X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!

4 min bacaan
Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!

Bela kucing bersama bayi boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada si manja sekiranya anda tidak mengutamakan kebersihan di dalam rumah

Pasti ramai di antara pembaca kami bela kucing bersama bayi di dalam rumah, kan? Bagi pencinta kucing, kehidupan rasanya tidak akan lengkap tanpa kehadiran haiwan comel dan begitu jinak ini. Lebih-lebih lagi jika anda telah memeliharanya sejak kecil lagi.

Apa yang akan anda dapati dalam artikel ini?

  • Kebolehan bela kucing bersama bayi
  • Risiko bela kucing bersama bayi
  • Tidak perlu re-home kucing

Sekiranya anda seorang ibu ayah baharu, mungkin dalam fikiran ada tertanya-tanya adakah selamat jika bela kucing jika di dalam rumah ada bayi baru lahir.

Bela kucing bersama bayi di dalam rumah, selamat atau bahaya?

bela kucing dengan bayi

Ramai yang mungkin berpendapat bahawa sekiranya anda mempunyai kucing ketika mengandung, adalah lebih baik untuk menghantar kucing ke tuan baharu atau hotel kucing sebelum anda melahirkan bayi.

Banyak stigma masyarakat apabila menyentuh topik pembelaan kucing bersama bayi, terutamanya bayi yang baru dilahirkan.

Mungkin ada juga beranggapan bahawa kucing boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada si manja seperti asma atau alergi.

Ada juga yang risau sekiranya kucing mereka tidak dapat menerima kehadiran manusia baru, dan akan mula menyerang atau mencakar si kecil.

Walaupun begitu, ia bukanlah asbab untuk anda membuang atau menghantar haiwan peliharaan anda ke tempat lain.

Sebenarnya, tiada masalah pun untuk anda membela kucing dengan kehadiran si manja! Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sekiranya anda hendak mempraktikkan pembelaan kucing bersama bayi.

  • Jauhkan kucing dari si manja pada waktu tidur. Sekiranya si manja sedang lena, pastikan kucing tidak berada pada jarak yang dekat dengan si manja. Walaupun kucing sayangkan anak anda dan ingin tidur berdekatan, ianya tidaklah digalakkan kerana bulu kucing serta habuk dan debu yang melekat pada bulu mungkin boleh berterbangan dan dihidu oleh bayi.

pelihara kucing dan bayi

  • Menjaga kebersihan udara di rumah. Bukan sahaja kebersihan udara yang perlu anda ambil berat, tetapi kebersihan rumah secara menyeluruh. Sekiranya anda mempunyai kucing yang berbulu panjang seperti kucing Parsi, Maine Coon, Domestic Long Hair dan sebagainya, pastikan anda sentiasa menyapu atau vakum rumah. Lebih baik jika anda mempunyai mesin penapis udara untuk memastikan kadar bulu yang berterbangan di udara berada pada tahap minima.
  • Sentiasa memantau si manja. Sekiranya bayi anda sudah mula merangkak atau berjalan, keraplah memantau si manja anda. Kanak-kanak kecil sangat laju bergerak, dan tanpa kita sedari, dia mungkin sudah berada di kotak pasir kucing dan membenam tangan ke dalamnya. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak kecil memang sentiasa ingin tahu jadi sudah menjadi tugas kita sebagai ibu bapa untuk memastikan si kecil tidak membuat perkara yang bukan-bukan.

Risiko membela kucing bersama bayi

Membela haiwan berbulu berdekatan bayi yang masih sensitif dalam banyak perkara memang agak merisaukan.

Memang tidak dinafikan terdapat risiko yang boleh terjadi sekiranya anda membela kucing bersama bayi di dalam rumah. Antaranya:

  • Toksoplasmosis. Selain dari kucing, buah-buahan dan sayur-sayuran serta daging yang mentah juga boleh menjadi punca toksoplasmosis. Ianya lebih mudah terjangkiti kepada anak kecil yang mempunyai imunisasi badan lemah, atau ibu-ibu mengandung. Gejala ini turut menjejaskan bayi dalam kandungan. Toksoplasmosis berupaya menyebabkan bayi yang baru lahir mengalami demam kuning, kekejangan, pembesaran organ hati atau limpa, ruam serta mikrosefalus.
  • Tertelan bulu kucing. Bulu kucing yang sangat halus pasti akan terbang di udara. Si manja turut berisiko menghidu atau tertelan bulu-bulu tersebut. Bayi yang sedang membesar sering didorong oleh perasaan ingin tahu, dia mungkin berasa tertarik dan berusaha untuk menyentuh kucing. Sifat bulu yang mudah tertanggal boleh melekat pada tangan si manja. 
  • Isu cemburu. Bukan pasangan sahaja yang boleh cemburu tetapi kucing anda juga boleh berasa cemburu dengan kehadiran si kecil! Apabila kucing anda mula cemburu, ia mungkin menjadi agresif dan rasa terancam.

Perlukah ibu ayah hantar kucing kepada tuan baru?

bela kucing di dalam rumah

Jawapnnya adalah tidak! Kucing pasti akan berasa sedih dan keliru mengapa ia dihantarkan ke rumah baharu.

Sekiranya ibu ayah sudah membela kucing sebelum kehadiran si manja, anda boleh mengubah persekitaran rumah supaya bersesuaian seperti menyediakan sebuah bilik khas untuk kucing.

Pengasingan bilik ini membolehkan haiwan peliharaan berada tidak begitu dekat dengan bayi sehinggalah usia yang bersesuaian.

Secara konklusinya, jika anda hendak membela kucing dalam kehadiran seorang bayi, teruskanlah. Ada baiknya juga anda memperkenalkan konsep menjaga haiwan peliharaan kepada si manja sejak kecil supaya mereka boleh belajar tentang haiwan dan cara penjagaannya. 

Healthline, PetMD

Baca juga: Pada Mulanya Ibu Sangka Kudis Biasa, Rupanya Anak Telah Dijangkiti Sporo Kucing

Baca juga: Bahaya Kucing Bagi Ibu Hamil, Hati-Hati Jika Tak Mahu Datangkan Mudarat Pada Kandungan

Baca juga: 24 Foto Persahabatan Bayi Dan Kucing Yang Akan Buat Hati Anda Cair

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!
Kongsikan:
  • Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

    Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

    Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.