Kosmetik Beracun! Semak Jenama Ini, Mungkin Anda Sedang Menggunakannya...

Muncul saja iklan 'produk ini mampu memutihkan kulit dalam masa tiga hari',berderetlah komen yang meminta 'PM' di laman media sosial. Mahu cantik kononnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik dan gebu? Kulit mulus dan gebu menjadi idaman ramai wanita malah tidak kurang juga lelaki. Mereka ini mudah tertarik dengan iklan dan testimoni yang sering dimuat naik penjual produk kosmetik.

Muncul saja iklan ‘produk ini mampu memutihkan kulit dalam masa tiga hari atau paling tidak seminggu’, berderetlah komen yang meminta ‘PM’ di laman media sosial Facebook dan Instagram terutamanya. 

Lebih menghairankan, bukan sedikit kes penipuan produk kosmetik dipaparkan di televisyen dan dada akhbar, namun masih ada juga yang terjerat dengan janji ‘putih dalam masa tiga hari itu’ dan langsung tidak takut untuk mencuba produk itu.

Cantik, gebu: Jangan sampai kulit menggerutu baru nak ambil tahu

Asal saja artis popular menggunakannya, mereka terus saja percaya tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada produk itu selamat atau tidak sebenarnya untuk digunakan.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan ada sesetengah wanita di negara ini yang terlalu obses untuk cantik dan putih tanpa memikirkan kesan sampingan kepada kesihatan yang mana jika tidak kena gaya, boleh jadi meragut nyawa pula!

Kulit putih ke mana, nak cantik ke mana, akhirnya meragut nyawa pula. Ngeri juga bila difikirkan. Jadi jangan ada pula yang melatah ya, jika ada yang kata memang sesetengah wanita Malaysia terlalu obses dengan kecantikan nak putih, nak mulus nak gebu dalam masa singkat kerana jika tiada permintaan produk sebegini tidak akan keluar.

9 produk kosmetik beracun?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa ada 9 kosmetik di pasaran mengandungi racun berjadual dan dua daripadanya adalah jenama terkenal yang biasa kita dengar dan pasti ramai penggunanya.

Produk-produk ini dikesan mengandungi racun berjadual oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sembilan produk berkenaan ialah Deeja Cosmetics (Laika Cream, Zulai Cream, Yus Cream), Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) dan Gold Lifthing Serum (Night), Sparkle Beauty Cream dan Sun Day Cream, Qeziger Age-locking Recharging Spot AM Cream dan MS Skinz Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate.

Justeru, orang awam digesa untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Notifikasi produk-produk kosmetik itu juga sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya sekaligus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Racun berjadul dan kesannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

#1. Hydroquinone

  • Boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu
  • Ketidakselesaan
  • Perubahan warna kulit yang tidak diingini
  • Kulit menjadi hipersensitif
  • Boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya
  • Boleh meningkatkan risiko kanser kulit

#2. Tretinoin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penggunaan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan
  • Kulit idak selesa
  • Kulit pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari

#3. Betamethasone 17-Valerate

  • Boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi
  • Berjerawat
  • Perubahan pada pigmentasi kulit
  • Meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat

#4. Merkuri

  • Dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan
  • Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf
  • Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan
  • Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, KPKesihatan

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comkosmetik-yang-dilarang-untuk-ibu-hamil

Penulis

Lala Annuar