Cacar Monyet (Monkeypox): Simptom, Rawatan & Risiko Jangkitan Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

Cacar monyet atau monkeypox sejenis penyakit yang dikesan pertama kalinya di Afrika pada tahun 1970. Ibu ayah dinasihatkan sentiasa berwaspada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas Covid-19, dunia dikejutkan dengan kemunculan penyakit baharu dikenali sebagai cacar monyet. Meskipun ketika ini pihak KKM mengesahkan bahawa tidak menerima sebarang kes melibatkan penyakit ini, namun persediaan awal telah dibuat bagi mengekang penularannya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cacar monyet atau monkeypox telah wujud pada tahun 1980 dalam seekor tikus
  • Jangkitan monkeypox dan simptom yang dialami oleh pesakit
  • Risiko jangkitan cacar monyet pada kanak-kanak adalah rendah

Penyakit cacar monyet atau monkeypox muncul akibat jangkitan virus dari kumpulan orthpoxviruses.

Cacar monyet atau monkeypox telah wujud pada tahun 1980 dalam seekor tikus

Difahamkan bahawa monkeypox ini mirip dengan penyakit cacar (smallpox) di mana ia telah dihapuskan melalui program imunisasi cacar pada 1970 di seluruh dunia.

Apa yang mengejutkan ialah pembawa utama virus monkeypox ini adalah tikus. Ia dinamakan cacar monyet kerana kemunculan pertamanya dalam monyet makmal pada akhir tahun 1950. Malangnya saintis belum dapat tentukan sama ada monyet merupakan haiwan pembawa utama atau tidak.

Malaysia juga telah menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai penyakit ini. Pelbagai informasi disediakan untuk pengetahuan ibu ayah dan seluruh masyarakat agar anda sentiasa melindungi diri dan keluarga.

Jangkitan monkeypox dan simptom yang dialami oleh pesakit

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan ada tiga cara penyakit monkeypox ini tersebar dalam kalangan manusia iaitu:

  1. Gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka haiwan yang dijangkiti.
  2. Melalui titisan pernafasan (apabila terdapat kontak bersemuka yang berpanjangan).
  3. Kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopopular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.

Untuk pengetahuan ibu ayah, virus ini mengambil masa antara 6 hingga 21 hari untuk inkubasi dan seseorang yang dijangkiti berupaya mengalami beberapa simptom berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ruam makulopapular yang berula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain.
  2. Demam
  3. Keletihan
  4. Sakit kepala
  5. Lenguh tubuh badan
  6. Sakit bahagian belakang badan atau sendi
  7. Kejang otot
  8. Pembengkakan kelenjar limfa

Jangkitan monkeypox boleh sembuh sendiri dalam masa 2-4 minggu tanpa sebarang rawatan khas. Namun gejala yang lebih teruk boleh menyerang kanak-kanak bergantung pada tahap pendedahan virus dan status kesihatan.

Dalam laporan diberikan CDC Atlanta, buat masa ini terdapat empat cara rawatan monkeypox;

  1. Vaksin cacar (smallpox)
  2. Ubat antivirus cidofovir
  3. Tecovirimat
  4. Vaccinia immunoglobulin (VIG)

Dalam pautan Facebooknya, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan soalan lazim yang telah dikemas kini pada 21 Mei 2022 untuk panduan ibu ayah dan seluruh masyarakat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko jangkitan cacar monyet pada kanak-kanak adalah rendah

Pakar-pakar kesihatan Britain meminta agar ibu bapa kekal bertenang dalam berdepan penularan wabak cacar monyet kerana jangkitan ke atas golongan kanak-kanak adalah sangat jarang berlaku, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Pakar perubatan juga memaklumkan bahawa jika ibu bapa mengesan ruam pada kanak-kanak, ia lebih berkemungkinan disebabkan oleh campak atau penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Perunding Penyakit Berjangkit Pediatrik Alder Hey Children, Dr. David Porter  yang telah meneliti wabak semasa dan kes-kes lepas menjelaskan kebarangkalian jangkitan cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pada pendapat profesional saya, ibu bapa tidak perlu risau jika anda mengesan kesan ruam pada badan anak kerana kemungkinan ia adalah cacar monyet sangat rendah.

“Berdasarkan kajian ke atas wabak ini sejak beberapa tahun lepas, cacar monyet adalah cenderung menyerang golongan dewasa dan jarang ditemui pada kanak-kanak,” jelas Porter.

Diharapkan semoga penyakit ini tidak menular ke negara kita. Ibu ayah dinasihatkan mempertingkatkan kebersihan anak-anak kecil dan sebolehnya elakkan berada di tempat awam sementara waktu ini.

Adalah lebih baik jika kita menjaga anak di rumah berbanding kena jaga mereka di wad hospital. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak Berusia 2 Tahun Ini Terserang Cacar Air Yang Terparah Di Dunia Perubatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

Baca juga: Tanda-Tanda Meningitis Pada Anak, Parents Perlu Alert Kerana Jangkitan Ini Boleh Bawa Maut

Penulis

Ain Yusof