Cairan Pra Ejakulasi Atau Air Madzi Boleh Sebabkan Kehamilan? Ini Penjelasan Pakar

Ramai suami isteri yang tertanya-tanya, adakah cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan? Jawapannya ada di sini, menurut pandangan pakar sendiri!

Untuk mana-mana pasangan yang tidak merancang kehamilan, pasti anda tertanya-tanya, adakah cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan? Ha… jom kita semak tentang isu ini menurut pandangan pakar.

Ramai sebenarnya yang keliru antara cairan ejakulasi dan cairan pra ejakulasi. Ramai yang menganggap kedua-dua cairan ini sama, dan mengandungi sperma. 

Namun, pakar menjelaskan — sebahagian sperma yang ada dalam cairan pra ejakulasi sebenarnya sudah mati, atau tiada sama sekali!

Cairan pra ejakulasi, atau pre cum adalah cairan yang dilepaskan zakar saat terangsang. Sebenarnya, kaum lelaki tidak dapat mengawal pun pengeluaran air madzi ini!

Menurut Islam dan sains sendiri, cairan pra ejakulasi, atau air madzi adalah cairan yang keluar saat munculnya syahwat. Ia sama ada ketika bermesraan dengan isteri, ketika foreplay, atau ketika melihat dan berkhayal tentang sesuatu yang ke arah jima’.

Kadang-kadang, cecair pra ejakulasi ini keluar tanpa dirasa! Menurut ulama, cairan pra ejakulasi adalah najis, dan umat Islam diperintahkan untuk mencucinya sebelum solat.

Tapi soalannya di sini, adakah cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan?

Adakah cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan?

Menurut Dr. Deb Laino, seorang pakar terapi seks di Delaware, pra ejakulasi memiliki banyak ciri-ciri yang sama dengan ejakulasi, jadi ia juga mengandungi sperma.

Akan tetapi, menurut American Pregnancy, untuk soalan adakah cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan — jawapannya TIDAK!

Namun, masih ada kes di mana beberapa wanita hamil kerana cairan pra ejakulasi ini. Akan tetapi, kes ini merupakan kes yang jarang berlaku.

Sebab itu, jika anda tidak merancang untuk tambah anak, sebaiknya anda mengamalkan beberapa cara mencegah kehamilan yang ada di pasaran kini. Antara cara yang paling mudah adalah dengan memakai kondom.

Cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan: Cairan ini berasal dari tempat berbeza dari sperma

Laino juga menegaskan, cairan pra-ejakulasi dan cairan ejakulasi itu sendiri berasal dari tempat yang berbeza.

Cairan pra-ejakulasi terhasil dari kelenjar Cowper, manakala air mani pula berasal dari testikal (buah zakar).

Bagi suami yang sihat dan terangsang, kelenjar Cowper (juga dikenali sebagai kelenjar Bulbourthral) menghasilkan cecair pra-ejakulasi. Ia kemudiannya mengalir ke uretha – tabung yang sama di mana air mani dan air kencing mengalir melalui zakar.

Itulah mungkin sebabnya mengapa cairan pra ejakulasi dapat menyebabkan kehamilan. Peluang terjadinya kehamilan juga boleh meningkat jika cairan pra-ejakulasi ini dilepaskan berhampiran bibir vagina, lalu memudahkan cecair meluncur ke dalam saluran faraj itu.

Jadi, jika anda tidak merancang untuk hamil, amalkan seks yang selamat bersama pasangan, dan ketahui kaedah-kaedah pencegah kehamilan yang ada di pasaran supaya anda tidak “terbabas”.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda! 😉

Sumber rujukan: American PregnancyCosmopolitan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-elak-hamil-selepas-pancut-dalam/

Penulis

Ayu Idris