Dubur lelaki ini terkeluar lepas duduk dalam tandas terlalu lama sambil main phone!

Adakah anda selalu main telefon semasa di tandas? Adakah anak anda melakukan perkara yang sama? Jangan sampai jadi begini, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah, anda selalu main handphone sambil duduk lama-lama dalam tandas? Cuba baca cerita ngeri lelaki ini yang buasir terkeluar selepas duduk terlalu lama dalam tandas dan anda masti tidak akan mahu meneruskan tabiat itu lagi!

Menurut lamporan tempatan bertarikh 9 Februari, seorang lelaki yang berasal dari China itu sedang bermain handphone dalam tandas selama setengah jam apabila buasir terkeluar tiba-tiba. 

Lelaki tersebut dihantar ke Hospital Universiti Sun Yat-sen di Zhongshan, Guangdong kira-kira pada pukul 1 pagi selepas melihat benjolan sebesar bola telah terkeluar dari duburnya. Lelaki itu hanya mampu berjalan selepas mendapatkan bantuan seorang rakan.

Buasir terkeluar kerana duduk dalam tandas lama sangat

Doktor mendapati “ekor” sepanjang 16 cm yang terjulur dari dubur lelaki itu. Mereka mendiagnosis lelaki itu dengan prolaps rektal. Laporan turut mengatakan lelaki itu telah duduk dalam tandas bermain handphone terlalu lama.

Prolaps rektum adalah keadaan di mana hujung kolon terjatuh ke bawah dan terbalik ke dalam. Dalam kes teruk, rektum akan terjatuh sehingga terjulur dari dubur atau buasir terkeluar. 

Keadaan ini selalu berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang tua khususnya.

Menurut Dr Dan Su, lelaki itu pernah mengalami buasir terkeluar ketika berusia 4 tahun, tapi doktor berjaya merawatnya. Tetapi kali ini mereka tidak dapat menarik balik kolon lelaki tersebut dan dia terpaksa dibedah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Su berkata mungkin otot pelvis lelaki tersebut sudah lemah dan perbuatan duduk di tandas terlalu lama telah mencetuskan prolaps.

Faktor menyumbang kes buasir terkeluar di kalangan kanak-kanak

Kanak-kanak juga berisiko mengalami buasir terkeluar

  • Jangkitan pada usus anak boleh menyebabkan otot rektum menjadi bengkak dan terkeluar melalui duburnya. Jangkitan ini mungkin disebabkan oleh parasit atau bakteria.
  • Kanak-kanak yang sembelit akan menyebabkan mereka meneran najis dengan terlalu kuat semasa membuang air besar. Tekanan dari menolak terlalu kuat boleh menyebabkan buasir terkeluar.
  • Kekurangan nutrien juga akan mempercepatkan kehilangan tisu lemak yang membantu rektum berada di tempat asalnya.
  • Apabila kanak-kanak cirit-birit, ini juga boleh menyebabkan pembengkakan rektum anak dan meningkatkan risiko buasir terkeluar.
  • Keadaan kronik seperti cystic fibrosis (CF) atau ulcerative colitis (UC) juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu kekurangan nutrien lalu sembelit. UC juga boleh menyebabkan cirit-birit.

Tanda-tanda buasir terkeluar

  • tisu rektum yang boleh dilihat dari dubur selepas atau sebelum anak membuang air besar
  • kesakitan atau ketidakselesaan apabila membuang air besar
  • rektum yang kembang atau nampak kemerah-merahan
  • darah atau mukus yang keluar dari dubur kanak-kanak yang boleh disebabkan geseran pada seluar dalam atau lampin

Rawatan untuk buasir terkeluar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembedahan untuk merawat buasir

Tapi ibu bapa atau suami isteri jangan bimbang. buasir terkeluar ada rawatannya. Antara rawatan yang disediakan adalah:

  • Antibiotik boleh diberi untuk menangani jangkitan bakteria.
  • Ubat anti parasit 
  • Ubat pelembut najis boleh membantu masalah sembelit.
  • Laksatif boleh juga boleh mengendurkan usus dan membantu sembelit.
  • Jika buasir terkeluar teruk, suntikan mungkin diperlukan untuk menghalang buasir terkeluar. Doktor perlu memberi suntikan anestetik terlebih dulu. Selepas itu, jarum akan diguna memasukkan ubat ke rektum. Kanak-kanak akan merasakan sedikit tekanan atau ketidakselesaan apabila jarum memasuki rektum.
  • Dalam kes yang sangat teruk, pembedahan mungkin jalan terakhir jika rawatan lain tidak banyak menolong. 

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, ibu bapa boleh layari website ini.

Jangan duduk lama-lama dalam tandas!

Jangan lupa ya, kita masuk tandas pun hanya untuk membuang air kecil dan air besar. Elakkan dari duduk untuk masa yang lama di dalam tandas kerana ini boleh meningkatkan risiko buasir terkeluar.

Biarpun anda ingin mengelak mentua, kawan ataupun anak, jangan gunakan alasan ini untuk bersembunyi dalam tandas untuk masa yang lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba tag suami atau pasangan anda yang suka sangat duduk dalam tandas lama-lama sambil main telefon itu, haaaa! 

Yang paling penting, ibu bapa kena nasihatkan anak-anak juga, kerana mereka mungkin juga berisiko mengalami masalah buasir.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber : theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Panduan Penggunaan Gajet Untuk Anak di Bawah Usia 5 Tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio