Disebabkan PKPD, Ibu Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan, Polis Tak Benarkan Pergi Temujanji Doktor

Sedih apa yang berlaku padaibu ini, menanti cahaya mata pertama dengan penuh sabar, malangnya kandungan gugur kerana tak boleh berjumpa doktor ekoran PKPD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular baru-baru ini, pasangan yang menantikan cahaya mata pertama mereka dikatakan kehilangan bayi dalam kandungan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan. 

Menurut laporan dari portal In Real Life, suaminya yang bernama Ayie, bekerja sebagai pemandu dan kawasan yang mereka duduki di Bandar Baru Sentul telah dibawah PKPD sejak 3 Julai lalu.

Menurut Ayie, isterinya hamil sejak Mei lalu dan ini merupakan kehamilan kedua mereka, berikutan kehamilan pertama juga mengalami keguguran.

Dilarang ke janji temu doktor untuk pemeriksaan kehamilan cahaya mata yang pertama

Menurut ibu malang berkenaan, janji temunya dengan doktor dijadualkan pada 6 Julai dan memaklumkan kepada polis bahawa dia telah mengalami pendarahan dan perlu segera berjumpa dengan doktor.

Walau bagaimanapun pihak polis mengatakan bahawa perkara ini bukanlah kecemasan dan mereka diminta untuk tidak keluar dari kawasan rumah.

Namun setelah berkali-kali si suami merayu bahawa ini adalah kes kecemasan memandangkan kehamilan isterinya kali ini adalah dalam kategori berisiko tinggi, akhirnya polis itu menghubungi pasukan perubatan bergerak.

Dan selepas 3 jam, van KKM pun tiba untuk merawat si isteri. Dan selepas membuat ujian swab dan diperiksa tekanan darah, petugas kesihatan menasihatkan mereka untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur bagi membuat pemeriksaan susulan. 

Mereka tidak dibenarkan ke klinik swasta di mana klinik temu janji yang sepatutnya ekoran SOP yang perlu diikut. 

Walau bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital mereka perlu berhenti di klinik kerajaan atas prosedur tertentu. Dan tibanya di klinik kerajaan mereka katakan ia adalah kes biasa dan tidak perlu ke hospital. Malah tiada scan kandungan dilakukan, jadi mereka tidak tahu keadaan bayi yang sebenar. 

Dan apa yang lebih menyedihkan mereka diminta pulang ke rumah sambil dibekalkan beberapa ubat untuk menghentikan pendarahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya dibenarkan ke klinik selepas 3 hari pendarahan, namun cahaya mata sudah tiada

Selepas 3 hari ekoran kejadian itu, Ayie sekali lagi mencuba nasib dengan merayu pada pihak polis untuk membenarkan mereka ke klinik yang sepatutnya. Dan mengejutkan, kali ini mereka dibenarkan pula, kerana ia adalah kes kecemasan.

Kata Ayie, ini sepatutnya berlaku pada awalnya dia meminta untuk pergi ke temu janji doktor pada 3 hari yang lepas. 

Malangnya sebaik membuat pemeriksaan di klinik swasta terbabit, doktor tidak dapat mengesan degupan jantung bayi dan bayi mereka dikatakan sudah meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Peristiwa hitam ini berlaku pada 9 Julai, pada hari jadi saya, cahaya mata saya mati dalam kandungan,” katanya.

Dia yang trauma akibat pengalaman mendukacitakan itu berkata, ia tidak sepatutnya terjadi.

“Saya sangat sedih. Saya mahu masyarakat tahu tentang kejadian ini untuk mewujudkan kesedaran supaya tiada siapa dihalang untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya kepada FMT.

“Saya harap tiada ibu lain yang kehilangan anak disebabkan PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan),” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suaminya yang berusia 32 tahun memberitahu Free Malaysia Today (FMT) mereka telah membuat laporan polis di Sentul.

Katanya, isterinya dijadualkan menjalani pemeriksaan pada 6 Julai selepas imbasan pada 26 Jun mendapati dia mengalami pendarahan.

Doktor telah mengkategorikan kes ini sebagai kes berisiko tinggi kerana sebelum ini isterinya pernah mengalami keguguran, tambahnya.

Menurut laporan dari MSN pula, Polis Sentul dalam kenyataan mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, berkata siasatan mendapati lelaki berkenaan dinasihatkan merujuk perkara itu kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang bertugas di kawasan PKPD itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Untuk ibu ayah yang mempunyai kandungan berisiko tinggi lagi-lagi bakal menimang cahaya mata pertama, tolonglah alert tentang perkara ini, sentiasa peka kes sebegini adalah kes kecemasan, dan hubungi pihak yang sepatutnya sekiranya pihak berkuasa tidak membenarkan. Tentunya kisah kecuaian sebegini tidak boleh berlaku lagi. 

Jika anda punyai buku pink, tunjukkan pada pihak berkuasa kerana tentunya di buku itu tertera status kehamilan anda sama ada berisiko tinggi atau tidak.

Foto: In Real Life

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wanita Mempunyai Pangkal Rahim Yang Lemah, 8 Kali Keguguran dan Kini Hamil, Ini Sebabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan