TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Jadi Lebih Fokus & Berani, Ini 5 Manfaat Bermain Buaian Bagi Perkembangan Mereka

4 min bacaan
Anak Jadi Lebih Fokus & Berani, Ini 5 Manfaat Bermain Buaian Bagi Perkembangan Mereka

Siapa sangka buaian gantung di rumah atau taman permainan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap proses perkembangan fizikal serta mental si manja anda!

Proses perkembangan anak-anak memerlukan pendedahan terhadap pelbagai perkara di sekeliling mereka. Pernah tak apabila anda membawa si manja ke taman permainan, buaian gantung antara yang paling menarik perhatian mereka?

Bagi anak yang masih kecil, ia mungkin sukar dan memerlukan pengawasan daripada orang dewasa ketika bermain buaian bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Manfaat anak bermain buaian gantung

anak main buaian

credit to sources

Menurut kajian, permainan buaian ini mendatangkan kesan yang baik dalam proses perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak iaitu:

#1. Membina penyelarasan mata dan tangan

Ketika melangkah keluar sahaja dari rumah, si manja semestinya akan berlari, memanjat dan menjelajah di persekitaran mereka. Namun ibu usahlah cepat melenting. Semua aktiviti luar ini berupaya meningkatkan koordinasi mata-tangan.

Ia adalah kemahiran penting yang digunakan oleh anak setiap hari di sepanjang hayat mereka misalnya menulis, bermain sukan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut. Dalam hal ini, bermain buaian memerlukan keseimbangan dan koordinasi.

Kedua-dua skill ini berkembang ketika kanak-kanak mengayunkan buaian. 

#2. Berani untuk mencuba perkara baharu

Semasa si manja sedang membesar, mereka bukan sahaja belajar tentang dunia di sekitar mereka, tetapi juga memahami diri sendiri. Sebagai contoh mereka bermain dan berlari, kemudiannya terjatuh dapat mengembangkan kesedaran mereka tentang pentingnya berhati-hati.

Selain itu, anak yang bermain buaian turut meningkatkan kekuatan badan bahagian atas dan kemahiran motor halus. Mereka dapat menggunakan tangan serta kaki dengan baik untuk mencengkam buaian secara selamat.

Manakala kaki si manja yang memijak tanah memerlukan tenaga lebih kuat untuk menghasilkan momentum ayunan. Ia sekaligus menjadi salah satu bentuk latihan tubuh yang hebat.

#3. Kemampuan untuk menumpukan perhatian

kelebihan bermain buaian

foto: khalisahazrina

Mendapatkan perhatian dan tumpuan anak-anak sering kali menjadi sesuatu tugas yang sukar, terutamanya mereka terlalu aktif dengan pelbagai aktiviti seharian. Sebab itulah setiap sekolah menetapkan waktu rehat bagi mengalirkan darah dalam badan dan membolehkan anak kembali fokus.

Dalam hal ini, bermain buaian dalam tempoh masa beberapa minit untuk sehari, ia dikatakan dapat meningkatkan endorfin bagi membangunkan otak dan tubuh yang letih. Bukan itu sahaja, si manja turut cenderung menumpukan perhatian mereka terhadap perkara di sekeliling.

#4. Menguatkan deria

Anak kecil atau yang sudah bersekolah sentiasa mempelajari sesuatu setiap hari melalui deria sentuhan, suara, rasa, bau dan penglihatan. Namun bagi sesetengah kanak-kanak kemampuan deria yang terhad boleh mengubah keseluruhan mood mereka.

Misalnya mereka tidak suka sesuatu yang menyentuh kulit, keadaan terlalu bising atau bau busuk adalah perkara yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah sensori.

Justeru, ibu ayah perlu membawa mereka ke luar dan mengajak bermain buaian gantung. Anak-anak dapat beri tumpuan kepada sesuatu yang menyeronokkan dan sekaligus mengurangkan perasaan menjengkelkan.

Gerakan berayun dapat membuatkan diri mereka berasa lebih santai dan menenangkan. Ia turut merangsang korteks serebrum pada otak mereka untuk lebih fokus.

#5. Memudahkan anak tidur lena

manfaat anak bermain buaian

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Setelah seharian penuh keseronokan, belajar dan bermain akhirnya waktu tidur. Tidak seperti orang dewasa, tidur boleh menjadi sesuatu yang mencabar bagi anak-anak kerana minda mereka mungkin memproses banyak perkara sebelum melelapkan mata.

Justeru ibu ayah boleh cuba mengajak anak bermain buaian kerana mereka cenderung untuk menikmati gerakan ayunan lembut. Ia membantu si manja berehat dan tertidur lebih cepat.

Gerakan bolak-balik dan berputar dapat membantu mengimbangi aktiviti neurologi otak anak serta menenangkan fikiran mereka. Kaedah ini juga sangat berguna untuk anak autisme, gangguan integrasi deria, anxiety atau OCD.

Hal ini disebabkan oleh gerakan berayun sangat menenangkan bagi kanak-kanak ini dan sekaligus memberikan keseronokan terhadap mereka. 

Memandangkan sekarang ini seluruh masyarakat di dunia masih berjaga-jaga dengan pandemik Covid-19, agak khuatir untuk membawa mereka ke taman permainan. Justeru, ibu ayah boleh merangsang perkembangan mereka dengan menyediakan buaian atau trampolin di rumah.

Hal yang perlu diutamakan adalah keselamatan ketika bermain. Jangan lupa untuk sentiasa mengawasi mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Starswingsets

Kredit foto: qistina safiah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commanfaat-susu-coklat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • Anak Jadi Lebih Fokus & Berani, Ini 5 Manfaat Bermain Buaian Bagi Perkembangan Mereka
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

    Tanda-Tanda Sistem Imun Anak Lemah Dan Cara Mengatasinya

  • Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
    Stories Rakan Kongsi

    Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham