X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dikunjungi Ketika Bercuti, Paling Best Mesra Keluarga!

7 min bacaan
Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dikunjungi Ketika Bercuti, Paling Best Mesra Keluarga!

Tempat menarik di Melaka perlu dikunjungi bersama keluarga bagi menjadikan percutian lebih bermakna. Ada yang kena bayar dan ada juga percuma

Bandaraya bersejarah Melaka memang terkenal sebagai tempat lawatan ketika hujung minggu. Mungkin kerana faktor jaraknya yang tidak jauh dari Selangor dan Kuala Lumpur, ia menjadi antara tempat pilihan warga kota berhujung minggu. Kali ini kami kongsikan tempat menarik di Melaka yang boleh anda lawati.

Menariknya Melaka, dari tempat lawatan bersejarah, taman tema, tempat beli-belah, pantai, sungai, pelbagai jenis makanan dan minuman popular serta banyak lagi menyebabkan ramai yang tidak jemu untuk melawatnya berkali-kali.

Senarai tempat menarik di Melaka untuk anda lawati 

Untuk pengetahuan anda, daerah di Melaka ada empat iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin dan juga Masjid Tanah. Kali ini kami kongsikan tempat menarik di Melaka yang anda boleh lawati tidak kiralah hujung minggu, cuti sekolah atau bila-bila saja.

Banyak tempat best Melaka dan terbaharu yang mungkin anda sendiri tidak pernah tahu. 

#1. Encore Melaka

tempat menarik melaka

Selain lawatan ke muzium dan bacaan, anda sebenarnya boleh mempelajari banyak perkara berkaitan dengan sejarah Melaka dengan menyaksikan persembahan.

Persembahan yang padat dengan info sejarah Melaka ini dinamakan sebagai Encore Melaka.

Di dalam persembahan berdurasi 70 minit, anda dapat tenggelam dalam 6 abad berbeza yang pernah dilalui kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.

#2. Serama adventure park

Terletak di Alor Gajah, Serama Adventure Park adalah sebuah taman yang luas, padat dengan pelbagai kemudahan permainan outdoor yang lasak dan sesuai untuk seisi keluarga.

Antara aktiviti mencabar yang boleh dilakukan di sini adalah flying fox, boat ride, ATV (in house / off road), Tarzan Swing, wall climbing, abseiling, mountain bike dan banyak lagi.

Untuk aktiviti lebih santai, di Serama Adventure Park juga anda boleh menunggang kuda, berkhemah, bermain permainan papan dan sebagainya.

Banyak sekali yang ditawarkan di dalam taman cabaran yang dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi ini, pasti tak cukup sehari untuk mencuba segalanya.

Jika anda bercadang untuk meluangkan beberapa malam di sini, Serama Adventure Park turut menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa seperti khemah dome, pondok di atas pokok, khemah di atas rakit, rumah kayu yang lengkap dengan penyejuk udara, glamping dan dorm kabin.

#3. Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks Falak Al-Khawarizmi juga menjadi salah salah tempat best Melaka. Ia adalah sebuah kompleks ilmu falak dan astronomi di bawah Kerajaan Negeri Melaka yang bertempat di Tanjung Bidara.

Kompleks ini menempatkan Planetarium, Balai Cerap serta pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah dan makmal komputer.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pelawat yang ingin mendalami dunia astronomi, seperti tayangan dokumentari sains dalam bentuk planetarium serta 3D, cerapan langit malam, cerapan hilal, dan lawatan ke pelbagai zon pameran berbeza.

#4. Pantai Pengkalan Balak Melaka

Pantai Pengkalan Balak Melaka

Nikmati suasana penuh harmoni perkampungan nelayan yang sebenar di Pantai Pengkalan Balak Melaka, pantai yang merupakan sambungan kepada Pantai Tanjung Bidara yang juga tak kurang indahnya.

Anda juga boleh beli ikan segar dan makanan laut segar lain di sini. Selain itu anda juga berpeluang menikmati pantai di Melaka yang lain antaranya:

  • Pantai Klebang. Rata-rata pelancong yang bercuti di bandaraya bersejarah ini pasti akan berkunjung ke Pantai Klebang bagi melakukan aktiviti-aktiviti outdoor dan juga bersantai bersama keluarga. Ia terletak kira-kira 15 minit dari bandar Melaka iaitu di penghujung semenanjung Klebang.
  • Pantai Puteri Melaka. Pantai yang dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundor itu bukan lagi asing dalam kalangan pengunjung berbilang kaum daripada pelbagai peringkat usia. Selain suasana pantai yang nyaman, kebersihan serta keindahan Pantai Puteri menjadi antara faktor tarikan utama pengunjung.

#5. Taman Ekstrem Tasik ChinChin

Tempat Menarik di Melaka

Taman Ekstrem Tasik ChinChin menjadi salah satu tempat menarik Melaka yang harus dilawati bersama dengan keluarga.

Pelbagai aktiviti mengujakan yang boleh dilakukan antaranya adalah mandi-manda, flying fox, kayak dan juga memanah. Bagi yang membawa anak kecil, taman tema air mininya pasti dapat membuat anak-anak melonjak gembira.

#6. Air Terjun Asahan

Setelah puas makan angin di sana-sini, sudah tiba masanya untuk menyegarkan badan dengan air sungai yang mengalir jernih, salah satu lokasinya adalah di Air Terjun Asahan yang terletak di Pekan Asahan, Melaka.

#7. Laman Tiga Budaya Taman Tema Air

Asahan Water Theme Park ataupun turut dikenali sebagai Laman Tiga Budaya Taman Tema Air adalah sebuah tarikan yang sangat menyeronokkan untuk dilawati bersama keluarga tercinta. 

Tempat best di Melaka ini menyediakan keseronokan main air sambil menikmati pemandangan yang mempesonakan Gunung Ledang.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pangkin, tandas, bilik persalinan dan juga khemah.

#8. Jumpers land

Melaka tempat menarik yang seterusnya adalah Jumpers Land. Ia terletak dalam pusat membeli-belah Elements Mall di tingkat 3.

Jumpers Land Melaka adalah sebuah taman indoor yang cukup luas mampu memberikan kepuasan anak-anak bermain.

Tapi hati-hati, boleh jadi anak-anak berat kaki nak balik bila dah terlampau teruja sangat bermain di sini!

#9. Kolam Air Panas Cherana Putih

Tempat Menarik di Melaka

Untuk menghilangkan kelenguhan badan selepas penat berjalan atau kepenatan lepas beraktiviti lasak, anda boleh terjun ke dalam Kolam Air Panas Cherana Putih yang terletak di Alor Gajah.

Mengetengahkan konsep Toji bath sepertimana yang terdapat di Jepun, anda boleh memilih daripada beberapa buah kolam kecil untuk berendam.

Berendam di dalam kolam air panas ni cukup efektif untuk meredakan sengal-sengal badan dan juga membuang toksin. Bila badan dah segar, barulah seronok nak teroka seluruh muka bumi Melaka tempat menarik ni kan?

#10. Padang Kemunting Turtle Management Centre

Tempat Menarik di Melaka

Padang Kemunting Turtle Management Centre yang terletak di Masjid Tanah ini adalah sebuah pusat penetasan dan informasi penyu yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 lagi.

Ketika bulan penetasan iaitu antara bulan Mac hingga September, pengunjung yang bernasib baik berpeluang untuk melepaskan anak penyu ke dalam laut.

Anda juga boleh mengatur dengan pihak pusat pengurusan penyu ini untuk menjadi sukarelawan World Wide Fund (WWF) untuk Nature-Malaysia.

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!

#11. Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh Melaka. Menariknya, ia menawarkan Night Safari setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Memang cukup berbaloi sebenarnya untuk cuba kedua-dua pengalaman, siang dan malam. Barulah anda boleh melihat beberapa haiwan dalam elemen tersendiri.

zoo melaka

Baru sahaja dibuka pada tahun 2021, zoo Melaka turut menyediakan Dinosaur World untuk kanak-kanak. Berkeluasan 5 ekar, dunia fantasi dinosaur ini merumahkan sehingga 100 ekor dinosaur animatronic. Ada yang boleh bergerak tau!

Harga zoo melaka tiket untuk tahun 2022 adalah:

Harga tiket masuk Zoo Melaka & Dinosaur Encounter adalah berharga RM38 (dewasa) dan RM31 (kanak-kanak / warga emas).

*Kanak-kanak 3 Tahun kebawah PERCUMA

#12. Taman Buaya Melaka

Di taman kecil ini, anda boleh tengok lebih 100 ekor buaya dari seluruh dunia. Antara buaya Malaysia yang ada adalah buaya Jenjulung dan Tembaga.

Kami sarankan anda datang hujung minggu bermula dari pukul 10:30 pagi.

Akan ada sesi beri makan dan anda boleh tengok pakar buaya cium dan naik atas buaya dalam pertunjukan buaya kat taman ini.

Tiket taman buaya melaka adalah:

  • Isnin-Jumaat: RM16 (dewasa), RM11 (kanak-kanak)
  • Hujung minggu atau cuti umum: RM19 (dewasa), RM14 (kanak-kanak)

#13. Tempat menarik di melaka waktu malam

Antara tempat menarik di Melaka waktu malam yang boleh anda kunjungi adalah:

  • Alto sky lounge untuk bersantai di bangunan pencakar langit
  • The Shore Sky Tower, Pandangan dari puncak tertinggi di Melaka
  • Jonker Walk Melaka
  • Melaka River Pirate Park
  • Mahkota Parade

#14. Tempat makan menarik di Melaka

tempat makan menarik di melaka

Melaka terkenal dengan kepelbagaian resipi. Resipi baba nyonya yang terkenal sejak dulu, juga resipi Melayu, Cina dan India yang sememangnya terkenal di negeri kita juga digemari ramai.

Antara senarai tempat makan menarik di Melaka:

  • Asam Pedas Claypot
  • Ikan Bakar Parameswara
  • Cucur Udang Alor Gajah
  • Roti Canai Kayu Arang
  • Mee Sup Tengkera
  • Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung
  • Mee Besen Original
  • Restoran Klasik Terapung 
  • Ayam Penyet Lamongan
  • Restoran Astana Putih
  • Nasi Ayam Baba

Bandar Melaka mendapat pengiktirafan UNESCO

Bandar Melaka telah diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site pada tahun 2008 kerana bandar tersebut adalah tapak bersejarah yang pernah menjadi ibu kota Kesultanan Melayu Melaka.

Antara tempat cuti Melaka 2022 ini, kami cadangkan tempat wajib pergi di Bandar Hilir Melaka:

  • Kota A Famosa
  • Muzium Istana Kesultanan Melayu
  • Bangunan The Stadthuys
  • Menara Taming Sari
  • Rumah Terbalik Melaka

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Baca juga: Melancong Dengan Anak Ramai Tidak Lagi Memeningkan, Cuba Tips Mudah Ini!

Baca juga: Pergi Holiday Tika Hamil? Jangan Lupa Buat 8 Persediaan Wajib Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Percutian
  • /
  • Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dikunjungi Ketika Bercuti, Paling Best Mesra Keluarga!
Kongsikan:
  • Lego Friends Meraikan Anak-Anak Dan BFF! Bantu Kanak-Kanak Belajar Kepelbagaian Personaliti

    Lego Friends Meraikan Anak-Anak Dan BFF! Bantu Kanak-Kanak Belajar Kepelbagaian Personaliti

  • Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 9 Pilihan Toys Plane Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

    Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 9 Pilihan Toys Plane Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

  • 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

    10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

  • Lego Friends Meraikan Anak-Anak Dan BFF! Bantu Kanak-Kanak Belajar Kepelbagaian Personaliti

    Lego Friends Meraikan Anak-Anak Dan BFF! Bantu Kanak-Kanak Belajar Kepelbagaian Personaliti

  • Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 9 Pilihan Toys Plane Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

    Kapal Terbang Mainan Terbaik, Jom Lihat 9 Pilihan Toys Plane Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Si Kecil

  • 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

    10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.