Terdapat satu kes buang bayi dalam tong sampah yang tular baru-baru ini di Taiwan. Polis sedang mencari sepasang lelaki dan perempuan, selepas mayat seorang bayi ditemui di New Taipei City, dibuang ke sebuah tong sampah!
Nasib baiklah perbuatan tersebut dirakam oleh CCTV. Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat pasangan itu memasukkan bayi tersebut ke dalam beg plastik hitam lalu membuangnya!
Pihak polis Taiwan kemudiannya menjalankan siasatan dan mengesahkan sampel darah yang ditemui dalam bilik hotel pasangan tersebut sepadan dengan DNA bayi yang dibuang dalam tong sampah!
Namun, pihak polis masih belum mengesahkan sama ada bayi itu masih hidup atau tidak pada masa kelahiran. Kisahnya begini…
Kes buang bayi dalam tong sampah: Polis Taiwan mencari pasangan yang terlibat
Menurut laporan berita Taiwan, pasangan terbabit bekerja di sebuah syarikat kitar semula di New Taipei City. Ketika mayat bayi ditemui, tubuh bayi itu masih dengan tali pusat dan plasenta yang belum tertanggal. Untuk mengesan si pelaku, polis meninjau kembali kamera keselamatan di hotel berkenaan.
Video yang dirakam di luar restoran di Ximending menunjukkan seorang lelaki berusia linkungan 20-an membuang beg plastik hitam ke dalam tong sampah kitar semula.
Lelaki itu dipercayai warga asing hingga penyiasatan membawa polis ke sebuah hotel yang popular di kalangan pelancong dari Asia Tenggara.
Menurut saksi dan kakitangan hotel, teman wanita lelaki itu kelihatan hamil ketika mereka tiba di hotel berkenaan pada 19 Februari lalu tetapi ketika mereka keluar dari hotel pada 26 Februari, perutnya tidak lagi kelihatan seperti wanita hamil.
Laporan awal juga menunjukkan terdapat pasangan dari Singapura yang telah meninggalkan Taiwan pada hari yang sama iaitu pada 26 Februari. Polis juga menemui kesan darah dan rambut di bilik mandi dan telah mengambil sampel tersebut.
Kes buang bayi dalam tong sampah – Pasangan Singapura menafikan kehamilan
Sementara itu, ketika temubual awal dengan tertuduh yang bernama Shin Min, lelaki itu menafikan tuduhan tersebut dan menekankan teman wanitanya tidak hamil. Dia juga mengatakan dia tidak pernah meninggalkan hotel untuk membuang beg plastik pada masa itu.
Wanita itu juga menafikan dirinya hamil dan bertanya bagaimana dia dapat menaiki penerbangan ke Taiwan jika dia sedang mengandung.
Bapa wanita itu juga mengatakan dia telah kembali bekerja selepas sekembalinya ke Singapura dan anaknya itu tidak kelihatan seperti baru bersalin.
Walau bagaiamanapun, ibu bapa lelaki tersebut mengesahkan pasangan itu berada di Taiwan pada tarikh tersebut namun mereka tidak menyedari kehamilannya.
Ketua polis Taiwan yang bertanggungjawab dalam kes itu mengatakan terdapat bukti yang menyatakan pasangan Singapura itu terlibat dalam kes tersebut.
Sekiranya pasangan itu didapati bersalah, polis Taiwan akan menghubungi pihak berkuasa Singapura untuk membantu siasatan.
Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pihak yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
Pasangan suami isteri terpaksa buang bayi di taman kerana anak sakit