Seorang budak dikurung dalam sebuah kandang anjing. Malah, dia juga dikelilingi dengan beberapa ratus haiwan yang tidak diperlihara dengan baik. Namun persoalannya, mengapakah sanggup ibu bapa budak ini tegar membuatnya sedemikian? Tidakkah mereka simpati dan belas kasihan kepada anak kecil ini?
Hasil dari penemuan budak dikurung itu, pihak polis berjaya membongkarkan aktiviti keluarga ini yang menanam ganja dan memelihara haiwan untuk dijual kepada orang lain.
Budak dikurung bersama beberapa ekor haiwan
Ketika kejadian, polis telah menemui seorang kanak-kanak yang dikurung dalam kandang semasa melakukan operasi menyelamatkan haiwan di Henry Country, Tennessee Amerika Syarikat.
Susulan dengan kejadian itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 42 tahun dan bapa tirinya yang berusia 46 tahun serta datuknya telah ditahan dan akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan.
Duduk dengan cicak, arnab, anjing dan haiwan lain
Semasa sidang media, Henry Country Sheriff Monte Belew berkata, selain kanak-kanak itu pihaknya turut menemui lapan ular, 56 ekor anjing, 10 arnab, 86 ekor ayam, cicak dan 531 tikus dan hamster.
Sementara di ruang tamu pula, terdapat anak yang dikurung bersama lapan ekor ular dan makanan ular di letakkan berdekatan dengan budak malang itu.
Bayangkan anak kecil ini duduk dan tinggal bersama lapan ekor ular malah tikus juga dilihat berlari-larian di mana-mana.
Menghabiskan sisa hidup di dalam kandang
Lebih menyedihkan, polis mendapati kanak-kanak malang itu menghabiskan kehidupannya di dalam kandang haiwan itu malah dia juga tidak dapat bermain seperti kanak-kanak normal yang lain. Kasihannya dia!
Sungguh sayu dan menyedihkan apabila melihat tempat tinggal anak kecil ini dan sanggup diperlakukan sedemikian oleh kedua-dua ibu bapanya yang sepatutnya menyediakan makanan dan tempat tinggal yang sempurna buat anak mereka ini.
Tak cukup dengan itu, ada banyak sampah di merata-rata tempat di dalam kandang itu yang mana budak ini duduk di dalamnya.
Sengsaranya budak kecil ini untuk meneruskan hidupnya dengan ibu bapanya itu. Bagaimanakah keadaanya nanti ya?
Di harap anak kecil ini dapat diberi perlindungan dengan jabatan yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak yang didera dan terbiar sebegini.
Semoga ada sinar dalam kehidupan mereka nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : MStar
Baca juga
10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk