Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos

Bayi 10 bulan maut semasa tidur dalam buaian elektrik di rumahnya kerana rumah terbakar. Segalanya berlaku dengan cepat!

Anda tahu tak keselamatan buaian baby elektrik? Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya membiarkan anak tidur berseorang diri atau jika berlakunya kebakaran.

Pada jam 11.35 pagi tadi, seorang bayi perempuan yang baru berumur 10 bulan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu Gemas, Negeri Sembilan.

Semasa kejadian, bayi tersebut yang bernama Siti Nur Aini Zulimi ditinggalkan bersedirian dalam buaian baby elektrik oleh ibunya yang pergi ke Pejabat Pos Gemas pada jam 10.30 pagi.

Bayi mati dalam buaian baby elektrik

Kredit: Harian Metro

Menurut ibunya, sebelum keluar dia ada meminta bantuan dari jiran untuk melihat anaknya sekiranya menangis semasa ketiadaannya di rumah.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, si ibu menerima panggilan dari jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.

Dengan tidak berlengah dia segera pulang ke rumah dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.

Semasa kejadian, bapa bayi itu sedang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Melecur 30 peratus pada badan

Lebih menyedihkan, mayat si kecil ini hampir 30% melecur dan dihantar ke Hospital Tampin bagi bedah siasat.

Pihak bomba dan polis sedang melakukan siasatan terhadap punca kebakaran yang menyebabkan kediaman mereka musnah hampir 60%.

Mencegah kemalangan yang selalu berlaku pada kanak-kanak

Langkah-langkah pencegahan dan kecemasan dapat menjamin keselamatana anak dalam kes yang lebih serius sekaligus dapat menyelamatkan nyawa mereka.

#1. Jatuh dan tergolek

Buaian kain yang digantung pada spring boleh mendatangkan bahaya terutama kalau buaian itu dibuai dengan kuat atau diletakkan berhampiran perabot yang boleh menyebabkan bayi terhentak lalu cedera.

Begitulah juga jika si kecil suka bermain ditangga, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.

Semua ini boleh menyebabkan si kecil terjatuh dan tergolek. Jadi ibu ayah kena lebih peka dan berhati-hati dengan keselamatan mereka.

#2. Kemalangan jalan raya

Kematian disebabkan oleh kemalangan di jalan raya biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah 15 tahun.

Oleh itu, jangan biarkan anak yang masih kecil, merayau di jalan raya sendirian.

Apabila berjalan beriringan dengan mereka, pastikan anak berjalan di sebelah tepi dan anda di tengah.

Ini bagi mengelakkan dia merayau terlalu jauh hingga memasuki laluan kereta. Setelah anak besar, ajar dia cara melintas jalan dengan selamat.

#3. Lemas

Jangan tinggalkan anak kecil seorang diri dalam besen mandi. Tutup mangkuk tandas dan kosongkan semua baldi.

Anak-anak kecil memang suka bermain air, tetapi tanpa pengawasan mereka boleh lemas, walaupun dalam air yang tidak sedalam mana.

#4. Keracunan makanan atau benda asing

Elakkan kemalangan seperti ini dengan mengunci semua ubat dalam peti, laci, almari atau tempat yang selamat.

Selain itu, simpan bahan pembersih cecair dan bahan kimia dalam bekas asalnya dan letakkan jauh dari bekas minuman biasa.

#5. Melecur dan terbakar

Kebanyakan kejadian kebakaran berlaku dalam dapur. Jadi, apabila memasak, letakkan periuk belanga di atas tunku belakang, supaya anak tidak dapat mencapainya.

Di sampaing itu, jangan halakan telinga kuali ke depan, supaya tidak boleh ditarik oleh anak hingga menyebabkan periuk atau kuali jatuh secara tidak sengaja.

#6. Nafas tersekat

Saluran udara anak adalah kecil dan ia boleh menyebabkan tercekik jika dia cuba menelan objek seperti duit syiling, butang, barang kemas dan mainan.

Malah, makanan kecil berbentuk bulat seperti buah anggur, kacang boleh membawa risiko dan perlu diberikan secara berhati-hati.

#7. Penderaan

Penderaan bukan sahaja boleh menyebabkan trauma fizikal dan mental, tetapi juga kematian.

Jika anda tidak dapat menahan perasaan untuk mendera anak, sama ada secara fizikal atau leteran, segeralah dapatkan bantuan profesional.

***********

Kami di theAsianparent mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan berharap ibu ayahnya redha dengan pemergian si comel itu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan ahli syurga. Al-Fatihah.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : The Reporter 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comgegaran-pada-anak