Wanita selalu ingin kelihatan cantik dan mempunyai banyak pilihan untuk melakukannya. Mata merupakan salah satu aset yang penting untuk menonjolkan kecantikan. Sebab itu ramai yang mengubah penampilan dengan menggunakan bulu mata palsu.
Namun ada juga wanita yang sanggup untuk cantik dengan buat sesuatu yang “ekstrem”! Contohnya seperti membuat implan bulu mata dahsyat ini!
Bulu mata palsu biasa boleh ditanggalkan dengan dibilas air, tetapi implan bulu mata pula bersifat kekal kerana ‘ditanam’ pada kelopak mata.
Bulu Mata Palsu Dengan Implan Bulu Kemaluan
Pixee Fox merupakan seorang wanita yang obses dengan pembedahan plastik. Sehingga kini, dia telah menjalani lebih 200 pembedahan plastik dan pelbagai lagi prosedur kecantikan.
Baru-baru ini, wanita itu mengaku yang dia menjalani implan bulu mata. Tambah mengejutkan, dia tidak melakukan dengan bulu mata palsu biasa, tetapi menggunakan bulu kemaluannya sendiri. Ouch!
Pixie adalah orang pertama di dunia yang melakukan implan bulu mata dengan menggunakan bulu kemaluan!
Sebelum ini, Pixee dikenali dengan obsesi ingin tampil sebagai watak kartun. Malah dia telah melakukan pembedahan pembesaran payudara sebanyak 4 kali sehingga saiz payudaranya menjadi saiz 30J.
Selain itu, dia pernah menjalani pembedahan plastik ekstrem di mana warna korneanya diubah menjadi warna biru.
Sering Menjalani Pembedahan Plastik Ekstrem
‘Ratu Pembedahan Plastik’ ini juga pernah membuang 6 tulang rusuk untuk mendapatkan pinggang sangat ramping seperti watak kartun!
Walaupun begitu, dia masih tidak berpuas hari dan ingin melakukan implan di bahagian rambut depannya. Namun, Dr Terry dan Dr Paul menolak untuk melakukannya kerana bagi mereka rambut wanita itu sudah cukup sempurna.
Bulu Mata Palsu Di Awal Penggunaannya
Tiada siapa yang sebenarnya tahu siapa yang mencipta bulu mata palsu. Pada tahun 1911, Anna Taylor, seorang wanita asal yang berasal dari Kanada telah membuat bulu mata palsu dengan menggunakan kain nipis dan halus, dan ditanam pada rambut yang melengkung.
Pada tahun 1915 pula, Karl Nesser, seorang penggaya rambut telah membuka salun rambut di New York dan menjual bulu mata. Bulu mata palsu menjadi popular pada tahun 1916 apabila disensasikan oleh seorang pelakon Hollywood, D.W Griffith.
Mulai saat itu, ramai bintang Hollywood menggemari bulu mata palsu, contohnya Marilyn Monroe dan Rita Hayworth. Bahan material juga semakin berkualiti dan mula menjadi barang yang dianggap mahal!
Tetapi yang pasti, implan bulu kemaluan untuk dijadikan bulu mata sendiri adalah kes yang paling ekstrem. Sanggupkah anda membuat perkara sebegini untuk cantik?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Obses nak jadi Angelina Jolie, remaja ini sanggup buat 50 pembedahan plastik