian boleh merisikokan kecederaan lain.

Tips Pilih Buai Baby

Pemilihan buaian bayi yang betul dan tepat akan membuatkan tidur bayi anda lebih aman, selesa dan nyenyak. Untuk mengetahui buaian terbaik, ikuti tips berikut:

#1. Beli buaian baharu

Walaupun anda sudah mempunyai buaian hasil pembelian untuk bayi sebelum ini, adalah lebih baik dan lebih selamat jika anda menukarnya kepada yang baharu untuk bayi anda sekarang. Benar ia menjimatkan wang dan mempunyai kenangan terindah, tetapi dengan merisikokan keselamatan bayi yang baharu sahaja lahir ke dunia ini, bukanlah sesuatu yang baik malah ia dapat menciptakan kenangan yang pahit pula. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Pengudaraan yang baik

Penting untuk anda memastikan buaian tersebut mempunyai sistem pengudaraan yang baik tidak kira di mana ruangan bayi anda tidur dengannya. Pengaliran udara yang baik dapat membantu bayi tidur lebih selesa dan tidak berpeluh.

#3. Rekaan yang kukuh

Pastikan juga buaian yang anda pilih diperbuat daripada bahan yang kukuh dan tegap. Pilih buaian yang mempunyai kedudukan yang stabil dan tidak mudah terbalik. 

#4. Elakkan buaian yang mempunyai aksesori kecil

Kebanyakan buaian turut dilengkapi dengan aksesori kecil bagi menarik minat si manja untuk tetap berada di dalamnya. Seboleh-bolehnya, elakkan buaian jenis ini kerana bimbang jika bayi mengambil atau menarik aksesori tersebut masuk ke dalam mulut yang akan merbahayakannya.

#5. Mudah dipasang

Selain itu, pemilihan buaian yang mudah dipasang juga harus dititikberatkan. Hal ini bagi memudahkan urusan anda untuk memasangnya.

Tanda Bayi Sudah Tidak Sesuai Gunakan Buai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa tanda yang harus diwaspada yang menunjukkan bayi anda sudah tidak sesuai lagi menggunakan buaian. Antaranya:

  • Ayunan buaian tidak lagi mampu menenang atau menidurkan mereka
  • Bayi sudah pandai menjulur kaki keluar buaian
  • Bayi mula memanjat keluar dari buaian tersebut
  • Bayi menangis ketika dimasukkan ke dalam buaian
  • Bayi sudah melebihi had ketinggian buaian
  • Berat badan mereka tidak lagi dapat ditampung oleh buaian tersebut

Risiko Penggunaan Buai Baby

Penjagaan setiap bayi adalah berbeza berdasarkan keperluan mereka. Terdapat segelintir bayi yang mampu tidur dengan selesa tanpa apa-apa bantuan. Namun terdapat juga bayi yang memerlukan alatan contohnya seperti buaian untuk membuatkan mereka senang dan selesa untuk tidur.

Tetapi, seperti yang anda sedia maklum penggunaan buaian bayi juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Kajian yang dilakukan oleh Academy of American Pediatrics (AAP) mendapati bahawa penggunaan buaian mampu membahayakan nyawa bayi anda. Daripada 11,779 kematian bayi yan direkodkan terdapat kira-kira 35% daripadanya adalah berlaku disebabkan oleh buaian. 

Antara risiko penggunaan buaian terhadap bayi adalah:

  • Risiko kecederaan kepada kepala bayi dan kerosakan otak.
  • Mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
  • Sudden Infant Death Syndrome atau kematian bayi secara mengejut di mana ia kerap terjadi kepada bayi berusia kurang dari setahun dan berlaku semasa bayi sedang tidur.

Menurut AAP, jika anda masih memerlukan buaian untuk tidurkan bayi anda boleh melakukannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan tetapi perlu pastikan setelah bayi tidur, anda segera memindahkan untuk tidur di atas tilam kerana ini adalah cara yang paling selamat untuk bayi anda tidur di atas permukaan yang rata. AAP juga turut menasihatkan agar ibu dan ayah meletakkan bayi dalam kedudukan berbaring di atas buaian bagi bayi yang berumur bawah 4 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buaian Elektrik vs Buaian Manual

Ibu bapa boleh memilih sama ada ingin mendapatkan buaian elektrik atau buaian besi manual. Kedua-dua buaian baby ini ada kebaikan dan keburukan.

  • Kesederhanaan. Sekiranya anak sukakan ayunan buaian bateri sedia membantu. Dengan kuasa bateri ianya jauh lebih mudah. Anda boleh set timing pada buai elektrik mengikut yang diperlukan.
  • Harga. Buaian elektrik ini lebih mahal jika dibandingkan dengan buaian manual. Sekiranya anda memilih buaian elektrik, pastikan produk yang dibeli tahan lama dan bateri boleh dicas semula. Ini akan menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang.
  • Bunyi bising. Buaian elektrik cenderung kearah bunyi bising. Mungkin ia menganggu anak jika sedang tidur.
  • Banyak pilihan. Buaian elektrik juga mempunyai banyak kelebihan lain seperti kelajuan dan tetapan muzik yang boleh diubah-ubah. Berbanding dengan buaian manual.

Cara Pasang Buaian Elektrik Dengan Mudah Betul

Bagi ibu ayah yang tidak tahu cara pasang buaian elektrik, boleh rujuk video yang kami kongsikan di bawah ini. Caranya amat mudah, namun pastikan uuai elektri dipasang dengan betul bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 

  1. Sangkut mesin buaian baby di bahagian paling atas besi
  2. Masukkan besi penyangkut spring
  3. Tali dari motor diletakkan di cangkuk bawah
  4. Guna spring ikut berat baby seperti panduan
  5. Pasang cangkuk dari spring ke hanger buai

Semoga perkongsian ini memberi maklumat yang lebih jelas mengenai buaian bayi kepada anda!

  1. www.verywellfamily.com (2021, Mei 17) How to Use a Baby Swing www.verywellfamily.com/how-to-use-a-baby-swing-5114389

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Spring Buaian Tertusuk Kepala, Kanak-Kanak Perempuan Jalani 2 Kali Pembedahan!

Baca juga:  Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian – Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

Baca juga:   6 Tips Berguna Untuk Pilih Buaian Bayi, Senang Ada Buaian Ketika WFH Ni