TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bubur Sumsum Bayi Dengan Buah-Buahan, Menu Snacking Terbaik Untuk Anak Gatal Gusi

3 min bacaan
Bubur Sumsum Bayi Dengan Buah-Buahan, Menu Snacking Terbaik Untuk Anak Gatal Gusi

Bubur sumsum bayi dengan buah-buahan boleh menjadi menu snacking dan pilihan untuk mengatasi anak gatal gusi. Rasanya pun sangat sedap

Apabila si manja memasuki usia 7 bulan, ibu pastinya berasa teruja menyediakan pelbagai menu berkhasiat untuk bayi. Jika anda tiada idea untuk hidangan pencuci mulut atau snacking bayi, apa kata cuba resepi bubur sumsum bayi yang mudah ini.

Cara Buat Bubur Sumsum Bayi

Bahan Bahan Bubur Sumsum:

  • 3 sb tepung beras
  • 1 cawan santan segar
  • topping buah buahan pilihan

Cara Buat Bubur Sumsum Bayi:

  1. Satukan tepung beras dan juga santan di dalam periuk. Kacau sebati
  2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi likat.
  3. Pastikan tepung telah benar benar masak. Tutupkan api.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian .
  5. Biarkan adunan sejuk seketika sebelum diletakkan topping buah buahan kegemaran .
  6. Sejukkan di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!

Sebenarnya rasa bubur sumsum bayi ini sangat sedap dengan rasa lemak-lemak masin santan dengan manis buah-buahan segar. Anak kecil anda pasti akan suka!

bubur sumsum bayi, bubur sum sum bayi, cara buat bubur sum sum bayi, bubur sumsum baby

Tips Elak Bubur Sumsum Berketul

  1. Gunakan Santan Pekat dan Segar: Santan pekat akan menjadikan bubur lebih lembut dan sedap.
  2. Gunakan Api Kecil: Memasak dengan api perlahan membolehkan anda mengawal proses pemekat dan mengelakkan bubur daripada berketul.
  3. Ayak Tepung Beras: Sebelum digaul dengan santan, ayak tepung beras untuk pastikan tiada ketulan.

Anak Alergi Susu, Ibu Boleh Gantikan Dengan Bahan Ini

Jika anak alergi pada susu lembu, ibu boleh gantikan resepi sumsum bayi ini dengan menggunakan:

  • Santan: Santan mengandungi asid lemak rantai sederhana yang boleh memberikan tenaga yang cepat dan mudah dihadam oleh badan. Sebaiknya beri santan selepas bayi berumur 6 bulan atau lebih dan sudah mula mengambil makanan pejal.
  • Serbuk Barli: Serbuk barli adalah pilihan makanan yang berkhasiat dan boleh menjadi tambahan yang baik untuk diet bayi. Barli kaya dengan serat, vitamin dan mineral, yang membantu dalam perkembangan bayi.

Cara Menyimpan Bubur Sum Sum Bayi Dalam Peti Sejuk

Menyimpan bubur sumsum untuk bayi memerlukan perhatian khusus untuk memastikan ia selamat dan bersih. Berikut ialah garis panduan storan yang boleh anda ikuti:

Penyimpanan dalam Peti Sejuk 

Tempoh Penyimpanan: Bubur sumsum boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 1-2 hari.

Kaedah Penyimpanan:

  1. Sejukkan Cepat: Setelah bubur sumsum masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik dengan cepat. Jangan biarkan bubur pada suhu bilik selama lebih daripada 2 jam.
  2. Pindahkan ke Bekas Bersih: Simpan buburan dalam bekas kedap udara yang bersih. Pastikan bekas ditutup rapat.
  3. Label dan Tarikh: Labelkan bekas dengan tarikh pembuatan untuk memantau jangka hayat.

Penyimpanan Dalam Peti Beku

Tempoh Penyimpanan: Bubur sumsum boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.

Kaedah Penyimpanan:

  • Sejukkan dengan Cepat: Seperti penyimpanan peti sejuk, sejukkan bubur ke suhu bilik.
  • Pindahkan kedalam bekas: Simpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik beku. Bahagikan kepada bahagian kecil supaya senang diambil mengikut keperluan.
  • Label dan Tarikh: Labelkan bekas atau beg dengan tarikh pembuatan.
  • Pembekuan Pantas: Letakkan bekas atau beg di bahagian paling sejuk peti sejuk untuk pembekuan cepat.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Farisha Sofea

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Dimsum Guna Kulit Popia Vietnam, Mudah & Menjadi Anak-Anak Pasti Suka!

Baca juga: Resepi Soft Cookies Azlina Ina, ‘Dip’ Dengan Susu Memang Sedap! Sesuai Dijadikan Hidangan Minum Petang

Baca juga: Resepi Keropok Ikan Bilis Guna Lebihan Nasi, Sesuai Dijadikan Kudapan Menu Petang Seisi Keluarga

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Bubur Sumsum Bayi Dengan Buah-Buahan, Menu Snacking Terbaik Untuk Anak Gatal Gusi
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham