Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

Car seat kurangkan risiko kematian kanak-kanak sebanyak 71%, tapi ia perlu dipasang dengan betul. Namun, hampir separuh ibu bapa melakukan kesilapan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memasang kerusi keselamatan bayi (car seat) seharusnya menjadi keutamaan buat ibu bapa kerana kecelakaan di jalan raya sudah pasti tidak dapat diagak. Cara pasang car seat dengan betul juga memastikan keselamatan si comel anda terjamin.

Selain mengutamakan harga yang bersesuaian dengan bajet anda, amat penting juga untuk anda mengetahui jenis car seat yang sesuai dengan anak. Haaa.. car seat bukan boleh dibeli sebarangan, sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli termasuk mengetahui jenis car seat apa yang sesuai dengan usia dan berat anak.

Ibu bapa perlu tahu cara pasang car seat yang tepat!

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu bapa antaranya ialah memasang car seat dengan salah. Jadi sebelum anda membeli sendiri car seat untuk dipasang dalam kereta anda, cuba elakkan dari membuat kesilapan ini untuk memastikan anak anda lebih selamat ketika berada di jalanraya.

Kredit: ParentsNeed

Kesilapan 1: Tukar car seat anak terlalu awal

Selain melambatkan perkara seperti permainan video ganas dan bahan solek, kita juga harus melambatkan perkembangan kanak-kanak menggunakan car seat. Setiap langkah seterusnya lebih berbahaya, kerana perlindungan yang ditawarkan juga akan berkurang. Mari kita kenali jenis-jenis car seat dan bila anda harus memakainya.

1. Car seat yang menghala ke belakang:

American Academy of Pediatrics mengesyorkan kanak-kanak duduk menghala ke belakang dalam kereta sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 2 tahun atau mencapai had berat dan ketinggian yang ditetapkan oleh pengeluar car seat. 

Kajian menunjukkan apabila bayi dan kanak-kanak kecil menghala ke belakang, daya dari kemalangan akan terkena pada kawasan tubuh badan yang lebih luas dan ini menjadikannya lebih selamat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: csftl.org

2. Car seat yang menghala ke depan dengan tali pinggang keledar lima titik: 

Car seat jenis ini perlu dipasang pada kereta anda. Pakar juga menyarankan ibu bapa untuk mengguna car seat ini sehingga anak mencapai had berat dan ketinggian yang ditetapkan.
 
Pengilang kini menawarkan kerusi dengan tali pinggang keledar lima titik yang lebih besar untuk kanak-kanak yang lebih tua. Jangan lupa, pemandu NASCAR juga menggunakan tali pinggang keledar lima titik tau?

Sumber gambar: CarseatBlog

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kerusi Booster: 

Kerusi Booster direka untuk menaikkan kanak-kanak ke ketinggian di mana mereka boleh memakai tali pinggang keledar kereta dengan selamat.

Booster yang ada sokongan belakang yang tinggi lebih selamat dan baik kerana ia boleh meletakkan tali pinggang dengan betul pada dada, pinggul dan paha kanak-kanak.

Kesilapan 2: Tidak belajar cara pasang car seat 

Cara untuk mengetahui bila kanak-kanak boleh menggunakan tali keledar kereta mudah sahaja.

Menurut Janette Fennell, pengasas dan presiden kumpulan keselamatan KidsAndCars, ibu bapa cuba buat ujian ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Belakang anak mesti nampak rata pada tempat duduk.
  2. Anak boleh membengkok lututnya di pinggir tempat duduk dan kaki mereka menyentuh lantai kereta.
  3. Tali keledar mesti berada di bahagian bahu dan dada mereka (bukan pada muka ataupun leher).
  4. Tali pinggang sepatutnya berada di atas pinggul dan menyentuh bahagian atas paha (bukan pada perut).
  5. Anak mesti duduk dengan selesa dengan cara ini sepanjang perjalanan.

Kredit: counton2.com

Satu petua penting yang ibu bapa mesti ingat: jangan letak car seat anak di tempat duduk depan kereta.

 
Ramai kanak-kanak maut akibat air bag dan pakar menyarankan kanak-kanak duduk di belakang sehingga mereka berusia 13 tahun. 

Kesilapan 3: Tidak baca buku panduan

Semua buku panduan yang datang bersama car seat patut dibaca. Kajian menunjukkan 64% ibu bapa tidak menambat bahagian atas car seat yang boleh menghalang kerusi itu dari bergerak ke hadapan.

Kegagalan ini boleh mengakibatkan kecederaan kepala yang serius. Manual kerusi akan memberitahu anda di mana untuk mencari tether atas, dan manual kereta  akan memberitahu anda di mana untuk melampirkannya.

Kesilapan 4: Tidak mahu pertolongan orang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Safe Ride 4 Kids

Memasang car seat dengan betul mungkin susah untuk sesetengah ibu bapa.

Sekiranya anda tidak pasti caranya, dapatkan bantuan dari mereka yang tahu. Individu itu boleh memastikan ia dipasang dengan betul dan tali keledar tidak terlalu longgar untuk anak anda. 

Kesilapan 5: Tidak ambil kisah sejarah car seat 

Untuk menjimatkan wang, kadang-kadang ibu bapa sedia menerima car seat lama dari rakan-rakan mereka. Sebenarnya ini tidak digalakkan kecuali car seat itu masih belum tamat tempoh hayatnya dan tidak pernah mengalami kemalangan. Ibu bapa boleh tahu cara untuk mengenalpasti tamat tempoh hayat car seat dengan membaca artikel ini

Sumber: Telegram

Baca juga:

Lampin Renang Pakai Buang Boleh Digunakan Semula? Kenapa Saya Tak Tahu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio