Penis anak nampak terlalu kecil? Mungkin dia alami Buried Penis Syndrome!

Mesti anda terkejut apabila melihat saiz penis anak yang terlalu kecil. Apakah cara dan rawatan yang boleh dilakukan? Jika tidak dirawat, iag boleh menganggu psikologi anak bila dewasa kelak!

Ibu bapa mana yang tak risau apabila bayi mengalami Buried Penis Syndrome yang dikaitkan dengan saiz penis yang terlalu kecil dan kelihatan tersembunyi di sebalik lipatan lemak kulit ini. 

Sindrom ini sinonim berlaku pada bayi lelaki yang baru dilahirkan. 

Apa itu Buried Penis Syndrome? 

Buried Penis Syndrome adalah zakar seolah-olah tersembunyi separuh atau sepenuhnya di bawah lipatan kulit di kawasan alat kelamin. 

Selalunya, penis kecil ini mempunyai saiz dan fungsi yang normal tapi dalam kes yang lebih teruk, batang dan kepala penis tidak dapat dilihat sama sekali! 

Zakar dibalut atau dilindungi dengan sarung kulit sama rata di sekeliling kawasan alat kelamin lelaki itu.

Walau bagaimanapun, sesetengah bayi lelaki mempunyai kulit alat kelamin yang tidak sekata semasa berada dalam kandungan ibu lagi. Ia dikenali sebagai kecacatan kongenital

Jika tidak dirawat, ia boleh memberi kesan psikologi yang teruk dalam hidup anak tersebut apabila dewasa kelak.

Punca Buried Penis Syndrome 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan alat kelamin bayi lelaki kecil dan tersembunyi. Ini antara punca-puncanya:

• Keabnormalan semasa lahir (kongenital): Ligamen yang melekatkan zakar kepada struktur asas mungkin lebih lemah daripada biasanya.

• Obesiti: Lebihan lemak di sekeliling kawasan perut dan kelamin boleh menyembunyikan zakar di dalam tisu lemak dan kulit

• Lymphedema: Bengkak di sekitar kawasan skrotum kerana pengumpulan cecair limfa dan menyebabkan zakar tersembunyi dalam lemak kulit. 

• Pembuangan kulup yang salah: Sindrom ini juga boleh terjadi apabila kulup zakar tidak dikeluarkan sepenuhnya semasa berkhatan

Kesan-kesan Buried Penis Syndrome

Mempunyai zakar yang tersembunyi boleh merumitkan keadaan apabila ingin membersihkan.

Malah, anak yang sudah tahu menggunakan tandas akan mengalami masalah aliran air kencing yang tak betul. 

Apabila remaja dirawat dengan sindrom ini, mungkin timbulnya beberapa kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan fizikal dan psikologi anak tersebut seperti:

  • Kesakitan ketika kencing 
  • Keradangan kulup 
  • Masalah aliran kencing kerana sukar memegang zakar.
  • Ketidakupayaan untuk kencing sambil berdiri atau duduk 
  • Kesulitan membersihkan alat kelamin. 
  • Jangkitan saluran kencing 
  • Ketidakupayaan untuk melakukan hubungan seksual 
  • Ereksi yang menyakitkan 
  • Anak malu apabila telanjang di hadapan orang lain dengan keadaan penis yang kecil. Mungkin orang boleh mengejeknya kerana memiliki penis bersaiz itu.
  • Gangguan emosi seperti rendah diri dan kemurungan

Pembedahan untuk perbetulkan keadaan Buried Penis Syndrome 

  • Pembedahan boleh memperbetulkan kembali keadaan penis bayi tersebut. Sekaligus meningkatkan kembali imej diri mereka apabila dewasa nanti. 
  • Ibu bapa dinasihatkan untuk menggalakkan anak menurunkan berat badan berlebihan sebelum menjalani pembedahan. 
  • Apa yang doktor akan lakukan adalah menyingkirkan kulit tersebut atau bersunat. Paling tidak doktor akan memperbaiki sambungan zakar ke struktur dalamannya. 
  • Pembedahan ini biasanya mengambil masa kira-kira 60 hingga 90 minit bergantung kepada kes. 

Komplikasi yang mungkin berlaku kesan daripada prosedur tersebut

  • Zakar membengkak
  • Sakit semasa membuang air kecil 
  • Penurunan sensitiviti di kawasan yang dicantum
  • Peningkatan kulit yang berterusan meliputi zakar 
  • Lemak boleh terkumpul semula 

Langkah-langkah penjagaan 

Sebelum pembedahan

  • Kanak-kanak tersebut perlu berpuasa sebelum melakukan pembedahan. 
  • Jangan beri anak makan motrin, advil, ibuprofen atau aspirin dalam masa 14 hari sebelum pembedahan.
  • Tylenol dan acetaminophen dibolehkan. 
  • Maklumkan kepada doktor jika anak mengalami demam. Ia penting kerana boleh menjejaskan hasil pembedahan. 

Semasa pembedahan 

  • Doktor akan memberikan maklumat tentang apa yang boleh dan tak boleh dimakan sebelum pembedahan. 
  • Pastikan mengikut arahan yang ditetapkan. 
  • Doktor boleh membatalkan pembedahan sekiranya anda tidak mematuhi arahan atau jadual. 

Selepas pembedahan 

  • Mungkin zakar anak anda sedikit berdarah di sekitar pembalut. Tapi jangan panik ia adalah normal. 
  • Gunakan minyak yang sesuai untuk membuang pelekat di sekitar kawasan penis. 
  • Dalam masa yang sama  doktor akan memberikan ubat yang sesuai untuk anak anda. 
  • Untuk dua hari pertama selepas pembedahan, mandikan bayi dengan membasahkan tubuhnya sahaja. Selepas beberapa minggu, letakkan si kecil dalam tab mandi selama 5 ke 10 minit. 
  • Berikan susu ibu, jus buah atau air kosong kepada bayi anda. (Jika berumur enam bulan ke atas baru boleh beri air selain susu ibu) 
  • Hadkan aktiviti fizikal kepada anak selama dua minggu. 
  • Jangan biarkan anak anda berenang kerana mungkin dia boleh mendapat jangkitan dari air kolam tersebut. Jika sudah sembuh dalam dua ke tiga minggu barulah dia boleh teruskan ativiti ini. 

Menurut kajian dari Hospital di Taiwan, pembedahan zakar ini boleh dilakukan sebaik anak boleh berjalan dan lemak perutnya semakin berkurang. 

Kajian ini juga membuktikan bahawa pembedahan lebih berjaya jika dilakukan ketika usia kanak-kanak berbanding sewaktu remaja. 

Hal ini kerana, apabila pertambahan usia, saiz panjang penis akan meningkat dan lemak pangkal paha juga turut bertambah. Sekaligus ia membuatkan pembedahan menjadi lebih sukar. 

Rawatan dan kesembuhan ini terletak pada pengurusan pembedahan yang betul pada anak lelaki anda. 

Semoga pendedahan ini membuatkan anda lebih terbuka untuk periksa fizikal anak supaya semuanya dalam keadaan normal dan sempurna. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Paul. Artikel ini mendapat keizinan daripda theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa