X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

4 min bacaan
Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Ini 5 tempat menarik percuma di Kuala Lumpur yang anda boleh bawa anak-anak melawat selepas usai tempoh PKP nanti! Tentu anak-anak teruja!

Setelah sekian lama kita hanya duduk di rumah, tentu ramai ibu ayah membayangkan tempat-tempat percutian menarik yang ingin dikunjungi bersama keluarga bukan? Dan apa yang lagi best, ada tempat menarik PERCUMA di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi! 

Ya, dan antaranya adalah muzium coklat yang hanya terletak di Kota Damansara! Menarik bukan? Jadi sementara kita masih dalam fasa berjaga-jaga ini apa kata kunjungi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dulu, sebelum kita pergi lebih jauh ke negeri-negeri lain!

Tempat menarik percuma di Kuala Lumpur

 

#1. Planetarium Negara

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Anak anda ingin menjadi angkasawan seperti  Dr. Sheikh Muszaphar? Nah, inilah tempatnya bagi anda memupuk minat anak anda dalam bidang ekplorasi angkasa dan astrologi. Planetarium Negara telah ditubuhkan pada tahun 1994 bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bidang sains angkasa.

Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana  Kuala Lumpur, Planetarium Negara menawarkan pelbagai fasiliti menarik bagi para pengunjung seperti Taman Replika Balai Cerap Purba, galeri pameran, galeri pemandangan, teater angkasa dan Balai Cerap Planetarium Negara yang dilengkapi dengan teleskop robotik C14.

Terdapat juga kawasan riadah bertemakan angkasa. Pameran di sini juga mempunyai dua tema iaitu astronomi dan eksplorasi angkasa.

Kesemua fasiliti ini boleh digunakan tanpa membayar sesen pun! Anda hanya perlu membayar tiket masuk sekiranya anda ingin menonton tayangan planetarium di dalam teater angkasa.

#2. Muzium Tentera Udara  DiRaja Malaysia (TUDM)

tempat menarik percuma di Kuala Lumpur

Realisasikan imaginasi si bujang cilik anda sebagai juruterbang atau pejuang militari udara di sini. Mereka pasti sangat teruja apabila berpeluang memasuki dan berangan membawa jet-jet pejuang, helikopter dan pesawat yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen.

Segala butang kompleks yang ada di bahagian kokpit pesawat juga boleh diterokai mereka.

Pelbagai info menarik berkenaan pesawat-pesawat tersebut yang akan mereka perolehi daripada lawatan ke muzium TUDM yang terletak di Sg. Besi ini. Semua pesawat yang ada di sini adalah pesawat sebenar dan bukannya simulator!

Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi menikmati kesemua itu. Apa yang lebih baik daripada ini? Jom kita ‘terbang’ ke muzium TUDM!

#3. Muzium Coklat @ Kota Damansara

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Adakah anda tahu siapa pengasas coklat? Tahukah anda bahawa koko dan coklat mempunyai sejarah yang sangat lama iaitu sejak 1500 tahun sebelum masihi?

Ketahui semua itu dan banyak lagi di Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara. Pasti anak anda akan lebih menghargai coklat yang anda belikan untuk mereka setelah mengetahui sejarahnya.

Dibuka pada November 2012, ia merupakan muzium coklat interaktif yang pertama seumpanya di Asia Tenggara.

Di sini, anda sekeluarga berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi pembuatan coklat buatan tangan. Pelbagai info menarik berkenaan koko dan coklat boleh diperolehi di sini.

Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai coklatnya yang menawarkan lebih daripada 100 jenis coklat untuk dibeli dan dinikmati. Nyam..nyam..

#4. Taman Permainan Publika

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!

Kredit: Facebook Publika

Anda suka shopping tetapi anak-anak anda bosan menunggu anda membeli-belah? Bawa mereka ke kompleks membeli-belah Publika yang terletak di Solaris Dutamas, Mont Kiara.

Di sini terdapat sebuah taman permainan outdoor yang pastinya menyeronokkan anak-anak. Rekabentuk alatan permainannya yang unik sudah tentu menarik mereka untuk bermain di situ. Terdapat juga pancuran air yang mereka boleh main di situ.

Yang lebih menarik lagi, setiap hari Ahad dari jam 7 hingga 10 pagi adalah waktu Wheelie Sunday di mana semua jalan di sekitar Publika ditutup bagi memberi laluan kepada anak-anak untuk ‘bermain di tengah jalan’.

Mereka boleh berlari, bermain basikal, papan luncur, kasut roda, skuter, dan apa sahaja permainan beroda di tengah jalan. Wheee!

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!

#5. Taman KLCC

tempat menarik percuma di Kuala Lumpur

Taman seluas 2 ekar ini memuatkan taman permainan kanak-kanak, kolam pancuran air bersimfoni, kolam randuk (wading pool) dan trek jogging.

Sekiranya anda ingin menikmati persembahan pancuran air beriramanya, pastikan anda berada di kawasan taman KLCC antara jam 12 tengahari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 11 malam pada hari biasa, dan antara jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam pada hari minggu dan cuti umum.

Selamat bergembira bersama keluarga!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lokasi Menarik Di KL Untuk Pencinta Haiwan 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Faradibah Sudari

  • halaman rumah
  • /
  • Percutian
  • /
  • Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!
Kongsikan:
  • Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

    Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

  • Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

    Raya Haji 2025/Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Aidiladha

  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham