Terbeban Nak Beli Baby Car Seat, Jangan Risau Ini Cara Untuk Dapatkan Secara PERCUMA!

Rasa nak menderma kerusi bayi yang sudah lama tidak dipakai atau membeli yang baru? Apa kata anda sertai kami dengan menderma baby car seat itu di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan masih ramai ibu bapa yang belum memiliki car seat baby terbaik untuk anak-anak mereka kerana harganya yang terlalu mahal dan tidak tahu saiz yang bersesuaian dengan anak. 

Sampaikan ada ibu bapa yang rasa terbeban dengan keadaan ini kerana bilangan anak kecil mereka bukanlah seorang tapi lebih daripada itu.

Tapi mengapa kerajaan mengetatkan undang-undang terhadap pemakaian car seat baby ini?

Ia adalah kerana hampir saban tahun kita membaca di dada-dada akhbar atau di kaca televisyen tentang kecederaan ataupun kematian kanak-kanak disebabkan kemalangan kerana tidak mempunyai kerusi keselamatan yang betul.

Oleh sebab itulah, kerajaan memperluaskan perintah ini supaya dapat mengekang kejadian kematian kanak-kanak semasa berada dalam kenderaan dengan cara pemakaian kerusi bayi.

Bermula 2020, ibu bapa wajib memiliki car seat baby terbaik

Bermula tahun 2020, ibu bapa digesa mendapatkan kerusi bayi bermula awal Januari tahun ini.

Tapi malangnya, kerusi bayi ini tidaklah murah kerana anggaran kerusi paling asas juga ada yang mencecah hampir RM200.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedikit sebanyak ia tentulah menyakitkan dompet ibu ayah terutama mereka yang mempunyai lebih daripada satu anak.

Walaupun Kerajaan telah mengambil kira tentang perkara ini, namun isu tentang keselamatan anak-anak memang tidak boleh diketepikan.

Atas sebab itulah juga, mengapa kami dari pihak theAsianparent Malaysia bekerjasama dengan Kedai BLESS untuk membantu ibu ayah mendapatkan kerusi bayi yang diperlukan menerusi program derma ini.

Inilah masa yang sesuai untuk anda menderma dan beramal kepada orang yang memerlukan kerusi bayi ini. Caranya anda boleh menderma baby car seat kepada Kedai BLESS.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantu melindungi anak-anak kita

Bayangkan anak kecil yang belum tahu apa-apa itu mendapat kecederaan berat dek kerana tidak dipakaikan kerusi bayi yang sesuai.

Lantas berlakunya kecederaan serius apabila tubuh mereka terlontar ke hadapan atau yang lebih sadis lagi terkeluar dari dalam perut kereta. Sedih, bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila kanak-kanak dalam linkungan umur dua tahun terpelanting dari dalam kereta di Lebuhraya PLUS semasa dia duduk di pangkuan ibunya.

Walaubagaimanapun, si kecil ini bernasib baik kerana tiada kecederaan yang serius dan selamat.

Meskipun itu, anda perlu tahu bahawa tubuh seorang kanak-kanak dan bayi masih lembut. Malah tulang mereka juga belum berkembang sepenunya dan organ badan juga masih lagi belum dapat memberi perlindungan yang sewajarnya.

Apatah lagi tubuh mereka sangat kecil berbanding orang dewasa jadi kalau terhantuk sedikit pun terdapat kesan benjolan yang sangat ketara.

Malaysia disenaraikan mempunyai kadar kematian ketiga tertinggi di Asia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Oh Media

Tahun lalu, Malaysia disenaraikan dengan kadar kematian ketiga tertinggi yang berpunca dari kemalangan jalan raya di Asia.

Sementara itu, 1559 kematian kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dicatatkan akibat kemalangan jalan raya antara tahun 2007 hingga 2017.

Lebih mengejutkan, berdasarkan data yang diterima daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang mendedahkan bahawa hanya 30% penduduk Malaysia yang menggunakan baby car seat.

Jadi bagaimana dengan 70% lagi? Adakah mereka ini benar-benar terjamin dari sebarang kemalangan atau kecederaan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara dua perkara yang selalu diabaikan ibu bapa.

1) Duduk atas pangkuan ibu

Walaupun perjalanan anda itu singkat, tapi memangku anak dalam kenderaan adalah tidak selamat.

Hal ini kerana, mereka boleh terdedah dengan kekerasan beg udara semasa perlanggaran berlaku secara tiba-tiba. Seterusnya menyebabkan patah tulang.

Selain itu, perlanggaran di bahagian depan atau belakang juga boleh memberi kecederaan pada anak terutama bila kepala terhantuk pada permukaan yang keras dari dalam kereta.

2) Penggunaan tali pinggang keledar

Tali pinggang kereta ini hanyalah sesuai bagi orang dewasa sementara kanak-kanak di bawah saiz 135 cm tidak tertakluk pada aspek keselamatan yang sama kerana badan mereka lebih kecil.

Malah ia hanya boleh menyebabkan tali melonggar dan tubuh tidak dapat melekap dengan betul pada tali tersebut.

Bahkan, penggunaan kerusi kanak-kanak ini juga mengurangkan risiko kecederaan bagi anak yang berumur 8 hingga 12 tahun iaitu sebanyak 19% berbanding hanya menggunakan mereka tali pinggang keledar.

Menurut laporan, keselamatan anak terhadap penggunaan baby car seat ini dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 71% dan 54% bagi mereka yang berumur antara satu hingga empat tahun.

Apatah lagi kini, ada banyak jenis kerusi kereta yang direka khas untuk bayi dan kanak-kanak supaya dapat membantu mengurangkan kesan pelanggaran yang jauh lebih selamat .

Jadi, marilah menderma kerusi bayi anda untuk kanak-kanak lain yang lebih memerlukan.

Anda boleh menderma baby car seat itu di mana-mana outlet kedai BLESS dari lokasi di bawah ini:

 

Siapa yang akan menerima baby car seat yang didermakan oleh anda? Ini apa yang anda patut tahu:

1. Muat Turun aplikasi theAsianparent dalam Playstore atau App Store di telefon bimbit anda.
2. Muat naik status mengapa rakan anda berhak menerima kerusi bayi ini dan sertakan gambar mereka.
3. Pastikan anda menggunakan hashtag #tApMYcares supaya kami dapat melihat posting anda itu.

Jadi, mari kita bekerjasama untuk melindungi anak-anak Malaysia!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kredit gambar: Carlist dan Mom Resource

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcar-seat-malaysia