TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Habis Pecah Pasu Bunga, Ini Sebab Kucing Suka Jatuhkan Barang & Cara Menghentikannya

3 min bacaan
Habis Pecah Pasu Bunga, Ini Sebab Kucing Suka Jatuhkan Barang & Cara Menghentikannya

Perangai kucing memang comel tetapi adakalanya menyakitkan hati. Pernah tak terfikir kenapa kucing suka menjatuhkan barang?

Bagi pemilik kucing, pasti anda sudah biasa melihat perangai kucing dan gelagatnya yang mencuit hati. Namun, adakalanya tidak memahami tingkah lakunya yang pelik seperti suka menjatuhkan barang tanpa sebab.

Yang peliknya, si bulus ini kelihatan leka bermain seakan-akan ada yang menarik perhatiannya.

Jadi, tidak hairanlah kalau perangai kucing kesayangan suka melompat dan memanjat sehingga menyebabkan ada sahaja insiden pasu bunga yang pecah. Habis semua barang di atas meja dikerjakannya. 

Kebanyakan tuan kucing tidak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan kepada anda?

1. Naluri 

Menurut penulis The Way of Cats: How to Use Their Instincts to Train, Understanding, and Love Them, naluri kucing sebagai pemangsa-mangsa adalah sifat semulajadi yang tidak boleh dipisahkan.

Jika kucing berasa dirinya terancam, mereka akan menolak atau menjatuhkan barang kerana didorong dengan naluri yang kuat selain perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran di sekelilingnya. 

2. Mencari perhatian

kucing

Kadangkala perangai kucing kesayangan di luar jangkaan kerana lumrahnya yang lincah dan nakal. Tetapi, tindakannya menjatuhkan barang hanyalah untuk mendapatkan perhatian tuannya. Ia juga sebagai hiburan untuk si bulus bermain apabila sudah bosan.

Tidak dinafikan, bermain dengan pemiliknya adalah perkara yang menyeronokkan bagi kucing apatah lagi jika tuannya tertawa, saling menatap mata atau bercakap dengannya. 

Cara menghentikan perangai kucing menjatuhkan barang sesuka hati

perangai kucing

1. Berhenti beri perhatian

Anda boleh menghentikan kucing menjatuhkan barang dengan berhenti memberi perhatian apabila si bulus menjatuhkan barang. Kalau nampak kucing sedang menjatuhkan barang untuk menarik perhatian, alihkan perhatian dan biarkan ia bermain sendiri. 

Konsepnya mudah sahaja. Jangan tengok. Jangan bercakap. Jangan ketawa. Jika anda mempraktikkan cara ini secara konsisten, kucing akan sedar bahawa perangainya ini tidak dihargai dan tidak disukai oleh tuannya. 

2. Berikan ganjaran 

Tuan kucing pasti sudah kenal dengan perangai kucing dan tingkah lakunya yang bermacam jenis. Jika anda perasan kucing berkelakuan baik dan menyenangkan seperti ‘mengurut’, bermain bola dan memeluk anda, berikan ganjaran dalam bentuk pujian atau hidangkan makanan yang lazat kerana berbuat demikian.

Abaikan jika kucing mencakar barang perhiasan, menggigit atau melompat secara agresif. Ia akan melatih kucing untuk kenal dan tahu tingkah laku tuannya supaya si bulus tahu manusia pun ada perangainya juga tau!

3. Biarkan bermain dengan sepuasnya

Kucing pun sama macam manusia, mudah rasa bosan jika tiada apa-apa aktiviti yang perlu dilakukan. Apa kata biarkan kucing kesayangan anda bermain dengan permainan kucing yang menyeronokkan seperti pancing dengan bola dan ubah mainan baru jika kucing sudah mula bosan. 

Cara yang paling mudah, jadikan waktu makan kucing menjadi aktiviti pemburuan yang mengujakan. Kalau sebelum ini anda hanya menuang makanan kucing di bekas makanan, lepas ini cuba tuangkan makanan kucing di sekeliling kawasan rumah dan berikan peluang naluri kucing untuk memburu makanannya.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Reader’s Digest

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suka Bela Kucing Di Rumah? Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan Mental Dan Bantu Kemahiran Motor Anak

Baca juga: Jangan Risau, Ibu Tak Perlu Buang Kucing Kesayangan. Ini Sebenarnya Cara Selamat Untuk Urus Meow Ketika Hamil

Baca juga: Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Habis Pecah Pasu Bunga, Ini Sebab Kucing Suka Jatuhkan Barang & Cara Menghentikannya
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham