Boleh tak anda bayangkan… anda berkahwin dengan lelaki yang anda ingat anda sudah kenal luar dalam, tapi akhirnya anda dapat tahu dia sanggup cabul anak sendiri?
Itulah yang dirasai baru-baru ini oleh seorang ibu berusia 32 tahun yang dapat tahu suaminya dituduh mencabul ketiga-tiga anak perempuan mereka.
Anak perempuan mereka yang berusia satu, tiga dan lima tahun itu mengadu bapa mereka telah mencabul mereka berulang kali dengan memasukkan jari ke dalam alat sulit mereka.
Bapa ditahan kerana cabul anak
“Pendedahan ini membuatkan anak-anak perempuan ibu ini yang lain turut memberitahu yang mereka juga telah dicabul bapa mereka dengan cara yang sama.” katanya lagi.
Dikatakan juga yang kanak-kanak berusia tiga tahun ini telah memberitahu perkara yang sama tentang bapanya kepada neneknya setahun yang lepas, tapi tak ada siapa yang percayakannya.
Ahmad Dzaffir berkata, ketiga-tiga kanak-kanak ini telah dihantar ke Hospital Kajang untuk diperiksa.
“Doktor menemui koyakan lama dalam faraj mangsa-mangsa ini tapi tiada tanda gangguan pada dubur,” tambahnya lagi.
Pasangan ini telah berkahwin selama lapan tahun dan mempunyai empat orang anak termasuk anak sulung lelaki berusia tujuh tahun.
Polis telah menangkap bapa tersebut di tempat kerjanya pada 25 Oktober di Sungai Long.
“Dia ditahan reman dan kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Jika disabit kesalahan, bapa cabul anak ini boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.
Cabul anak: Bagaimana untuk tahu anak kena gangguan seksual?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore, Unicef
Baca juga:
Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!