X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan Anak Lelaki

4 min bacaan
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan Anak Lelaki

Apabila tiba masanya, anak-anak lelaki harus dikhatankan. Mari kita lihat beberapa perkara penting yang harus kita ketahui tentang berkhatan.

Berkhatan adalah sesuatu yang lebih sinonim dengan orang Islam, walaupun pada hakikatnya fahaman Yahudi dan ajaran Kristian juga ada menganjurkannya.

Hukumnya adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan. Bagi perbincangan kali ini, hanya khatan lelaki yang akan disentuh.

Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan Anak Lelaki

Kredit: freemalaysiatoday.com

Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah dibuktikan termasuk:

1# Jangkitan saluran kencing (UTI)

10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.

2# Kanser alat kelamin

3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

3# Penyakit kelamin

Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Bawa Bayi Lelaki Sunat Seawal 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Mereka!

4# Phimosis

Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada rawatan.

5# Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya.

Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Prosedur Berkhatan

berkhatan

Kredit: Freepik

Prosedurnya agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara.

1# Kaedah berkhatan konvesional atau ‘dorsal slit’

Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.

2# Kaedah berkhatan ‘laser’

Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

3# Kaedah berkhatan sepitan atau ‘clamp’

Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti ‘Plastibell’, Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun.

Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan khatan pada bayi.

Penjagaan selepas berkhatan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan Anak Lelaki

Kredit: bumbumcak.my

Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

1# Bersih dan kering

Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi.

Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis.

Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.

2# Pengambilan ubat

Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

3# Biarkan mereka berehat

Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengka surut sepenuhnya.

4# Berpakaian longgar

Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.

5# Bertemu doktor

Dapatkan nasihat doktor jika:

  1. pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
  2. bengkak berterusan selepas 2 minggu
  3. sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
  4. bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
  5. kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

Rujukan:

  • All About Circumcision
  • Circumcision
  • Penjagaan selepas berkhatan
  • Hukum Berkhatan Lelaki dan Perempuan

Baca juga: Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan Anak Lelaki
Kongsikan:
  • Sunat Bayi Lelaki Boleh Dilakukan Seawal Usia 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Ibu & Ayah!

    Sunat Bayi Lelaki Boleh Dilakukan Seawal Usia 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Ibu & Ayah!

  • Ragam si kecil umur 1 tahun sebulan, sama tak dengan anak anda?

    Ragam si kecil umur 1 tahun sebulan, sama tak dengan anak anda?

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Sunat Bayi Lelaki Boleh Dilakukan Seawal Usia 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Ibu & Ayah!

    Sunat Bayi Lelaki Boleh Dilakukan Seawal Usia 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Ibu & Ayah!

  • Ragam si kecil umur 1 tahun sebulan, sama tak dengan anak anda?

    Ragam si kecil umur 1 tahun sebulan, sama tak dengan anak anda?

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.