'E-Book Coronavirus: Buku Untuk Kanak-Kanak', Untuk Pembacaan Yang Menarik Buat Anak Faham Tentang Pandemik

Memahami betapa pentingya pemahaman kanak-kanak pada situasi pandemik sekarang, LeapEd diberi hak eksklusif untuk menterjemahkan e-Book ini kanak-kanak mudah fahami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semenjak dunia dilanda Covid 19, boleh dikatakan semua orang terkena tempiasnya, malah juga kanak-kanak. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku ia memberi efek kepada persekolahan kanak-kanak. Lantas menjadikan mereka turut tertanya-tanya apa yang berlaku.

Jadi penat juga untuk ibu bapa menjawab satu persatu persoalan anak-anak, lantas LeapEd mengambil langkah bijak untuk melancarkan Coronavirus E-Book dalam Bahasa Melayu untuk mendidik dengan dan memberi pemahaman yang menarik mengenai Coronavirus kepada kanak-kanak. 

E-Book yang bernama Coronavirus: Buku untuk Kanak-Kanak ini pertama kali dikeluarkan dalam Bahasa Melayu oleh LeapEd Services Sdn Bhd dengan kolaborasi bersama syarikat percetakan yang pernah memenangi anugerah global iaitu Nosy Crow dan Ilustrator, Axel Scheffler. 

Memahami betapa pentingya pemahaman kanak-kanak pada situasi pandemik sekarang, LeapEd diberi hak eksklusif untuk menterjemahkan e-book ini kanak-kanak mudah fahami. Menariknya e-book yang mengandungi sebanyak 17 halaman ini, ia hadir dengan ilustrasi yang cukup menyeronokkan di samping naratifnya yang mudah untuk difahami. 

E-book ini asalnya diterbitkan di United Kingdom (UK) oleh Nosy Crow. Sejak pelancarannya pada April lepas, e-book ini telah dimuat turun lebih 1 juta dan ia juga hadir dengan lebih 60 bahasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengerusi LeapEd, Shahnaz Al-Sadat berkata “Sementara negara kita dalam proses pemulihan, peperangan kita dengan Covid-19 ini masih belum berakhir. Kita masih membiasakan dengan norma baharu, jadi penting untuk anak-anak kita faham dan mempunyai pengetahuan mengenai pandemik ini bagi perlindungan mereka sendiri. 

Tujuan untuk kami menterjemah e-book ini ke dalam Bahasa Melayu dan menyesuaikannya dengan rakyat tempatan adalah untuk memberikan pengetahuan ini kepada ibu bapa serta kanak-kanak di Malaysia dan menggalakkan satu diskusi sihat mengenai topik ini.” 

Bukan itu sahaja, bantuan pembacaan langkah demi langkah juga disediakan oleh LeapEd untuk memudahkan lagi penggunaan e-book ini buat ibu bapa dan anak-anak. Malah versi pembacaan (Read Aloud) juga disediakan, yang mana dinaratifkan oleh Azalia Suhaimi, penyajak yang cukup terkenal dalam menggabungkan fotografi dan puisi. 

Anda boleh tonton video di sini  

Anda boleh muat turun Coronavirus: Buku untuk Kanak-Kanak di sini.

Kelebihan membaca buku kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para penyelidik bekerjasama dengan Perpustakaan Colombus Metropolitan mengedar 100 buah buku yang diketegorikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama kepada board book mensasarkan kepada bayi dan kanak-kanak, manakala bahagian kedua ialah buku bergambar untuk murid prasekolah. 

Kemudian, mereka memilih 30 buah buku dari kedua-dua senarai secara rawak dan mengira berapa banyak perkataan dalam setiap buku. 

Mereka mendapati board book mengandungi kira-kira 140 perkataan dan buku bergambar memiliki 228 patah perkataan.

Setelah itu, para penyelidik mengira berapa banyak perkataan yang didengari oleh kanak-kanak bermula dari lahir sehingga lima tahun pada tahap bacaan yang berbeza. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan pengiraan tersebut berikut hasil yang telah disimpulkan: 

  • Tidak pernah membaca –  4,662 perkataan 
  • Baca hanya 1 hingga 2 kali seminggu – 63,570 perkataan 
  • Baca sebanyak 3 ke 5 kali seminggu – 169,520 
  • Baca setiap hari – 1,483,300 perkataan 

Jumlah perkataan yang dikira itu bukan semata-mata semasa membacakan buku kepada anak, tetapi ia juga dikira apabila ibu bapa membiasakan diri bercakap dengan mereka. 

Apabila ibu bapa kerap bercakap dengan anak, ia dapat memperluaskan kosa kata baru dan memperkenalkan lebih banyak perkataan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, membaca bukan saja menerapkan hobi kepada anak-anak tetapi mengajar kemahiran baru kepada anak yang merupakan ilmu penting yang sangat berguna di kemudian hari. 

Para penyelidik turut menambah, ibu bapa boleh jadikan masa tidur untuk membaca buku kepada anak supaya perbendaharaan dan perkembangan bahasa mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

 Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Ini Rupanya Sebab Kenapa Anak Suka Baca Buku Yang Sama Berulang Kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan