Hukum Bulu Kucing Gugur Melekat Pada Badan, Pakaian Dan Tempat Solat, Solat Sah Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti

Hukum bulu kucing gugur dan melekat pada badan, pakaian dan sejadah, adakah solat sah atau terbatal? Ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki dan cepat jinak dengan tuannya sebab itulah mudah dibela oleh sesiapa pun. Tetapi, apa yang akan jadi pada solat sekiranya bulu kucing gugur dan melekat pada badan, pakaian dan sejadah? Adakah solat masih sah atau terbatal?

Seperti yang kita tahu, syarat sah solat adalah mesti suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat solat. Padahal, bulu kucing gugur pula dianggap najis kerana kucing termasuk antara haiwan yang haram dan tidak boleh dimakan.

Tetapi, jangan buat kesimpulan terlalu awal dengan mengatakan solat terbatal. Ikuti dahulu penjelasan yang pernah dikeluarkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Hukum bulu kucing gugur melekat pada pakaian, sejadah

Menurut Dr. Haji Zulkifli bin Mohd al-Bakri, di dalam mazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis.

Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pula situasi sekiranya kucing menggeselkan badannya di kaki seseorang yang sedang solat adalah sah.

Pun begitu, adalah sebaiknya jika dapat memastikan pakaian untuk dibawa solat itu betul-betul bersih daripada sebarang helaian bulu kucing untuk mengelakkan keraguan dalam hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan:

“Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.”

Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?” Saya menjawab,  “Ya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Abu Qatadah, menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” Hadis  soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.

Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Kucing Bagi Ibu Hamil, Hati-Hati Jika Tak Mahu Datangkan Mudarat Pada Kandungan

Baca juga: Suka Bela Kucing Di Rumah? Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan Mental Dan Bantu Kemahiran Motor Anak

Baca juga: Habis Pecah Pasu Bunga, Ini Sebab Kucing Suka Jatuhkan Barang & Cara Menghentikannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah