Terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk bersolek? Jangan bimbang kerana wajah kita masih boleh kelihatan cantik tanpa solekan. Rahsianya? Amalkan penjagaan kulit muka yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk kulit muka sihat.
RELATED: Fake-awake makeup tips
Panduan penjagaan kulit muka
Cuci muka sekali sehari
Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.
Pilihan pencuci
Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan.
Pelindung matahari
Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2 jam.
Tinggalkan toner
Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita telah menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.
Pencuci dengan pH seimbang
Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada wajah. Pastikan ‘pH-balanced’ pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.
Tanpa pewangi
Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel ‘tanpa pewangi’ biasanya mengandungi pewangi minima sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.
Pelembab pelbagai guna
Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting – melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi. Minyak semulajadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.
Senaman
Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaik rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.
Tidur yang cukup
Kortisol, sejenis hormon tekanan, mebuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan akne. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.
RELATED: Do you think you’re beautiful?
Makan untuk kulit sihat
Air kosong
Minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.
Ikan salmon
Omega-3 pada ikan salmon membantu melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit kemerah-merahan.
Salad dan lobak merah
Vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan pergantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambah zat dan meningkat penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Tomato, keledek dan stawberi
Likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyak kolagen. Vitamin C dalam keledek dan stawberi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.
Produk soya
Soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.
Bayam dan badam
Bayam kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai anti-oksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.
Dark chocolate
Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksidan flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolagen pada kulit dan mengurangkan kedutan.
Rujukan:
6 Things Women With Gorgeous Skin Do Everyday
Get Flawless Skin Naturally
5 Makanan Agar Kulit Mulus
Apa Pentingnya Menjaga Kelembapan Kulit Wajah Secara Alami
8 Makanan untuk kulit kekal cantik
Beauty Benefits of Dark Chocolate
Anda punyai regim penjagaan kulit semulajadi? Kongsikan di bahagian komen di bawah 🙂