Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Cuti sekolah sudah pasti menjadi musim mencabar bagi ibu bapa kerana pening nak pilih tempat menarik untuk bercuti. Selain berkelah di pantai, apa kata kali ini bawa anak-anak untuk merasai pengalaman berkhemah di camping site Selangor yang mungkin tidak dapat dilupakan.
Perkhemahan bersama anak-anak dapat memberi mereka peluang meneroka dunia baru dengan bermain dan memerhati perkara-perkara disekelilingnya. Alangkah seronoknya jika mereka dapat melihat sekali bintang-bintang yang berkelipan pada waktu malam.
Bagi ibu bapa yang ingin kenalkan anak-anak dengan alam semulajadi buat pertama kali, jom lihat senarai camping site Selangor yang menjanjikan percutian seisi keluarga mesra alam dan paling best untuk bercamping, pasti anak-anak suka!
Jika anak gembira, emosi mereka akan menjadi lebih produktif dan bersemangat. Bahkan, imuniti juga menjadi kuat. Bolehlah anda pergi pada hujung minggu ini!
Sebelum pergi berkhemah dengan anak-anak, ada beberapa yang perlu diberi perhatian, antaranya:
- Pilih lokasi yang sesuai dengan anak-anak. Cari camping site yang mudah dijumpai dan persekitaran yang tenang supaya anak tidak mudah sesat dan tidur nyenyak.
- Sediakan peti kecemasan dan ambil tahu ilmu asas pertolongan cemas.
- Bawa keperluan sesuai mengikut keadaan cuaca. Jika sejuk di malam hari, bawa stokin tebal dan bawa tirai jaring supaya anak tidak kena gigitan serangga.
- Rancang pemanduan pergi dan balik.Elakkan pergi pada waktu malam kerana haiwan liar aktif pada waktu ini.
- Sekiranya terdapat perubahan cuaca, pertimbangkan sebaik mungkin. Batalkan segera jika tidak sedap hati.
Senarai camping site Selangor yang menarik
1. Pusat Rekreasi Sungai Congkak
Bagi yang mencari tempat camping site Selangor yang mempunyai suasana sejuk dan berbukit dan sesuai untuk kumpulan besar, anda boleh pilih untuk berkhemah di Pusat Rekreasi Sungai Congkak. Selain menyediakan tapak perkhemahan yang luas, terdapat chalet untuk diinap pada waktu malam yang dikelilingi dengan hutan hijau dan air sungai yang jernih.
Jika anda bercadang membawa banyak perkakas dan peralatan, kenderaan boleh dibawa masuk dan diletakkan berhampiran dengan tapak perkhemahan.
Ini adalah tempat terbaik untuk berkhemah, berkelah, BBQ dan mandi-manda bersama dengan seisi keluarga.
2. Resort Taman Rimba Komanwel
Terletak di pinggir hutan simpan Bukit Lagong, Resort Taman Rimba Komanwel antara hutan terkenal bersebelahan antara Templer Park dan Hutan Taman Rimba Eko Kanching. Dengan tapak perkhemahan yang luas dikelilingi dengan kolam yang indah. Sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berkayak!
Namun, bagi mereka yang membawa anak kecil, pastikan anda sentiasa mengawal dan mengawasi pergerakan mereka dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Terdapat juga kemudahan BBQ, tempat berkelah dan kafe yang menyajikan hidangan tempatan.
3. The Nest MAEPS Serdang
Bagi yang sukakan cabaran dan tidak jauh dari bandar, The Nest MAEPS Serdang adalah pilihan yang terbaik untuk bersantai dengan keluarga. Ada aktiviti menarik seperti memanah, berkayak, memasak di hutan belantara, memanjat pokok dan banyak lagi.
Walaupun tempatnya kecil, kemudahan awam turut tidak terkecuali. Mereka ada menyediakan fasiliti lain seperti tandas yang bersih, unggun api dan ruang dapur untuk masak-masak.
4. Rumah Kebun Camping Ground
Walaupun namanya begitu, ia menawarkan banyak kemudahan yang selesa untuk pelancong yang hadir seperti tilam dan bantal dan kemudahan tandas yang selesa berserta dengan hot shower ala ala hotel. Tidak hairanlah jika ia viral di media sosial kerana rata-rata yang hadir terpaku melihat air kolamnya yang biru bersumberkan mata air semulajadi!
Bukan setakat pemandangannya sahaja yang cantik, malah sesuai untuk mendirikan khemah.
5. Moonkissed By The River
Satu lagi tempat menarik yang viral adalah Moonkissed By The River yang terletak di Sungai Semungkis, Hulu Langat. Jika anda bercadang untuk memilih tempat perkhemahan di saat-saat akhir, Moonkissed By The River adalah pilihan yang tepat.
Mereka menawarkan pengalaman berkhemah yang sama tetapi dengan suasana yang mewah dan estetik. Anda hanya perlu membayar kos penginapan dan segala kelengkapan dari A hingga Z sudah tersedia. Tinggal cuci kaki sahaja!
Harga mengikut saiz khemah glamping yang dipilih sesuai dengan bilangan ahli anda. Antara pilihan tersebut adalah Bakawali 1-3, Rafflesia 1 & 2 dan Chempaka 1-4. Jarak penginapan dengan sungai juga adalah berbeza.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu
Baca juga: 10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!
Baca juga: 10 Tempat Percutian Terbaik di Malaysia Untuk Family Day Yang Menyeronokkan!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!