Banyak perubahan yang akan dialami seorang wanita semasa mengandung dan salah satunya adalah munculnya bulu halus di perut saat hamil.
Ramai percaya munculnya bulu halus di perut saat hamil itu menandakan ibu sedang mengandungkan bayi lelaki. Tapi, benarkah?
Punca munculnya bulu halus di perut saat hamil
Pertumbuhan bulu halus yang berlebihan disebut hirsutisme dan keadaan ini sangat biasa terjadi pada wanita yang sedang berbadan dua.
Satu benda penting yang anda perlu tahu, ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hormon yang mendadak termasuklah peningkatan hormon estrogen yang menyebabkan tumbuhnya bulu halus di perut saat hamil.
Selain itu, anda juga mungkin perasan bulu halus itu lebih tebal dan gelap dari biasanya. Bulu halus ini juga boleh muncul di sekitar lengan, dada, wajah, punggung, leher dan bahu.
Apakah maksud sebenar di sebalik bulu halus di perut saat hamil ini?
Ramai wanita percaya bulu halus di perut itu menandakan kehamilan bayi lelaki, tapi tiada kajian yang dapat menyokong pemikiran tersebut.
Walhal perut berbulu itu sebenarnya menandakan hormon anda bekerja keras bagi membantu tubuh membesarkan bayi agar sihat hingga kelahiran.
Jika ingin tahu kelamin bayi, sebaiknya anda melakukan details scan di klinik rawatan kehamilan.
Adakah bulu halus itu boleh hilang?
Menurut American College of Obstetricians dan Gynecologists, bulu halus itu biasanya hilang dalam masa enam bulan selepas bersalin. Jika bulu ini tidak hilang atau nampak lebih tebal, sebaiknya rujuk hal tersebut kepada doktor.
Doktor mungkin akan melakukan ujian darah bagi memastikan lebihan bulu yang tumbuh itu bukan disebabkan sindrom cushing, akromegali atau tumor di bahagian ovarium.
Sekiranya tiada sebab lain, anda boleh mencukur, cabut atau melakukan waxing yang selamat dilakukan ketika hamil.
Apapun, jangan lupa tanyakan hal ini kepada doktor terlebih dahulu dan menggunakan losyen pelembap bagi mengelak iritasi.
Tanda-tanda peringatan
Secara umumnya, situasi ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun dalam beberapa kes, keadaan ini menjadi tanda kepada hiperandrogenisme dan produksi androgen yang berlebihan. Androgen ini merujuk pada hormon seks lelaki seperti testosteron.
Ada beberapa hal yang dapat merujuk kepada hiperandrogenisme ialah sindrom ovarium polikistik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat epilepsi.
Selain tumbuh bulu di perut, hiperandrogenisme juga menyebabkan:
- Tekanan darah tinggi
- Jerawat
- Menstruasi tidak teratur sebelum hamil
- Pembesaran klitoris
- Suara yang lebih dalam
- Penambahan berat badan
- Otot yang lebih besar
Meskipun jarang terjadi namun kondisi ini dapat mempengaruhi janin contohnya jika hamil bayi perempuan, mereka memiliki risiko perkembangan perwatakan seperti lelaki kesan dari androgen yang berlebihan yang mengalir dalam darah ibu.
Justeru itu, rujuk doktor jika anda mengalami gejala ini supaya dapat menguji kadar hormon anda dan memberi ubat yang sesuai jika diperlukan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fadhila dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: 3 Teknik Urut Isteri Hamil Yang Boleh Dibuat Suami, Pasti Keselesaan Lebih Terasa Si Ibu
Baca juga: Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan
Baca juga: 9 Gangguan Yang Sering Muncul Ketika Trimester Kedua, Ibu Pernah Alaminya Tak?