Capati adalah sejenis makanan yang digemari dan sering menjadi hidangan juadah sarapan bahkan sangat enak dinikmati bersama kuah dal, kari dan sambal.
Capati dihasilkan daripada tepung atta yang diuli menjadi doh kemudian ditempa seperti lempeng yang kemudian dibakar tanpa menggunakan minyak.
Namun tepung atta bukanlah barang yang sentiasa ada di dapur jadi seorang pengguna di Facebook, Nija Lim mengolah resepi capati dengan menggantikannya dengan tepung gandum yang sentiasa ada di dapur.
Hasilnya, lebih sedap dan lembut berbanding capati yang biasa dimakannya. Jom kita lihat resepi yang dikongsi wanita ini.
Bahan-bahan :
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecil garam
- 1 1/2 cawan air panas mendidih
Cara penyediaan :
1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air panas mendidih, dan kacau guna senduk. Kemudian apa sudah menjadi suam, uli menjadi doh dan bahagikan 8 bahagian. Perap selama 15 minit.
3. Canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat.
4. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap!
Ringkas dan mudah sangat resepi capati guna tepung gandum ini. Capati ini rasanya sedap bahkan bila sejuk pun masih lembut. Boleh dimakan bersama sambal bilis, pasti tak cukup sekeping!
Yang penting, menu ini lebih sihat kerana tak menggunakan minyak. Semoga perkongsian capati guna tepung gandum ini bermanfaat. Selamat mencuba semua!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Roti Canai Kegemaran Rakyat Malaysia Dinobat Roti Terbaik Di Dunia, Kalahkan 49 Negara Lain!
Baca juga : Bila Bayi Boleh Mula Makan Roti? Perkenalkan Roti Untuk Bayi Dengan 5 Resipi Lazat Ini!
Baca juga : Elak Makan Roti Putih Semasa Hamil, Ganti Dengan Roti Penuh Serat Lagi Bagus!