Cara Ajar Anak Jaga Barang Dan Peralatan Sekolah Agar Tidak Hilang, Fahami 10 Langkah Ini

Kami kongsikan cara ajar anak jaga barang dan peralatan sekolah sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab dan berdisiplin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa cara ajar anak jaga barang mereka agar tidak hilang atau dicuri yang perlu ditanam sejak kecil. Sebagai ibu bapa, penting untuk anda terapkan kemahiran ini sekaligus membentuk sikap bertanggungjawab pada anak anda.

Pentingnya Cara Ajar Anak Jaga Barang

Pernah tak anak anda kembali daripada sekolah tanpa barang mereka seperti pensil atau botol air? Adakah anak anda selalu kehilangan barangan mereka seperti pemadam, permainan atau patung mereka?

Sebenarnya, ia bukan salah mereka sepenuhnya. Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak memang tidak pandai menjaga atau mengatur barang-barang mereka. Ini kerana mereka tidak masih belum memahami konsep menjaga harta benda mereka dengan selamat.

Selalunya, kanak-kanak tidak akan bertanggungjawab atas barang yang hilang atau ibu bapa akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah itu jadi anak kecil jarang menghargai apa yang mereka miliki.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sebagai ibu bapa anda perlulah memahami cara ajar anak jaga barang sekaligus mengajar mereka cara bertanggungjawab tidak kira dalam apa pun keadaan.

10 Cara Ajar Anak Jaga Barang

1. Tahu Apa Yang Mereka Miliki

Biarkan anak anda bawa barang yang mereka biasa bawa apabila keluar supaya mereka dapat membezakan barang milik mereka daripada orang lain dengan mudah. Label juga barang anak anda dengan tag nama mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pelajari Konsep Hak Milik

Terangkan kepada anak anda perbezaan antara ‘meminjam’ dan ‘memberi’. Beri peringatan kepada mereka untuk mengambil semula barang mereka yang telah dipinjam, pulangkan kembali barang yang mereka pinjam dan jangan ambil apa-apa yang bukan hak milik mereka.

Ajar juga anak anda untuk berfikir dua kali sebelum meminjamkan barang berharga mereka seperti wang kepada orang lain dan jangan terlalu bermurah hati untuk memberikan semua barang mereka.

3. Terapkan Tabiat Mengurus Dan Mengatur

Bantu anak anda untuk mengembangkan tabiat meletakkan barang kembali ke tempat asal mereka apabila berada di rumah atau selepas menggunakannya. Semak juga barang mereka setiap malam untuk memastikan tiada yang hilang.

Minta anak anda mengemas dan menyemak beg sekolah, buku dan alat tulis mereka dan minta mereka pastikan tiada barangan milik mereka yang hilang selepas membuat semakan itu.

4. Ajarkan Anak Anda Untuk Menghargai Dan Bertanggungjawab

Ajar juga anak anda untuk menghargai apa yang mereka miliki kerana sebagai ibu bapa, barangan anak anda dibeli menerusi kerja keras anda untuk mendapatkan wang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantu mereka untuk memahami konsep tanggungjawab dengan meminta mereka mencari barang yang hilang, tetapi jika barang itu perlukan penggantian atau tidak dapat ditemui, belilah dengan elaun harian mereka.

5. Beri Dorongan, Bukan Menyalahkan

Daripada menyalahkan anak anda, ketahui mengapa barang mereka hilang dan cari cara untuk mengelakkan perkara sama berulang di masa hadapan. Berikan dorongan kepada anak anda agar mereka lebih yakin untuk menjaga barang dengan selamat.

6. Minta Anak Anda Membersihkan Barang Mereka

Ajar anak anda untuk menjaga dan membersihkan barang-barang milik mereka. Dengan cara ini, anak anda akan lebih menyayangi dan menghargai barang kepunyaannya. Cara ini akan membantu anak anda untuk tidak mensia-siakan barang yang diberikan kepadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Bentuk Peraturan Dan Sistem Pengekalan

Tetapkan peraturan yang jelas tentang bagaimana barang-barang hendak dijaga dan apa yang dianggap sebagai penjagaan yang baik. Selain itu, sediakan juga sistem ganjaran dan hukuman yang bersesuaian bagi menggalakkan anak anda menjaga barang mereka.

8. Biasakan Komunikasi Terbuka

Beri anak anda peluang untuk bertanya dan berkongsi pendapat tentang cara mereka menjaga barang. Dengar pandangan mereka dan beri penjelasan jika diperlukan agar mereka lebih memahami perancangan mereka. 

Tindakan membiasakan komunikasi terbuka ini akan membantu membangungkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Beri Pujian dan Sokongan

Jika anak anda berjaya menjaga barang mereka, berilah pujian dan suarakan sokongan berterusan anda terhadap usaha mereka dalam memastikan tiada barang mereka yang hilang. Dalam memberi pujian itu, minta juga mereka untuk teruskan usaha baik mereka.

10. Lakukan Semula Dan Kekal Konsisten

Mengajar anak anda untuk menjaga barang adalah proses berterusan. Lakukan semua langkah di atas secara konsisten dan pastikan beri perhatian yang berterusan terhadap perkembangan mereka dalam menjaga barang.

Dengan mempraktikkan cara ajar anak jaga barang di atas, anda juga akan dapat mengajar mereka untuk lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menjaga barang mereka.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Kena Buli Di Sekolah, Ini 10 Tindakan Ibu Ayah Kena Buat Untuk Elak Anak Trauma

Baca juga: Ibu, Hadiahkan Salah Satu Mainan Ini Untuk Bayi 4 Hingga 6 Bulan Buat Anak Jadi Bijak!

Baca juga: Langkah Keselamatan Anak Di Luar Rumah, Ibu Ayah Ajarkan Mereka Tentang Stranger Danger

Penulis

Anis