X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!

5 min bacaan
10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!

Tempat menarik di KL sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Sempena musim cuti sekolah ini, rebutlah peluang 'beli jiwa' anak-anak dan isteri

Cuti sekolah kali ini, ibu dan ayah ada sebarang perancangan untuk meluangkan masa bersama anak-anak? Bagi anda yang tidak mahu berjalan jauh dan hanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja, bolehlah membawa anak-anak ke tempat disenaraikan di bawah. Ini 10 tempat menarik di KL yang sesuai untuk bawa mereka. 

Apa yang ada boleh baca dalam artikel ini? 

  • Senarai tempat menarik di KL yang sesuai bawa anak-anak

Ada di dalam senarai ini adalah lokasi untuk aktiviti lasak manakala, ada juga secara santai. Jadi terpulang kepada ibu dan ayah untuk memilih yang sesuai serta menjadi kegemaran anak-anak. 

Senarai tempat menarik di KL yang sesuai bawa anak-anak

1- Taman Tema Berjaya Times Square

teman menarik di KL

Merupakan taman tema indoor terbesar di Malaysia. Bukan hanya permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk keluarga atau penjaga.

Terdapat empat zon permainan berbeza iaitu Galaxy Station, Fantasi Garden, Virtual Reality dan Function Venue. Dibuka Isnin hingga Jumaat pukul 12 tengah hari hingga 8 malam manakala, hujung minggu dan cuti umum pada 11 pagi hingga 8 malam.

Alamat: No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

2- Petrosains

tempat menarik di KL

Mahu membawa anak-anak meneroka dunia sains, mari berkunjung ke Petrosains. Pelbagai aktiviti menarik disediakan yang memerlukan mereka berfikir dan belajar perkara baharu.

Dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum dilanjutkan hingga 6.30 petang. Tiket kanak-kanak RM7.50 manakala dewasa RM18.50.

Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

3- Perpustakaan Kanak-Kanak

tempat menarik di KL

Terletak di aras bawah Perpustakaan Kuala Lumpur. Ia menampilkan dekorasi menarik dan ceria serta terdapat ruang membaca untuk kanak-kanak. Suasana sebegini menaik minat mereka untuk menjadi ulat buku. 

Alamat: 1, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4- Superpark

keempat

Mahu mencuba aktiviti lasak, ini adalah tempatnya. Pelbagai aktiviti mencabar dan menarik untuk anak-anak seperti Superhoop, flying fox, kid’s gym, sliding mountain dan pelbagai lagi.

Beroperasi dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 7.30 petang. Tiket berhata RM45 untuk dewasa dan kanak-kanak. Bagi mengelakkan kesesakan, digalakkan membeli secara dalam talian.

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

5- Camp5 Eco City

kelima

Banyak cawangan di Malaysia dan salah satu di Eco City, Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk anak-anak aktif dan sukakan aktiviti lasak.

Turut disediakan pelatih selain mempunyai sistem keselamatan yang baik. Beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Untuk hari minggu dan cuti umum ditutup lebih awal jam 8 malam.

Tiket percuma untuk kanak-kanak manakala, dewasa RM36.

Alamat: 4th Floor, KL Eco City Mall, No 3 Jalan Bangsar, 47 800 Kuala Lumpur.

6- Titiwangsa Splash Park

keenam

Tema air mini percuma untuk pengunjung beriadah dan mandi. Selain luas dan bersih, paras air yang disediakan juga sesuai untuk anak-anak.

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Mereka boleh juga menyelusuri Canopy Walk selain bermain di taman permainan atau taman maze. Aktiviti lain boleh dilakukan antaranya beridah, berbasikal sekeliling taman tema dan bermain layang-layang.

Alamat: Unnamed Road, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

7- Aquaria KLCC

ketujuh

Nikmati keindahan hidupan marin dengan mengunjungi tempat ini. Lebih 5,000 spesies yang ada di sini seperti piranha, kuda laut, paus dan sebagainya.

Beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam dengan tiket berharga RM49 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun pula RM39.

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

8- Kuala Lumpur Upside Down

kelapan

Rumah terbalik sebenar tertinggi di Malaysia dan pertama di Kuala Lumpur. Jika anda ke Menara Kuala Lumpur, boleh singgah ke sini melihat keunikan rumah ini. Anak-anak juga pasti kagum sambil bergambar di sudut-sudut menarik.

Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam. Hujung minggu dan cuti sekolah pula ditutup pada 10 malam. Tiket berharga RM19 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak.

Alamat: Off, Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur.

9- Taman Burung

kesembilan

Lokasi menarik membawa anak-anak mengenali lebih 200 spesies burung. Ia mempunyai empat zon berbeza dengan suasana nyaman dikelilingi pokok-pokok serta tumbuhan.

Beroperasi jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Harga tiket untuk dewasa RM25 manakala kanak-kanak pula RM12.

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.

10- KL Hop On Hop Off

tempat menarik di KL

Menikmati keindahan malam di Kuala Lumpur dengan membawa anak-anak pengalaman menaiki bas.

Paling seronok duduk di tingkat atas tanpa bumbung melihat dengan lebih jelas suasana bandar dengan cahaya lampu berwarna-warni sambil ditiup angin malam.

Tiket bagi dewasa RM25 dan kanak-kanak pula RM15 untuk perjalanan sekeliling Kuala Lumpur dari jam 8 malam hingga 10 malam.

Ia bermula dari Bukit Bintang dan melalui beberapa kawasan tarikan di Kuala Lumpur seperti River of Life, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Bagi anak-anak, kenangan bersama keluarga antara yang paling berharga. Sekali-sekala tidak salah bahagiakan isteri dan anak. Semoga bermanfaat!

ammboi.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Baca juga: 5 tempat menarik anda harus melawat bersama anak anda di Malaysia

Baca juga: 10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Mungkin Jarang Anda Dengar, Tapi Berbaloi Untuk Dilawati!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!
Kongsikan:
  • Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
    Stories Rakan Kongsi

    Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

  • Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

    Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

app info
get app banner
  • Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
    Stories Rakan Kongsi

    Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

  • Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

    Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.