X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Lepas Bersalin Caesar,Doktor Mesti Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Ibu-Ibu Ini Kongsi Cara Mereka Boleh Kentut

4 min bacaan
Kenapa Lepas Bersalin Caesar,Doktor Mesti Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Ibu-Ibu Ini Kongsi Cara Mereka Boleh Kentut

Pasti ada ibu yang tertanya-tanya kenapa doktor tanya sama ada dah kentut atau belum ketika membuat pemeriksaan kesihatan selepas mereka bersalin.

Pelbagai pengalaman bersalin oleh ibu hamil pernah kita baca. Antaranya ada yang pelik kenapa doktor mesti tanya sudah kentut atau belum selepas kita bersalin caesar?

Bagi ibu yang tidak tahu, ada yang pernah ingat doktor hanya mahu bergurau. Tetapi sebenarnya soalan itu adalah soalan wajib untuk ibu baru lepas bersalin caesar. 

Diketehui, apabila bersalin caesar banyak prosedur yang dilakukan termasuklah perut dibedah hingga tujuh lapisan. Jadi jangan ingat mudah-mudah saja doktor belah perut ibu ini ya.

Lepas bersalin caesar mesti doktor tanya dah kentut atau belum, kenapa?

caesar

Kredit: kurio.id

Kali ini kami kongsikan pengalaman dialami ibu-ibu yang pernah bersalin caesar, dan apa kaitannya dengan kentut yang menjadi soalan wajib yang akan doktor tanya ketika pemeriksaan selepas ibu bersalin.

Menurut ibu-ibu ini, ia penting bagi memastikan usus ibu berfungsi normal seperti sediakala selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Sekiranya tidak kentut atau buang air besar dalam beberapa jangka masa yang sepatutnya, dikhuatiri adalah masalah pada usus mereka.

Berikut adalah beberapa perkongsian dan pengalaman sendiri dari ibu-ibu yang berkongsi mengenainya:

“kentut tu sebenarnya nak tgok usus kita dah berfungsi atau belum. saya lepas cser pagi2 dah kentut2 je.”

“Soalan tu penting sebenarnya..sbb Masa czer..doktor ad kacau usus bahagian dlm“

“Saya pon doc ada masuk tanya dh kentut ke ingatkn doc tu nak bergurau”

“Saya czer 12.30am pastu tgh hari suami hantar buah sunkist siap potong. Makan skli lunch. Petang kentut dah. Saya tak tahu lah seba sunkist ke memang sebab saya nak kentut”

“Ha kan sy misi tanya dah kentut ke? Sy blur kejap ingat balik aku dah kentut ke belum ekk hahahaha nak jawab pun gagap“

“Saya tanya gak doc haritu..kenape tanya dah kentut ke blm..saya pun czer..doc tu kate kalau dah kentut tu maknenya perut kita dah bgn dah okay.. saya cakap tak kentut pun tapi dah berak dah..dia jawab okay la tu“

“First lepas czer.. asyik kentut je. Lepas tu baru misi tanye dah kentut ke. Baru tau kentut tu penting lepas czer.”

Kalau tak kentut atau buang air besar pasti ada tak kena

caesar

Kredit:theasianparent

Ada juga yang ibu yang berkongsi pengalaman, selepas caesar beliau tidak kentut dan buang air besar selama tiga hari. Doktor yang merawat ibu ini akhirnya buat xray dan didapati ibu berkenaan mengalami usus bengkak.

Akhirnya beberapa prosedur terpaksa dijalankan bagi merawat masalah itu. Jadi bukan main-main ya jika tak kentut selepas pembedahan. Mungkin anda sedang alami perkara yang boleh membahayakan nyawa. 

Ibu-ibu kongsi pengalaman cara pastikan anda dapat kentut selepas caesar

caesar

Kredit:theasianparent

Soalan yang wajib doktor tanya ini penting untuk dijawab dengan jujur. Selagi anda tidak kentut atau buang air besar, anda selalunya tidak dibenarkan untuk discharged ya!

Jadi kami kumpulkan petua ibu-ibu yang pernah alami sendiri supaya anda dapat kentut selepas pembedahan. 

Cara pertama yang biasa diamalkan di negara Barat:

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
  1. Cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan
  2. Minum tea molasses
  3. Kunyah chewy gum (ia akan membantu usus untuk lebih cepat bertindak)
  4. Peppermint , boleh di ambil sebagai teh atau minyak sapu ( awas, ia boleh mengurangkan susu sekiranya ibu menyusu badan
  5. Minum air panas, ia boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan.

Cara kedua adalah cara yang biasa diamalkan masyarakat Melayu:

  1. Bangun seawal mungkin dan berjalan. Kalau luka caesar sakit masa berjalan pegang perut atau guna bengkung yang sesuai untuk caesar.
  2. Sapu minyak pada perut, peha dan belakang. Pastikan minyak tidak panas kerana takut jika kulit anda tidak tahan
  3. Minum air coklat
  4. Baring mengiring dan bengkokkan kaki

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Baca juga: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

Baca juga: Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Kenapa Lepas Bersalin Caesar,Doktor Mesti Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Ibu-Ibu Ini Kongsi Cara Mereka Boleh Kentut
Kongsikan:
  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.