Masih Mencari Lokasi Berbuka Puasa Tahun Ini? Ini 8 Senarai Bufet Ramadan Terbaik & Berbaloi
Rindunya nak berbuka puasa bersama ahli keluarga yang tersayang! Kan best jika dapat berbuka puasa bersama-sama sambil makan bufet?
Mencari lokasi yang menawarkan bufet iftar ramadan di sekitar Lembah Klang? Jangan risau, kami ada senaraikan 8 tempat berbuka puasa dengan bufet yang hidangan yang sedap dan berbaloi!
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sesetengah daripada mereka gemar untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Salah satu tempat yang sering dijadikan lokasi berbuka puasa bersama-sama adalah di hotel yang menawarkan bufet ramadan yang menarik!
Tip Memilih Hotel Dengan Iftar Bufet Ramadan
Sebelum menempah bufet iftar ramadan, pertimbangkan beberapa perkara di bawah:
- Pilih hotel yang menawarkan hidangan yang menjadi pilihan anda.
- Lokasi yang strategik.
- Pilih hotel yang mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai sarung tangan serta memakai pelitup muka.
- Pertimbangkan waktu perjalanan dari tempat kerja/rumah kerana anda perlu sampai awal untuk berbuka.
- Tempah dengan lebih awal, sebaik-baiknya 3-7 hari sebelum tarikh tempahan.
- Bijak memilih bufet yang menawarkan harga yang berbaloi, terutamanya jika anda datang dengan keluarga dan kanak-kanak.
- Tanyakan lebih awal sekiranya ada promosi bagi yang menempah sebelum bulan puasa. Jika ada, anda memang bernasib baik!
Isi Kandungan
8 Hotel Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Bufet Iftar Ramadan
Hotel Sunway Putra
Bufet Ramadan Terbaik Santapan Ramadhan Putra
Rasai pengalaman berbuka puasa bersama kami di Sunway Putra Hotel! Bertemakan “Santapan Ramadan Putra" dengan sentuhan khas Menu pilihan dari Chef- Chef hebat kami, ianya dapat memberikan keunikkan dalam santapan ramadan anda pada tahun ini.
Jika di Malaysia terdapat ramai penggemar tempe, begitu juga di Indonesia. Jika di sini ada ramai peminat sate, begitu juga di sana. Kita ada nasi himpit, mereka ada soto. Jika kita ada kuih bingka, di sana mereka terkenal dengan kuih bika Ambon.
Lebih dari 100 juadah hidangan untuk dinikmati. Antara pilihan utama adalah seperti Kambing Bakar, Nasi Goreng Kambing, Pilihan Sate: Sate Madura, Sate Padang, Sate Kambing Kecap and Sate Maranggi dari Indonesia dan Sate Malaysia dengan Kuah Kacang pada bulan ramadan kali ini.
- 15 Mac – 7 April 2024
- 7.00 petang hingga 10 malam
- Harga tempahan awal: RM 119.00 (seorang dewasa)
- Harga biasa: RM149.00 (dewasa)
Hotel Berjaya Times Square
Bufet Ramadan Terbaik Selera Nostalgia Do Re Mi
Biasanya hujung minggu masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah keperluan raya. Jadi apa kata selepas membeli-belah di pusat beli-belah Berjaya Times Square, ajak keluarga tersayang menikmati sajian Selera Nostalgia Do Re Mi hanya di Function room, Level 14 @Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada tahun ini.
Istimewanya tahun ini, Berjaya Times Square Hotel teruja untuk membawa anda merasai pilihan sajian tempatan. Tenggelamkan diri anda dalam irama dan lagu yang penuh perasaan dengan persembahan oleh pancaragam yang berbakat, yang mana eksklusif hanya di Function Room.
- 13Mac – 8April 2024
- 6.00 petang – 10 malam
- Harga tempahan awal dari 24 Jan – 29 Feb 2024 :RM 128.00 (dewasa)
- Harga biasa: RM168 nett (dewasa), RM88 nett (kanak-kanak 4 -11 tahun)
Impiana Hotel KLCC
Bufet Ramadan Terbaik Seisi Keluarga
Mencari bufet ramadan yang mesra kanak-kanak? Anda boleh menikmatinya di Bazaar Ramadan Jalan Pinang Buffet @ Tonka Bean Hotel Impiana KLCC yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang.
Menyediakan pelbagai hidangan Melayu yang menggoda seperti Sup Gear Box Meletup, peminat masakan arab pula boleh mencuba Nasi Briyani Gam Kambing Istimewa. Nikmati muzik instrumental moden dengan persembahan live band setiap hari dari 15 Mac 2024 – 8 April 2024
Apa yang paling menariknya tahun ini adalah sajian durian tanpa had dengan 16 perisa aiskrim Baskin Robbins turut ditawarkan kali ini!
- 15 Mac -8 April 2024
- 6.30 petang – 10 malam
- Harga tempahan awal dari 19 Feb – 2 Mac 2024 :RM 156 (dewasa)
- Harga biasa: RM195 nett
Hotel Eastin Kuala Lumpur
Bufet Ramadan Terbaik Suasana Mewah
Dengan siling yang tinggi, ruang terbuka yang luas, dan rekaan kontemporari moden di keseluruhan restoran Swez Brasserie di Hotel Eastin Kuala Lumpur menimbulkan suasan mewah untuk berbuka puasa.
Menawarkan variasi sajian tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh Cef Dennie dan pasukannya, apa yang dinantikan peminat Icip-icip Kampungku setiap tahun pastinya kambing panggang yang disumbat nasi arab. Istimewa menu utama pada tahun ini iaitu siakap stim masak nyonya style, kambing masak hitam, pari bakar bungkus dengan kicap dan banyak lagi.
Selain itu, sup kambing mamak juga menjadi ‘killer food’ sepanjang bufet Ramadan ini berlangsung selain manisan seperti bubur jagung, puding roti pisang dan kurma dan Creme’ Brulee.
- 24 Mac – 20 April 2024
- 6.30 petang – 10.30 malam
- Harga tempahan awal sebelum 14 Mac 2024: RM156 nett person
- Harga biasa: RM195 nett seorang
Hotel Sheraton Petaling Jaya
Bufet Ramadan Terbaik 2 Pilihan Bufet
Jika anda tinggal di Petaling Jaya atau bekerja di kawasan tersebut, jangan pening nak pilih bufet Ramadan kerana Hotel Sheraton Petaling Jaya menawarkan 2 pilihan bufet Ramadan mengikut bajet anda!
Anda boleh memilih Citarasa Nostalgia Dinner Buffet di Feast @ Sheraton PJ atau Santapan Iftar Dinner Buffet di The Grand Ballroom @ Sheraton PJ yang mana kedua-duanya menawarkan bufet sajian tempatan.
- 12 Mac – 14 Mac 2024 (Citarasa Nostalgia Dinner Buffet)
- 17 Mac – 5 April 2024 (Santapan Iftar Dinner Buffet)
- Feast Early Bird: RM118.00 nett + 127.44 per nett (dewasa) dan RM59.00 nett (kanak-kanak)
- Feast harga biasa: RM127.44 nett (dewasa) dan RM84.00 nett (kanak-kanak)
- The Grand Ballroom Early Bird: RM118.00 nett (dewasa) dan RM RM59.00+RM63.72net(kanak-kanak)
Premiera Hotel
Bufet Ramadan Terbaik Suasana Klasik
Nikmati hidangan lebih dari 80 jenis masakan dengan suasana klasik tahun 60-an. Menarik kan? Dengan penuh rasa budaya dan asli masakan tempatan warisan Malaysia di sini @ Dewan Utama, Aras 6, Primera Hotel pada Ramadan tahun ini, jangan lupa bawa insan tersayang ya?
Setiap minggu menampilkan sajian utama berlainan seperti Kambing Golek, Assam Laksa Penang, dan Sup Gear Box dan banyak lagi 130 hidangan yang lain. Pengunjung juga berpeluang memenangi sebuah iphone 15 Pro Max yang bernilai RM7k+ dan pelbagai hadiah menarik apabila berbelanja minima RM500 dalam satu resit.
- 12Mac – 8 April 2023
- 6.30 malam – 10.30 malam
- Harga tempahan awal 10 Jan – 5 Mac 2024: RM 110.00 nett (Dewasa)
- Harga biasa: RM150.00 nett (Dewasa), RM75.00 nett (Kanak-kanak)
- Tempah berkumpulan, bayar pada harga RM130.00 seorang dewasa, RM75.00 nett (Kanak-kanak)
Avani Sepang Goldcoast Resort
Bufet Ramadan Terbaik Dengan Staycation
Luangkan masa daripada rutin sibuk anda dan nikmati sajian buka puasa dah sahur yang menarik pilihan bufet bersama keluarga tersayang di Restoran Bila-Bila, Avani Sepang Goldcoast Resort.
Dengan kedudukan restoran atas laut, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam ketika menjamu selera.
Tahun ini, mereka bawakan menu seperti sup tulang rawan, char keow teow Pulau Pinang dan ikan goreng sos nyonya yang sangat terkenal di restoran ini.
- Pakej berbuka puasa, sahur dan stay cation 2 hari 1 malam
- 6.30 petang – 10.00 malam
- Harga tempahan awal sebelum 22 Mac: RM98 (dewasa), RM49 (kanak-kanak)
- Harga biasa: RM108.00 (dewasa), RM54.00 (kanak-kanak)
Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya
Bufet Ramadan Terbaik Destinasi Rasa
Le Meridien Putrajaya kembali dengan ‘Destinasi Rasa’ sempena bulan ramadan ini. Ia telah pun diperkenalkan sejak tahun 2017 lagi dan tahun 2024 ini menjadikan tahun ke-8 buat Le Meridien hotel kembali dengan sesi bufet ini berserta dengan hidangan menu yang menyelerakan.
Dengan bertemakan Santapan Raja Sehari, sesi iftar ramadan buffet anda pasti lebih mengujakan dengan persembahan istimewa setiap hari.
Bayangkan berbuka puasa dengan Kambing Golek berserta pelbagai variasi menarik. Di samping, pilihan hidangan berasaskan makanan laut yang segar dan pelbagai jenis hidangan kuih-muih turut disediakan di sini.
- 12 Mac – 9 April 2024
- Harga tempahan awal sebelum 12 Mac 2024: RM158 nett (Dewasa), RM79 nett (kanak-kanak)
- Harga biasa: RM188 nett (dewasa), RM94 nett (kanak-kanak)
- Surau lelaki dan perempuan disediakan
- Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 03-8689 6888/ 6862
- Emel – [email protected]
- Talian WhatsApp – +60124073101
Perbandingan Harga Bufet Iftar Ramadan Terbaik
Hotel | Harga Dewasa | Harga Kanak-kanak |
Hotel Sunway Putra | RM149 | RM149 |
Hotel Berjaya Times Square | RM168 | RM88 |
Impiana Hotel KLCC | RM195 | RM195 |
Hotel Eastin KL | RM195 | RM195 |
Hotel Sheraton PJ | RM127.44 | RM84 |
Primera Hotel | RM130 | RM75 |
Avani Sepang Goldcoast Resort | RM108 | RM54 |
Le Meridien Putrajaya | RM188 | RM94 |
Tips Berpuasa Dengan Sihat dan Selamat
Musim el nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka akan berpanjangan sehingga Ramadan. Walaupun puasa terkenal dengan beberapa kebaikan dari segi kesihatan, anda juga perlu memberikan perhatian tambahan supaya dapat berpuasa dengan sihat dan selamat.
Antara beberapa tips yang boleh anda amalkan adalah:
1. Sentiasa kekal hidrat
Puasa ketika ini akan membuatkan kita berasa dahaga lebih dari keinginan untuk makan. Justeru, pastikan anda minum air secukupnya pada malam hari. Gunakan kaedah 2-4-2. Minum air 2 gelas semasa Iftar, 4 gelas selepas iftar sehingga waktu tidur dan 2 gelas lagi semasa sahur.
Anda juga boleh mengambil makanan yang mempunyai penghidratan tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Jangan skip bersahur
Sahur sedikit sebanyak akan membantu anda kekal bertenaga pada siang hari. Melewatkan sahur juga termasuk dalam sunnah dan boleh membuatkan perut kenyang dengan lebih lama.
3. Kekalkan diet seimbang
Jika boleh ketika waktu berbuka puasa, jangan makan terlampau banyak atau makan secara tergesa-gesa. Tabiat ini hanya akan memberi tekanan pada perut yang menimbulkan pelbagai masalah penghadaman dan pencernaan seperti pedih ulu hati, senak dan kejang perut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!
Baca juga: 10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Anda Bersedia?
Baca juga: Juadah Berbuka Puasa ini Patut Anda Cuba Kerana ia SEDAP Tak Terkata!