Hari raya berbaki dua hari lagi, nampaknya kenderaan sudah mula memenuhi jalan raya di seluruh negara apabila orang ramai mula bergerak ke kampung halaman masing-masing untuk pulang beraya. Apa pun ibu hamil jangan tertinggal buku pink ya?
Buat ibu sarat hamil, dek kerana keseronokan untuk pulang beraya antara yang terlepas pandang ialah mengenai kesihatan dan keselamatan ibu hamil semasa dalam perjalanan ke kampung.
Perjalanan yang jauh ditambah pula dengan jalan raya yang sesak dalam keadaan perut yang sarat pastinya memerlukan persiapan yang rapi.
Berkongsi di Twitter, Dr. Afida Sohana ada meninggalkan pesanan dan tips untuk ibu hamil dan para suami bagi memudahkan perjalanan anda ke kampung untuk hari raya ini.
Balik kampung semasa hamil?
1. Jangan lupa buku pink!
2. Kenalpasti klinik/hospital berdekatan dengan destinasi
3. Sebelum ‘travel’, jumpa dan bincang dgn doktor. Tiap orang lain situasi kehamilannya!
4. Jika ke luar negara, pastikan insurans include masalah kehamilan.
Naik kapal terbang?
1. Pastikan tempoh yg dibenarkan utk travel. Lain syarikat penerbangan, lain syaratnya.
2. Dapatkan surat ‘fit to fly’ dari doktor!
3. Flight lebih 4 jam, risiko darah beku , jadi kekalkan hidrasi, buat senaman kaki tiap 30 minit dan pakai stokin DVT/flightsocks
Perjalanan panjang dalam kereta?
1. Berhenti setiap 2- 3 jam utk bangun berjalan. Penting bagi mengurangkan risiko darah beku (DVT)
2. Minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi.
3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan
4. Pakai stokin DVT / TEDs stockings
Sila ke klinik berdekatan jika ibu ada tanda-tanda ini
Jika ibu hamil mempunyai tanda-tanda bahaya seperti di bawah ini sila ke klinik atau hospital berdekatan dengan kadar segera ya. Di sinilah pentingnya buku pink yang dibawa!
- Vaginal bleeding
- Kontraksi atau sakit perut
- Pecah air ketuban
- Tanda-tanda preeclapmsia (sakit kepala berterusan, pandangan kabur tiba-tiba, sesak nafas, dan bengkak kaki dan tangan)
- Muntah dan cirit birit yang teruk
- Sakit atau lenguh di bahagian kaki terutama di bahagian betis, bengkak dan panas serta kemerahan yang merupakan simptom DVT
- Pergerakan janin yang tidak aktif
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang
Baca juga : Bila Lakukan Perjalanan Jauh, Ibu Hamil Harus Elak Meriba Anak&Perlu Kerap Ubah Posisi Duduk
Baca juga : PLUS Jangka 2 Juta Kenderaan Balik Kampung Cuti Raya Nanti, Rancang Perjalanan Elak Sesak